Sistem Demokrasi Berparlimen Dan Raja Berpelembagaan; Perkukuh Maruah Negara

Oleh Zawawi Hassan

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) dengan ini mempertegaskan akan titah Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah semasa merasmikan Majlis Seminar Khas Perlembagaan Persekutuan dengan tanpa bersifat perajudis akan menyokong mempertahankan perinsip Rukun Negara kita yang dipegang semenjak merdeka lagi.

DPPN Pk berkeyakinan bahawa titah Seri Paduka Sultan Perak itu timbul berikutan berlakunya rampasan kuasa dan juga kemelut politik Negeri Perak yang masih belum selesai akibat kerakusan UMNO / Barisan Nasional (BN) negeri Perak.

DPPN Pk yakin proses demokrasi yang telah mencapai penggal yang ke 12 telah diterima oleh seluruh rakyat tanpa mempertikaikannya. Tetapi setelah rakyat membuat keputusan untuk menerima sistem demokrasi sebagai taatnya kepada perundangan negera telah dirosakkan oleh anasir-anasir jahat.

DPPN Pk akan terus memegang prinsip ini supaya penekanan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara dan juga kedaulatan undang-undang. Jika semua pihak yang menjalankan tugasnya dengan baik, akan tidak timbulnya suasana yang merosakkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat seluruhnya.

DPPN Pk akan memastikan sistem demokrasi yang menjadi tuntutan Negara akan diterus menjadi pegangan dan PAS yang berdiri atas nama Islam akan terus menegakkan keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.


ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

No comments

Powered by Blogger.