Konspirasi ‘Puaka Rosmah’, agenda lemahkan Gerakkan Mahasiswa?
Membaca kisah ‘Puaka Rosmah’ di UM ini, teringat kisah Dewan Tunku Canselor (DTC) UM yang terbakar pada 2001. Pada waktu itu pimpinan dan ahli PMIUM di syaki terlibat dengan tujuan untuk mengganggu satu simposium yang bakal di hadiri oleh PM ketika itu, Mahathir Mohamad. Namun, siasatan akhirnya membuktikan bahawa kejadian itu disebabkan oleh Litar pintas. Bukannya kerja-kerja sabotaj PMIUM.
Mengikuti kes terbaru ini di UM ini, orang yang nak datang tu bukan PM, tapi bini PM. Isunya juga lebih kurang sama, iaitu cubaan untuk membakar dewan yang bakal dikunjungi bini PM.
Cuma wujud kemusykilan dihati ini. Berdasarkan fakta semasa Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.
Hanya kerosakkan bernilai RM25, mereka telah dilokap sejak Rabu lepas, maknanya dah seminggu dalam lokap baru Polis bawa ke Mahkamah semalam.
Berdasarkan Seksyen 28 Kanun Prosedur Jenayah, seseorang tahanan perlu dibawa ke hadapan Majistret atau hakim dalam tempoh 24 jam. Adakah mereka ada dibawa kehadapan hakim untuk dapatkan waran reman pada Rabu lepas?
Adakah Polis ada mendapatkan waran tangkap ke atas mereka berdua sebelum ditahan?
Polis juga dilihat gagal menunjukkan sebarang waran geledah semasa membuat siasatan di 4 buah rumah sewa mahasiswa di Seksyen 17?
Ke semua siswa ini adalah suspek, dan pihak Polis seharusnya melayan mereka sebagai suspek bukannya penjenayah?
Ini perancangan pihak tertentu
Saya yakin, bahawa ada agenda lain disebalik kes ini oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Polis hanya jalankan tugas mereka, mahkamah juga begitu.
Tetapi masih ada yang tak kena rasanya? Selepas Kes ISA7, iaitu kes tujuh mahasiswa yang di dakwa berdemontrasi menentang AKTA ISA pada 2001 selesai akhir bulan lepas, kini mereka mencipta kes baru pula.
Pastinya ini ada kaitan dengan cubaan untuk menakut-nakutkan Mahasiswa, sekaligus melemahkan gerakan pelajar yang dilihat kembali aktif mencuri perhatian rakyat.
Kita lihat apa pula yang berlaku selepas ini. Diharap mahasiswa tidak lemah dengan cabaran ini. Yang benar tetap benar, yang salah akan kalah akhirnya. Sokongan segera perlu diberikan pada siswa yang ditahan ini, moga mereka kuat hadapi kes ini
syukran.wordpress.com

No comments
Post a Comment