Jawatan PM boleh main² pulak?



Lepas Tun M, jawatan PM diserah kepada Anwar

HASLINA KAMALUDIN

SHAH ALAM - Pakatan Harapan akan menyegerakan proses untuk mendapatkan Pengampunan Diraja bagi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Setiausaha Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, perkara itu akan dibuat sejurus gabungan parti itu menang pada PRU14 akan datang.

Menurutnya, proses itu dibuat agar Anwar dapat segera berperanan dalam Kerajaan Persekutuan dan seterusnya diangkat sebagai perdana menteri ke lapan.

Beliau berkata,  Anwar akan menjadi perdana menteri selepas Mahathir memegang tampuk kerajaan selama satu penggal selepas PRU14.

"Menghargai Harapan adalah gabungan besar parti-parti politik yang menggandingkan dua tokoh negarawan ulung, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar," katanya pada sesi Pentas Pimpinan dan Pelancaran Konvensyen Pakatan Harapan 2018 di sini hari ini.

Pada masa sama, Saifuddin turut membuat pengumuman pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU14.

"Sebagai persiapan Harapan menghadapi dan memenangi pilihan raya nanti, kami memutuskan pengagihan kerusi-kerusi kawasan Parlimen bagi Semenanjung iaitu melibatkan 165 kerusi.

"Bersatu akan bertanding sebanyak 52 kerusi, PKR (51 kerusi), DAP (35 kerusi) dan Amanah (27 kerusi)," katanya.

Katanya, Harapan sepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti gabungannya.

No comments

Powered by Blogger.