Arak Dan Nasi Lemak Di Danga Bay
Perjalanan kami ke Pesta Buku Islam 5 Johor ditemani rintik hujan sepanjang jalan. Setibanya kami di tapak lokasi pameran, kedengaran nasyid-nasyid kotemporeri berkumandang. Mall Galeria @Kotaraya yang tersegam indah akan dihiasi oleh lautan buku selama 10 hari. Saya bersama kakak sudah tidak sabar untuk memulakan perjuangan menyebarkan ilmu sebanyak mungkin.
Setelah barang jualan diturunkan dari van, kami bersama 2 orang lagi sahabat seperjuangan menyusun buku-buku dan majalah yang akan kami jual sepanjang 10 hari di Pesta Buku tersebut.
Selesai memunggah dan menyusun barang jualan, kami mengambil keputusan untuk mengisi perut yang mula berkeroncong ria. Mana tidak, sepanjang perjalanan 6 jam dari Prima Damansara ke Johor Bharu kami hanya singgah sebentar menunaikan solat Asar di R&R Tapah, dan membeli 4 keping waffer sahaja.
Sebelum singgah ke tempat makan, kami mencari tempat penginapan yang berada berdekatan dengan Mall Galeria. Dengan mempertimbangkan keselamatan dan keselesaan akhirnya kami memilih T-Hotel sebagai tempat penginapan selama 10 hari.
Bilik 10×10 terasa sangat mendamaikan dengan hiasan serba sederhana, namun misi kami pada malam itu belum selesai, misi mencari tempat makan.
Kerana bukan penduduk tempatan, mencari tempat makan menjadi aktiviti mencabar bagi kami. Perjalanan malam itu agak suram, mungkin kami semua sudah kepenatan. Sedar tak sedar akhirnya kami tiba di Danga Bay. Sebuah bandar di pinggir pantai. Diseberang daratan Danga Bay terbentang daratan Singapura dengan bangunannya yang tersergam megah.
iluvislam
Suasana Selat Tebrau pada malam itu damai. Tapi mungkin keadaannya tenang dalam gelora yang tak terlihat.
Kening saya terangkat. Setibanya di Danga Bay, terpampang dengan jelas tulisan Carlsberg. Terpana saya ketika itu. Ini Malaysia atau Hong Kong?
Kami tak berputus asa mencari tempat makan di kawasan berhampiran. Cahaya dari lampu kenderaan menerangi jalan. Van yang dipandu oleh sahabat kami ketika itu hanya 40km/jam.
Akhirnya kami memutuskan untuk turun dari van dan lihat sendiri keadaan di sekitar Danga Bay. Setelah 50 tapak berjalan, kami memutuskan untuk duduk di restoren pertama berdekatan dengan pintu gerbang Danga Bay.
Suasana suram. Kelihatan ramai remaja bercanda ria dengan minuman masing-masing. Kami memilih sebuah meja panjang dan memanggil seorang wanita pertengahan usia untuk mengambil pesanan. Dia duduk santai dengan menatap lurus ke depan televisyen yang diletak agak tinggi.
“Kak. Kami nak order,” panggilan pertama tak diendahkan.
“Kak… masih bukakah?” Panggilan kedua kami tidak diendahkan.
Kecewa. Itulah perasaan kami saat itu.
Tak lama kemudian keluar seorang lelaki. Awal 20-an tekaan saya. Ada sedikit harapan.
“Dik. Order,” dia menoleh.
“Dik… kami nak order,” dia akhirnya masuk ke dapur. 5 minit kami menanti dengan harapan dia membawa buku menu di tangan. Tak berapa lama dia keluar dengan tangan kosong dan berlalu ke belakang restoren.
Kami kecewa dan hampa.
Tidak menunggu lama kami bangun dan berlalu dari restoren ‘misteri’ itu. Wanita pertengahan usia itu terus menonton, menatap kosong ke televisyen. Pemuda misteri tadi sudah tidak kelihatan dan remaja muda mudi tadi terus bergelak tawa.
Beberapa orang di antara mereka melirik ke arah kami. Mungkin pelik dengan wajah-wajah yang masuk ke ‘kawasan’ mereka.
Semakin jauh kami melangkah, semakin ‘havoc’ suasana. Ada sebuah gerai menjual nasi lemak. Wajah kami sedikit bercahaya melihat penjualnya yang mengenakan tudung. Namun spontan mata saya meluru ke tulisan Carlsberg yang begitu besar terpampang di hadapan pentas yang terletak di belakang gerai nasi lemak tadi. Sekali lagi jantung saya seperti hendak tercabut. Apa semua ni? Arak dan nasi lemak? Sebuah kombinasi makanan yang luar tabi’i menurut saya.
Tanpa menunggu lebih lama saya menarik tangan kakak untuk segera berlalu dari tempat tersebut. Saya bukan lagi kecewa dan hampa, tapi saya rasakan sebuah perasaan yang lebih dari itu. Mata saya terkebil-kebil. Hati saya berdebar dan otak saya tidak berhenti berfikir.
Mungkin ia bukan situasi yang pelik bagi masyarakat sekitar Danga Bay atau masyarakat Johor Bharu. Namun saya tertanya-tanya mengapa perniagaan seperti itu dihalalkan? Apakah kerana kedudukan daerahnya berhampiran dengan negara sekular? Apa untungannya mendirikan perniagaan bercampur aduk seperti itu? Saya pasti pelancong juga akan ketawa melihat kita hilang jati diri. Apakah nasi lemak dan arak sebuah kombinasi makanan yang serasi? Menangis agaknya pencipta nasi lemak jika dia mengetahui nasi lemak ciptaanya kini telah ‘dikacukkan’ oleh cucu-cucunya sendiri.
Sayu. Mata hanya menatap sepi, hati merintih kerana saya tak mampu melakukan apa-apa tindakan dan perubahan.
Perit Menyatakan Kebenaran
Iniah hakikatnya, menyampaikan kebenaran seperit menelan duri. Kerana kebenaran itu sulit untuk disampaikan maka Rasulullah SAW bersabda, bencilah perbuatan mungkar dengan hati kerana meskipun kita tidak mampu untuk mencegahnya dengan tangan, masih ada hati yang mampu membenci.
Sikap kita pada zaman kini berbeza dengan sikap salafus soleh yang begitu keras menentang kemungkaran sehingga mereka tidak khuatir kehilangan harta bahkan nyawa. Firaun laknatullah alaih pernah berkata kepada nabi Musa a.s,
“Jika engkau menyembah tuhan selain aku (Firaun) maka aku akan menyumbatkan engkau ke dalam neraka.”
Ancaman dari Firaun sedikit pun tidak menggentarkan hati Musa a.s bahkan baginda tetap teguh berdakwah dan menyampaikan yang hak sehingga kebenaran ditunjukan oleh Allah dengan menenggelamkan Firaun ke dalam laut Merah.
Allah SWT telah berfirman tentang kejahatan yang dilakukan oleh orang kafir untuk menjatuhkan umat Islam,
“Dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman.” (Surah an-Nisa: 141)
Apa yang perlu ada dalam diri setiap pemuda pemudi adalah hati yang teguh dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan keimanan kepada Allah SWT. Kerana Allah SWT telah menjanjikan bahawa mereka yang beriman tidak akan mampu dibinasakan oleh orang Kafir.
Jajahan Moden
Dalam buku Pendidikan Remaja Muslim karya Prof Hasnan Bin Kasan, beliau menulis ‘Ramai dikalangan umat Islam yang masih kurang mengetahui tentang keupayaan ajaran Islam di dalam menangani keperluan manusia. Kenapa ini berlaku? Jawabnya mudah, iaitu kita telah dijajah dan diputar belitkan oleh penjajah. Bukan sahaja tanahair dijajah, malah fikiran dan minda kita juga telah dijajah dengan teruk. Kita hanya mengenal Islam itu hanya merupakan ajaran tentang ibadat-ibadat tertentu sahaja tanpa lebih dari itu.”
Inilah hakikat, kita berada di zaman dimana kita bukan lagi dijajah secara terang-terangan tetapi kita dijajah dengan gaya hidup. Ya, memang tiada yang salah dengan kemodenan namun yang salah adalah apabila kita mengenepikan Islam dalam kemodenan.
Kini, sudah semakin ramai insan-insan yang bertekad untuk berubah dan menjadikan Islam sebagai gaya hidup mereka. Di Malaysia sendiri, artis-artis semakin ramai yang berhijrah bahkan bersemangat untuk memperjuangkan isu-isu penting dalam Islam seperti isu penjajahan Israel Zionis keatas tanah Palestin.
Seharusnya, tiada seorang pun boleh terlepas dari saat-saat seperti ini, semua insan perlu berkejar-kejar diantara satu sama lain untuk berubah dan berhijrah. Sejarah telah membuktikan bahawa Islam mampu menjadi sebuah gaya hidup yang indah bahkan mampu mentadbir dunia. Kita perlu sedar bahawa kemodenan bukan berasal dari barat namun Islam lah yang mengajarkan kemodenan. Mahu bukti? Lihat siapa yang lebih mengajarkan gaya hidup rimba? Islam atau bukan Islam?
Wallahua’lam.
http://www.iluvislam.com/tazkirah/8788-arak-dan-nasi-lemak-di-danga-bay.html#

No comments
Post a Comment