Projek Apco dipaksa ke atas PDRM: Musa Hassan dicabar lapor polis


KUALA LUMPUR 11 Dis: Tan Sri Musa Hassan dicabar melaporkan salah laku bekas anggota penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang dan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar kepada polis dan SPRM dalam projek komunikasi bernilai ratusan juta yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ini berikutan bekas KPN itu semalam mengesahkan penglibatan Apco Worldwide – sebuah firma perunding yang didalangi pemimpin Zionis-Israel dalam projek menukar sistem analog kepada digital.

Musa mendedahkan, Phang ‘mengarahkan’ pegawai polis untuk meluluskan projek tersebut, namun pegawai yang tidak dinamakan itu enggan meluluskan sistem komunikasi berkenaan kerana sistemnya tidak lengkap.

Dedahnya lagi, Phang mengugut pegawai polis itu akan ditukar 24 jam jika tidak meluluskan projek berkenaan.

Beliau menambah, pegawai itu ditukar kepada pegawai lain apabila hal tersebut diadu kepada Ismail.

Mengulas perkara itu, Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, ia adalah tindakan jenayah yang tidak boleh dipandang ringan apabila seorang awam mengugut penjawat awam.

“Ismail melakukan rasuah salahguna kuasa apabila mengarahkan pegawai polis tersebut untuk menandatangani komisen bagi memenuhi arahan Phang,” katanya dalam kenyataan.

Akibat gagal mengikut arahan, pegawai tersebut ditukar 24 jam dan diganti dengan pegawai baru yang menandatangani surat kelulusan tersebut, sedangkan sepertimana pendedahan Musa, projek komunikasi tersebut masih gagal siap sepenuhnya.

Fariz berkata, tindakan Phang dan Ismail merupakan tindakan jenayah serius dan sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan selaku bekas KPN, Musa lebih memahami dan menguasai undang-undang negara.

Katanya, Musa wajar dipersalah jika gagal melaporkan kepada pihak polis dan SPRM terhadap perlakuan jenayah kedua-dua terbabit.

“Beliau mempunyai maklumat lengkap untuk melakukan tindakan sewajarnya, lebih-lebih lagi melibatkan dana awam bernilai ratusan juta iaitu projek komunikasi Motorola dari sistem analog ke digital PDRM,” katanya.

Projek itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia. Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC. Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC yang berpangkalan di Israel.

Justeru, Jingga 13 menyatakan sokongan terhadap keberanian dan pendedahan Musa, tetapi menghairankan jika pendedahan tersebut tidak disertakan tindakan laporan kepada pihak berwajib kerana kes ini berprofil tinggi dan sangat serius.

2 comments

biskut kering said...

TSMH tuh sedar x dia tuh mcm meludah ke langit...akhirnya dia yg terjerat sndri...dia sbuk mnyalak cna cni nk salahkn org lain sdgkan sume yg terjdk arini adalah rentetan tndakan beliau ms beliau jdk KPN...kter jz tgk jek smpi bler TSMH tuh nak jdk anjing menyalak bukit...jgn smpi tergeget ekor sndri sdahla...

biskut kering said...

TSMH tuh sedar x dia tuh mcm meludah ke langit...akhirnya dia yg terjerat sndri...dia sbuk mnyalak cna cni nk salahkn org lain sdgkan sume yg terjdk arini adalah rentetan tndakan beliau ms beliau jdk KPN...kter jz tgk jek smpi bler TSMH tuh nak jdk anjing menyalak bukit...jgn smpi tergeget ekor sndri sdahla...

Powered by Blogger.