Ayat-Ayat Cinta Najib Sebelum Naikkan Tarif Elektrik! Percayalah!

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan buat masa ini mengekalkan tarif elektrik untuk membuat kajian lebih mendalam berhubung cadangan supaya ia dinaikkan.

“Tiada keputusan mengenai tarif elektrik dibuat. Ia kekal sebagai status quo," kata Perdana Menteri pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet, di sini semalam.

Beliau diminta mengulas sama ada mesyuarat Kabinet membuat keputusan berkaitan cadangan menaikkan kadar tarif elektrik.

Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin, berkata Kabinet dijangka membincangkan cadangan itu dan jika diluluskan ia akan berkuat kuasa bulan depan.

Chin berkata, kenaikan dianggap perlu memandangkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) tidak mampu menampung kos kenaikan bahan api khususnya minyak.

Najib juga berkata, Petronas terpaksa menanggung jumlah subsidi yang besar sehingga RM6.4 bilion setahun berikutan kenaikan harga gas.

"Wang ini boleh dipindahkan kepada kerajaan untuk membiayai projek dan dibelanjakan untuk rakyat. Tetapi ini semua habis diagihkan sebagai subsidi gas. Saya minta jangan buat sebarang spekulasi,” katanya.

Ditanya mengenai kemasukan pelaburan asing hasil lawatannya ke Arab Saudi, Perdana Menteri berkata, beliau sudah mencadangkan supaya Maxis Communications Bhd disenaraikan semula dalam Bursa Malaysia kerana ia adalah usaha sama pelabur Malaysia dan Arab Saudi.

Katanya, ia akan menambah kecairan dalam pasaran dan menjadikan pelabur lebih bersemangat terhadap pasaran modal kerana mereka mempunyai portfolio lebih besar untuk melabur dalam sebuah syarikat yang diurus dengan amat baik.

"Mudah-mudahan ini akan dilakukan pada masa terdekat. Mereka (Arab Saudi) sudah bersedia menjalin kerjasama dengan Maxis tapi Maxis sudah dinyahsenaraikan daripada Papan Utama Bursa Malaysia. Saya ingin melihat Maxis disenaraikan semula.

"Maxis sudah dimaklumkan perkara ini dan sedang menimbang dengan amat serius," katanya.

Sebelum ini, syarikat telekomunikasi kebangsaan Arab Saudi, Saudi Telecom Company (STC) menjalin usaha sama strategik dengan Binariang GSM Sdn Bhd apabila melabur AS$3.05 bilion (RM11 bilion) dalam syarikat induk Maxis Communications Bhd.

Mengenai sama ada Malaysia bersedia mengetuai gesaan supaya Myanmar digantung keahlian dalam Asean sehingga negara itu menyelesaikan masalah politik, Perdana Menteri berkata, Malaysia masih berminat berbincang dengan Myanmar.

rossa: ayat2 cinta. najib pun ada gak. rosmah kau segalanya kahkahkahkah.

No comments

Powered by Blogger.