Apa yang TMB kelantan jelaskan tapi diputar belit musuh
Baru tengok penjelasan TMB Kelantan, rupanya ada pelabur pelabur yang mahu melabur di Kelantan meletakkan syarat Kerajaan Kelantan kena 'nyahkan' status Tanah Rezab Melayu.
Barulah pelabur pelabur mahu melabur di Kelantan. Kelantan punya 87.6% (1,308,686.97 hektar daripada 1,493,765.10 hektar tanah seluruh kelantan) Tanah Rezab Melayu, dan inilah antara negeri yang paling banyak dan masih mempertahankan Tanah Rezab Melayu.
Apa guna maju kalau pusaka kita atau tanah tempat bumi kita berpijak dimilik orang. Biar orang kita sendiri yang bangunkan tanah kita, walaupun mungkin lambat.
Atau orang lain bangunkan diatas tanah yang dimiliki kita. Bukannya nanti kita duk kata, itu dulu tanah ayah la. Dulu.
Pasal pembangunan, selambat lambat membangun Kelantan pun, rasa aku Kota Bharu itu lebih maju dari beberapa ibu negeri yang lain. Cukuplah kita tengok pembangunan di Lembah Sireh.
No comments
Post a Comment