Lelaki malas sara isteri dosa seumur hidup
Persoalan Agama: Lelaki malas sara isteri dosa seumur hidup
Bersama Jakim
SAYA sudah berkahwin dan mempunyai dua anak. Saya bekerja, manakala suami hampir enam bulan menganggur selepas berhenti kerja. Kami kini menumpang di rumah ibu.
Saya musykil, apa hukumnya suami yang enggan mencari rezeki, sebaliknya tanggungjawab itu diambil alih isteri?
Bagaimana pula dengan hakikat kami menumpang di rumah ibu sedangkan tanggungjawab itu sepatutnya terletak di bahu anak?
Hamba Allah
Kuala Lumpur
Suami bertanggungjawab menyediakan nafkah kepada isteri dan anak. Namun, pemasalahan yang puan ajukan ini membabitkan dua isu iaitu nafkah anak kepada isteri dan nafkah anak kepada orang tua.
Mengikut syariah Islam, ada lima kategori pembahagian nafkah iaitu nafkah terhadap diri sendiri, usul (ibu bapa), furu’ (anak cucu), nafkah suami ke atas isteri dan nafkah terhadap orang lain. Masing-masing ada kewajipan atau keutamaan mengikut keadaan.
Dari aspek kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri bukan lumrah atau logik akal semata-mata, tetapi sabit kepada tuntutan syariah seperti firman Allah SWT bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan lelaki (dengan beberapa keistimewaan) ke atas wanita, dan juga kerana lelaki sudah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian harta mereka…” (Surah al- Nisa’, ayat 34).
Begitu juga pesanan Nabi Muhammad SAW dalam khutbahnya pada haji wida dalam memperingatkan lelaki yang mengambil wanita sebagai isteri, wajib bertanggungjawab menjaga dan melindungi mereka.
Tanggungjawab kepada ibu bapa pula, walaupun mereka mampu dari sudut kewangan dan pengurusan hidup, anak patut menjaga, melindungi dan mengasihi ibu bapa bukan menyusahkan dan membebankan emosi, fikiran dan fizikal mereka. Seperti firman Allah SWT bermaksud “… dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik.” (Surah Luqman, ayat 15).
Justeru, berbincang secara baik dengan suami serta beri motivasi agar dia kembali bersemangat dan berusaha memperbaiki diri dan menyedari tanggungjawab yang terpikul di atas bahunya.
Jika suami sakit dan tidak mampu bekerja, baru ada keringanan dan kemaafan. Jika dia sihat dan mampu mencari pekerjaan tetapi enggan, dia akan menanggung dosa itu selama hidupnya.
Puan juga dinasihatkan banyak berdoa dan bersabar terhadap ujian yang menimpa. Semoga keberkatan dan rahmat Allah SWT terus memayungi hidup puan sekeluarga.
Di sediakan oleh;
Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Bahan rujukan;
Ringkasan Kitab Jalan Mereka Yang Menuju Allah, Imam Ahmad bin Qudamah al- Maqdisi, Pustaka Salam, Kuala Lumpur 2005.
Bimbingan Mu’min, Imam Ghazali, Pustaka Nasional, 1978.

No comments
Post a Comment