DS Abu Hasaan Din Diharamkan Berceramah di Johor
Dengan ini dukacita dimaklumkan, yang saya kasihi ayahanda Datuk Seri Abu Hassan Din al-Hafiz sudah disenarai hitam daripada memasuki negeri Johor.
Kami menerima khabar beberapa minggu lalu tetapi merasakan mungkin ada kesilapan namun setelah mendapat maklumat daripada sumber terpercaya maka sohihlah berita ini. Tak cukup nak tabayyun dah bang....
Lagi pula sudah beberapa program melibatkan beliau terpaksa dibatalkan minggu ini. Alasannya? Sebaiknya bertanya pihak yang lebih berautoriti.
Saya memaklumkan di sini bukan kerana mahu mencipta kekecohan namun agar semua yang sudah menjemput dan hubungi saya untuk menjemput al Fadhil Datuk Seri bolehlah siap2 mencari pengganti yang diredhai pihak berwajib.
Moga ALLAH rahmati kita semua.
Ahmad Fairoz Daud
Sebagus mana kita menilai dan mengadili seseorang, akan tiba masa kita juga akan diadili oleh Yang Maha Adil.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215143102672243&id=1272432030
No comments
Post a Comment