Perisa maut



JOHOR BAHRU: Pil Ecstasy berperisa mangga, epal hijau dan limau kuning. Inilah ramuan terbaru pil khayal itu untuk membangkitkan aroma dan menjadikannya lebih enak ketika dinikmati pengunjung pusat hiburan terutama berteraskan irama muzik tekno.

Selain bahan pewarna, sindiket memproses dan mengedar Ecstasy kini turut menggunakan perisa buah-buahan bagi meningkatkan rasa pil khayal itu selain ramuan asas seperti beberapa jenis dadah lain termasuk syabu dan heroin serta racun tikus dan ubat nyamuk.

Racun tikus ialah bahan asas untuk memberi kesan dahaga kepada si pemakan menyebabkan mereka sentiasa haus dan sudah tentu memberi keuntungan kepada pengusaha pusat hiburan yang hanya perlu menjual air mineral atau minuman pada harga ‘potong leher’, selain membuatkan kepala pengambil pil itu sentiasa bergoyang mengikut irama muzik.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata penggunaan pelbagai bahan termasuk perisa buah-buahan dikesan selepas pasukan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri menumpaskan sindiket memproses dan mengedar pil Ecstasy di sekitar Ledang, Muar, pada 16 Julai lalu.





Beliau berkata, pasukan berkenaan menyerbu sebuah rumah di Jalan Somerville, Gersik, Muar, kira-kira jam 11 malam pada 16 Julai lalu dan menahan seorang lelaki berusia 27 tahun bersama seorang wanita berusia 23 tahun, selain merampas sejumlah peralatan, bahan memproses dan mencetak Ecstasy.

Menurutnya, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas dadah dipercayai Ecstasy dalam bentuk serbuk seberat 273 gram serta 34 biji pil Ecstasy dan ujian air kencing terhadap lelaki terbabit mendapati dia positif methamphetamine dan amphetamine, selain memiliki rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

hmetro

No comments

Powered by Blogger.