KINI JEMAAH DAPAT MENUNAIKAN SOLAT DALAM MIHRAB NABI MUHAMMAD SELEPAS 25 TAHUN
KINI JEMAAH DAPAT MENUNAIKAN SOLAT DALAM MIHRAB NABI MUHAMMAD SELEPAS 25 TAHUN.
Hari ini Imam Masjid Nabawi, Sheikh Abdullah Abdulrahman Al-Baijan telah mula mengimamkan solat Zohor dalam Mihrab Nabi Muhammad di Al-Rawda Al-Sharifa selepas 25 tahun solat dilakukan dalam mihrab baharu (Mihrab Othman) di masjid berkenaan.
Keputusan yang dibuat pada bulan lepas memberi peluang jemaah masjid mengunjungi makam Nabi Muhammad dan dua sahabatnya, Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar selepas mereka selesai mengerjakan solat.
Makam Nabi Muhammad saw itu dapat dikunjungi dengan memasuki Pintu Al-Salam (Babussalam), kita akan melintasi makam baginda dan sahabat Abu Bakar ra dan Umar ra seterusnya jemaah akan keluar melalui Pintu Baqi'.
Makluman terkini menyatakan semua solat harian dan solat Jumaat akan terus dilakukan di Mihrab Nabi. Rezeki jemaah umrah yang akan mula ziarah ke sana minggu ini, dapatlah tunaikan solat berjemaah di saf pertama di dalam kawasan Raudah nanti.
Syaratnya kena rajin ke masjid di awal waktu dan sentiasa menunggu waktu solat di dalam masjid. Bukan di luar masjid. Kalau azan baru nak turun dari hotel, jawabnya memang melepaslah. Sebaiknya datang masjid terus niat iktikaf dan tunggu hingga kawasan Raudah dibuka untuk tunaikan solat fardhu.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita di sana nanti. Kongsikan berita gembira ini kepada keluarga yang bakal menunaikan ibadah umrah nanti. Pasangkan niat siap-siap dan banyakkan berdoa agar kita sentiasa diberikan kemudahan sepanjang berada di Haramain nanti. Amin.
Ikhlas,
Shauqi Hasan
Mutawif Rarecation 52 Umrah, 13-23 Jan 2018.
No comments
Post a Comment