Perpaduan Pemuda Umno hanya bernilai 10 sen sahaja
Lawak juga bila membaca komen Ketua Pemuda Umno Serdang, Engku Salleh Engku Abdul Jamal berhubung cadangan supaya setiap ahli pemuda Umno membayar 10 sen bagi tujuan membayar denda RM 4000 yang dikenakan ke atas beliau dan 3 orang lagi Ketua Pemuda Bahagian yang didenda oleh Jawatankuasa Khas Parlimen.
“Saya setuju dengan cadangan supaya setiap ahli Pemuda membayar 10 sen seorang kerana inilah masanya untuk mereka menunjukkan perpaduan di kalangan ahli,” -begitulah komen beliau yang dipetik oleh Malaysiakini.
Semalam jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, menjatuhkan hukuman denda RM 1000 masing-masing kepada Latt Sharizan Abdullah (Petaling Jaya Utara), Megat Zulkarnain Omar Din (Gombak), Azahari Shaari (Shah Alam) dan Ungku Md Salleh Ungku Abd Jamal (Serdang) kerana melakukan jenayah kekasaran terhadap ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh pada 26 Februari lalu.
Lucunya, dalam menangani isu pembayaran denda itu, setiap pemuda Umno diminta beri 10 sen sahaja sebagai tanda Perpaduan.
Ya! 10 sen sahaja. Itulah nilai perpaduan yang ada dalam diri setiap ahli pemuda Umno.
Saya ulangi..Persahabatan dan perpaduan mereka nilainya hanya 10 sen. Inilah cara Umno menilai ikatan Perpaduan. Bukan pada roh persahabatan, tapi pada roh duit yang nilainya hanya 10 sen.

No comments
Post a Comment