Kematian Teoh: Polis beri PM taklimat 30 minit

SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebentar tadi diberi taklimat berhubung kes kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock di sini.

Taklimat diberikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Kita beri taklimat tentang kes ini, semua aspek" kata beliau kepada media.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan reaksi Najib yang juga Menteri Kewangan berhubung taklimat itu.

"Itu (reaksi) kena tanya beliau," katanya.

Taklimat berlangsung kira-kira setengah jam. Najib tiba di KLIA kira-kira pukul 11.15 pagi.

Turut hadir pada sesi taklimat ialah Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga hadir sama.

Najib tiba di KLIA selepas mengadakan lawatan kerja ke Arab Saudi dan menghadiri sidang Pergerakan Negara-negara Berkecuali di Mesir.

Sehingga semalam pelbagai pihak meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja Siasatan bagi meneliti punca kematian Teoh.

Sabtu lalu, Muhyiddin berkata, saranan itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet esok.

Teoh ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam Khamis lalu selepas menghadiri siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor.

Terdahulu, Musa ketika ditemui media berkata, pihaknya yakin siasatan kematian Teoh boleh diselesaikan dalam beberapa hari lagi.

"... akan selesai dalam waktu terdekat," katanya.

Setakat ini 33 saksi telah ditemu siasat manakala siasatan sudah selesai 60 peratus.

Sehubungan itu, beliau meminta tiada pihak yang menimbulkan ketegangan atau memutarbelitkan fakta berhubung insiden tersebut.

"Kita sedang jalankan siasatan. Kalau nak tuduh tanpa berdasarkan siasatan, saya rasa itu tidak betul," kata beliau.

Musa berkata, jika ada pihak yang menimbulkan ketegangan, polis akan menggunakan peruntukan undang-undang yang sewajarnya untuk bertindak.

tak faham lagi ker? polis sikit2 nak ugut! orang nak kan keadilan la bro.. lu takutkan rakyat wat pa? p guna akta-akta polis kat orang jahat la.

No comments

Powered by Blogger.