PENJELASAN HUSAM : ROYALTI MINYAK HAK RAKYAT KELANTAN

Pada 9 Mei 1975, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Dato’ Haji Mohamed Bin Nasir telah menandatangani perjanjian dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang diwakili oleh Pengerusinya, YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah.

Perjanjian tersebut adalah bersesuaian dengan penggubalan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 yang memansuhkan beberapa bahagian penting Akta 95 Perlombongan dan Petroleum 1966 dan memberi ekslusif untuk mencari, mengeksploit, mendapatkan dan memperolehi petroleum di pantai atau di luar pantai Malaysia kepada Petronas.

Salah satu butiran perjanjian itu adalah seperti yang tercatat di dalam seksyen 1 (1) yang berbunyi,

“Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Kelantan…”

Rujukan kepada Malaysia di seksyen 2(1) Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 ditafsirkan mengikut Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan (iaitu undang-undang tertinggi), antara lain Artikel 1 menyebut,

• Persekutuan hendaklah di kenali sebagai Malaysia di dalam Bahasa Melayu

dan Bahasa Inggeris.

• Negeri-negeri Persekutuan hendaklah Johor, Kedah, Kelantan, Melaka,

Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak,

Selangor dan Terengganu.

• Wilayah-wilayah Negeri ini adalah seperti yang wujud sebelum merdeka.

(meliputi perairannya).

Oleh yang demikian setiap kali kalimah “onshore” dan “offshore” di gunapakai

dalam Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 ianya bermaksud “onshore” atau

“offshore” kepada satu daripada 13 Negeri dalam Persekutuan dan bukannya

Persekutuan secara keseluruhan.

Hasil Petroleum yang ditemui dan diperolehi di luar pesisir pantai (offshore) Hasil

Petroleum yang ditemui dan diperolehi di perairan Malaysia (offshore) adalah milik salah satu daripada mana-mana 13 Negeri yang disebut dalam Artikel 1

Perlembagaan Persekutuan dan adalah hak mutlak sepanjang masa kepada

Kerajaan Negeri tersebut sehingga pemilikan diserahkan oleh Kerajaan Negeri

kepada Petronas mengikut perjanjian yang ditandatangani berdasarkan Akta 144

Kemajuan Petroleum 1974.

Kalimah “offshore” juga tidak dipecah tafsirkan didalam akta yang sama dan juga

didalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri Kelantan kepada sub

kategori seperti yang ditentukan dalam Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu 1982.

• Territorial sea iaitu 22 km dari daratan.

• Contagious zone iaitu 44 km dari daratan.

• Zon Ekonomi Ekslusif iaitu 370 km dari daratan.

Oleh yang demikian, setiap kawasan di dalam Perairan Malaysia adalah milik salah satu daripada 13 negeri yang disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Isu Yang Dikemukakan Oleh Kerajaan Negeri Kelantan

Ada tiga isu yang diperjuangkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, bagi pihak rakyat negeri ini;

a. Tuntutan Royalti Petroleum

b. Pendaratan gas di Kelantan

c. Kelulusan permohonan supply base di Kelantan

Tuntutan Royalti

Pada masa ini, terdapat dua kawasan pengeluaran di mana Kerajaan Negeri

Kelantan berpendapat, seperti yang termaktub didalam perjanjian pada 9hb Mei

1975, Kerajaan Negeri Kelantan berhak untuk menerima pembayaran royalti iaitu;

i. Kawasan Malaysia (Kelantan) – Vietnam yang dikenali sebagai

Malaysia-Vietnam Commercial Area Agreement (CAA).

• Kawasan ini melibatkan usahasama cari gali di mana Petronas

memiliki 46.06% di Block PM-3 dan 36.85% di Block 46-Cai

Nuoc.

• Kerja pengeluaran minyak bermula pada tahun 1997 bagi

phase 1 dan phase 2 dan 3 mencapai kemuncaknya pada tahun

2004.

• Ia melibatkan kerja-kerja di telaga West Bunga Kekwa, East

Bunga Kekwa-Cai Nuoc, East Bunga Raya, West Bunga Raya,

NW Bunga Raya and Bunga Seroja .

• Mengikut kenyataan akhbar Talisman, kapasiti pengeluaran

ialah 60,000 tong minyak sehari dan 270 mm cfpd of gas.

• Gas yang dibeli oleh Petronas dari kawasan ini dihantar melalui

paip 24in, sejauh 170km gas Platform Resak.

ii. Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand

• Dikenali sebagai Joint Development Area.

• Kawasan seluas 7,250 km persegi, 150 kilometer dari Bandar

Kota Bharu. Ianya terletak 180 dari Pekan Pattani, 260 km dari

Bandar Songkhla dan 310 km dari Pekan Kerteh.

• Kawasan ini memulakan pengeluaran pada 2 Januari 2005.

• Pengeluaran semasa gas di kawasan ini dianggarkan berjumlah

790 juta kaki padu sehari atau 284 trillion kaki padu setahun,

dengan nilai lebih RM4 billion setahun.

• Pengeluaran minyak pula ialah 23,000 tong sehari.

• Blok eksplorasi di JDA adalah seperti berikut,

o A18 – Kontraktor ialah PETRONAS Carigali JDA Ltd

(50%) dan Hess Oil Company of Thailand (JDA) Ltd

(49.5%), Hess Oil Company of Thailand Inc. (0.5%).

Operator ialah Carigali Hess Operating Company Sdn

Bhd.

o B17 (termasuk B17-1) dan C19 – Kontraktor ialah PTTEP

International Limited (50%) dan PETRONAS Carigali JDA

Ltd (50%). Operator Carigali PTTEP Operating Company

Sdn Bhd.

• Pengeluaran bagi kawasan JDA adalah seperti berikut,

o Blok A18 ( 9 zon) – Cakrawala, Bulan, Suriya, Bumi, Bumi

East, Senja, Samudra, Wira dan Samudra North.

o Blok B17 (9 zon) – Muda, Tapi, Jengka, Amarit, Mali,

Jengka South, Jengka West, Jengka East dan Muda

South.

o B17-01 (3 zon) – Tanjung, Jinda dan Andalas.

iii. Blok PM 301 dan PM 302

• Blok PM 301 ini adalah bersempadan dengan pantai Kelantan

dan Blok PM 302 pula bersempadan dengan PM 301.

• Pengeluaran gas di kawasan PM 301 dan PM 302 akan bermula

pada 2011/2012 tetapi hingga kini, tidak ada apa-apa makluman

diberikan kepada Kerajaan Ngeri Kelantan dengan pembayaran

royalti yang sepatutnya dibuat.

• Operasi dikedua-dua blok ini diberikan kepada CS Mutiara

Petroleum Sdn Bhd yang ditubuhkan pada tahun 2001.

• Ia adalah sebuah syarikat milik 50:50 antara Petronas Carigali

Sdn Bhd dan Shell Exploration dan Production Malaysia BV.

• Pada 3 April 2006, CS Mutiara mengumumkan penggerudian di

zon Bunga Dahlia yang berada di kedalaman lautan sedalam 67

meter telah bermula pada 18 Februari 2006 dan sejumlah telaga

gas telah ditemui.

• Ini adalah penemuan ke enam berturut-turut kerana sebelum ini

CS Mutiara telah mengumumkan penemuan gas di zon Bunga

Kamelia, Bunga Zetung, Bunga Anggerik, Bunga Kesumba dan

Bumi South di blok PM 301.

• Adalah wajar isu ini dfibangkitkan lebih awal supaya hak rakyat

Kelantan tidak diabaikan.

Pendaratan Gas di Kelantan

Isu kedua yang diperjuangkan oleh Kerajaan Negeri ialah pendaratan gas ke pantai Kelantan, terutama sekali gas yang akan dikeluarkan dari PM 301, iaitu block yang paling hampir dengan pantai Kelantan.

YAB Tuan Gru Dato Menteri Besar Kelatan telah sekali lagi menulis surat kepada

Pengerusi Petronas dan disalinkan kepada Perdana Menteri baru-baru ini,

mencadangkan satu zon ekonomi eksklusif bagi petro-kimia di dibangnkan di

Bachok, Kelantan.

Pendaratan gas ini akan memberikan banyak peluang pembangunan ekonomi bagi negeri ini.

Kelulusan Permohonan Supply Base

Kerajaan Negeri, melalui sebuah syarikat, telah mencadangkan pembangunan

supply base yang dikendalikan oleh pihak swasta diizinkan dibangunkan di Kuala

Besar, Kota Bharu, untuk menampung aktiviti bersangkutan seperti penghantaran bekalan dan makanan, pembaikian kapal dan vessel serta aktiviti lain. Ini memandangkan Kota Bharu adalah paling hampir samada dengan kawasan pengeluaran JDA atau CAA yang begitu aktif sekarang.

Ia akan memberikan banyak peluang pekerjaan dan ekonomi kepada rakyat negeri ini. Namun, hingga kini, Kementeri Kewangan Malayisa belum memberi kan keizinan, walaupun permohonan telah dibuat lebih dari tiga tahun. Akta 440 Malaysian – Thailand Joint Authority Act 1990 Seksyen 19 Akta 440 ini menjamin bahawa akta ini tidak boleh diguna untuk menyekat sebarang tuntutan, hak, kebebasan dan keistimewaan dalam Malaysia atau Thailand.

Kawasan JDA bukanlah wilayah tersendiri dan ianya tertakluk kepada perundangan Malaysia dan Thailand mengikut pembahagian zonnya. Oleh yang demikian sebarang perjanjian yang dibuat di Malaysia, masih sah dan digunapakai dan dihormati di kawasan JDA.

Akta 440 juga jelas menyebut di dalam Seksyen 18 (3)nya bahawa akta ini tidak

memberi kesan keatas kedaulatan Malaysia di kawasan tersebut. Sekali lagi, tafsiran Malaysia perlu digunapakai seperti yang dijelaskan di dalam Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan yang bermakna kawasan perairan itu adalah milik Kelantan sebagai 1 daripada 13 negeri yang membentuk Persekutuan.

Petronas perlu menghormati perjanjiannya dengan Kelantan kerana perjanjian itu sah diguna di kawasan JDA mengikut seksyen 19 Akta 440.

Seksyen 7 akta yang sama juga jelas menyebut pihak Joint Authority hendaklah

membayar 5% dari hasil keluaran kasar sebagai royalti kepada kerajaan-kerajaan terbabit. Manakala seksyen 15 (b) pula memberi kebenaran kepada Menteri untuk membuat bayaran tersebut.

Penutup

Adalah diharapkan Kerajaan Pusat bertindak saksama tanpa mengira kepentingan politik kepartian dalam menimbang hak bersama rakyat Kelantan.

Sekian. Terima kasih.

Dato’ Husam Musa

Exco Kerajaan Negeri Kelantan

No comments

Powered by Blogger.