News Update :

Najib takut bantah campur tangan Mahathir - Anwar

December 3, 2012


Dec 3 2012 / Keadilan Daily

(Oleh Aedi Asri)

PETALING JAYA 3 Dis: Datuk Seri Najib Razak gagal menunjukkan keberanian sebagai pemimpin apabila hanya membiarkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad campur tangan dalam urusan pentadbiran kerajaan.

"Orang di sekeliling Perdana Menteri mahupun beliau sendiri tidak suka dengan cara Mahathir campur tangan dalam (urusan) kerajaan, tetapi saya tidak fikir Najib berani bertegas.

"Sebab itu Mahathir masih panggil pimpinan Umno dan beri arahan kepada mereka," kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Najib tidak boleh bertindak tegas terhadap bekas Menteri Wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil (ketika terlibat dalam skandal National Feedlot Corporation), jadi saya tak boleh bayangkan beliau boleh bertegas dengan Mahathir," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Anwar berkata, beliau tahu tentang pertemuan Mahathir dengan pimpinan Umno peringkat negeri dan meminta mereka menangguhkan rancangan menjatuhkan Najib sehingga selesai Pilihan Raya Umum ke-13.

"Ia disampaikan kepada hampir semua pimpinan Umno negeri. Sebab itu saya fikir Najib rasa kedudukan peribadinya dalam Umno tidak selamat," kata Anwar.

Najib dalam ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno memuji dasar Wawasan 2020 serta berterima kasih kepada Mahathir kerana 'sukarela' berkempen untuk Umno.

Ketika melancarkan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Rakyat (PPP) semalam, Najib dilaporkan turut mengakui Mahathir masih memiliki pengaruh kuat dalam pentadbiran Umno BN.

Artikel berkaitan POLITIK

Share this Article on :

1 comments:

maie1958 said...

aku kesian kat kj....no future for u la as long as najib no 'balls'!!!

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.