Apa Khabar Johan Che Pa? Calon Umno Pasir Mas?

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/943195_10151618384242259_1902453288_n.jpg

Kuala Lumpur: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Pasir Mas, Johan Che Pa digantung daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) atau pilihan raya kecil selama 15 tahun.

Pemangku Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas, berkata hukuman selama tiga penggal terhadap Johan yang menarik diri daripada bertanding pada PRU-13, 5 Mei, berkuat kuasa serta-merta.
“Johan didapati bersalah kerana tidak mematuhi arahan kepemimpinan parti apabila menarik diri.


“Beliau juga tidak boleh bertanding mewakili BN atau UMNO pada mana-mana PRU atau pilihan raya kecil sepanjang tempoh berkenaan,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Tak serah borang calon

Johan yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian Pasir Mas, menarik diri pada hari penamaan calon apabila tidak menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus di pusat penamaan calon menyebabkan namanya sebagai calon di Parlimen itu digugurkan.

Penarikan diri Johan, sekali gus memberi laluan kepada penyandang Parlimen itu, Datuk Ibrahim Ali yang juga ‘gurunya’ menentang anak Mursyidul Am PAS, Nik Abduh Nik Aziz dalam pertandingan satu lawan satu.
Megat Najmuddin berkata, keputusan itu dibuat ketika bersidang dua minggu lalu selepas mendapat aduan mengenai tindakan Johan yang menarik diri, sekali gus menyebabkan BN dan UMNO tidak bertanding kerusi Parlimen itu.


Masih ahli parti

Bagaimanapun, beliau berkata, Johan masih dibenarkan untuk menghadiri majlis dan mesyuarat parti kerana beliau masih ahli parti.

“Sebarang rayuan terhadap keputusan menggantung beliau boleh dikemukakan dalam masa terdekat,” katanya.

Selain itu, katanya, lebih 100 ahli UMNO yang bertanding sebagai calon Bebas dan pembangkang, selain menjadi pencadang atau penyokong calon pembangkang secara automatik dipecat.

Megat Najmuddin berkata, pihaknya juga masih meneliti kes membabitkan kira-kira 10 ahli UMNO yang disyaki bertindak mensabotaj parti sepanjang kempen PRU, baru-baru ini.

“Kes berkenaan masih dalam perbicaraan parti, bagaimanapun siasatan lengkap perlu dilakukan kerana tidak mahu mereka dianiaya pihak tertentu,” katanya.

Katanya, pihaknya akan sentiasa bersikap adil dalam mengendalikan setiap kes dikemukakan termasuk memastikan ada saksi, selain menggunakan budi bicara sebelum membuat keputusan hukuman yang akan dikenakan.

saya dah kata, umno kelantan kena bodoh atas darat kat ibrahim ali!

No comments

Powered by Blogger.