Kenyataan Fadhilatul Imam Al Akbar, Syeikhul Azhar As Syarif As Syeikh Ahmad At Tayyib

[Kenyataan Fadhilatul Imam Al Akbar, Syeikhul Azhar As Syarif As Syeikh Ahmad At Tayyib]

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-frc3/p480x480/1559_203350936489844_1883719175_n.jpg

8 Julai 2013

بسم الله والصلاة والسلام على سيدنا رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين؛

Rakyat Mesir sekalian, setelah mengecam, membantah dan lukanya hati kami dengan tumpahnya darah dalam kejadian yang berlaku pada subuh hari ini, Al-Azhar As-Syarif dengan ini mengucapkan takziah buat keluarga Para Syuhada', mangsa dan mereka yang telah tercedera dari anak-anak Mesir.

Al-Azhar As-Syarif dengan ini menyatakan dan menegaskan secara jelas buat pihak yang memegang tampuk urusan negara pada hari ini dengan perkara-perkara berikut :

1. Dibuka sesegera mungkin siasatan ke atas kejadian tumpahnya darah yang bersih dari warga Mesir pada Subuh hari ini dan sebelumnya.

Dan mesti diumumkan keputusan siasatan ini seawal mungkin dihadapan seluruh warga Mesir, supaya jelas hakikat kejadian ini dan situasi fitnah tumpah darah ini dapat segera dipadamkan.

2. Mesti ditubuhkan dengan segara Suruhanjaya Perdamaian Nasional, selewat-lewatnya dalam tempoh dua hari,demi untuk memelihara darah rakyat Mesir dari terus ditumpahkan.

Suruhanjaya ini mestilah diberikan bidangkuasa yang penuh untuk benar-benar menjayakan perdamaian yang sempurna,melibatkan seluruh anak-anak negara ini,tanpa mengecualikan mana-mana pihak.

Sesungguhnya negara ini adalah milik semua,bukannya milik sebahagian pihak, bahkan ia luas meliputi semua.

3. Mesti diumumkan dan dimaklum dengan sesegera mungkin tentang tempoh peralihan.

Tempoh ini sepatutnya tidak boleh lebih dari 6 bulan.

Mestilah diumumkan jadual perjalanan masa secara jelas dan detail (jadual perkara yang bakal dibuat) untuk menjayakan peralihan demokratik yang diharapkan, yang akan menegakkan kesatuan warga Mesir dan memelihara darah mereka.

Ini adalah perkara utama yang menjadi punca aku bersetuju untuk hadir dan turut serta dalam perjumpaan dengan pihak berkuasa, badan politik dan wakil-wakil simbol negara sebelum ini (minggu lalu).

4. Al-Azhar As-Syarif menyeru kepada semua media dari pelbagai bentuknya, untuk benar-benar menjalankan tanggungjawab untuk menjayakan perdamaian nasional antara semua anak-anak negara ini dan menyatupadukan mereka.

Media mestilah menjauhkan dari membuat perkara-perkara yang boleh mencetuskan perbalahan dan memarakkan lagi persengketaan.

5. Al-Azhar As-Syarif sekali lagi menegaskan dan menuntut agar segera dibebaskan kesemua tahanan Politik, dan dibenarkan mereka untuk pulang ke rumah dan menjalani kehidupan seperti biasa dalam terjamin keamanan dan kesejahteraan mereka.

Al-Azhar As-Syarif menegaskan kepada pihak berkuasa Negara untuk bersungguh-sungguh menjaga keselamatan rakyat yang berdemonstrasi dengan aman, memberi jaminan keselamatan buat mereka dan tidak diambil sebarang tindakan berunsur politik kepada sesiapa sahaja dari mereka.

6. Yang akhirnya, aku menyeru kepada semua pihak di Mesir untuk berpegang dan merujuk kepada suara akal dan hikmah sebelum terlambat.

Sesungguhnya aku atas tanggungjawab agama dan Negara, menyeru kepada semua pihak untuk menghentikan dengan segera apa sahaja tindakan yang menumpahkan darah anak-anak Mesir yang bersih ini.

Aku dengan ini mengumumkan dan menjelaskan kepada semua pihak – pada suasana kini yang semakin kuatnya bau-bauan darah – dan tidak lekang dari mindaku Sabda Sayyiduna Rasulullah SallaAllahu Alaihi Wa Sallam : “Bahawa sesungguhnya,runtuhnya satu demi satu batu binaan Kaabah adalah jauh lebih ringan dari tumpahnya darah Muslim tanpa hak”…

Aku mengumumkan kepada semua pada suasana ini : bahawa Aku mendapati keadaan kini mendesak untuk aku beriktikaf di rumahku, sehinggalah kita semua dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam menamatkan pertumpahahan darah ini, dan menghalang daripada berlakunya dalam Negara ini perang saudara, yang selama ini diingatkan oleh Al-Azhar As-Syarif dari kita terjerumus ke dalamnya.

Semoga Allah memelihara Mesir dan seluruh rakyatnya dari segala kajahatan, keburukan dan perkara yang tidak diingini.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Terjemahan oleh : Ustaz Muhammad Noorazam
Sumber : alazhar-alsharif.gov

1 comment

abu bakar said...

Egypt: do you support a military coup d’état in Egypt?
by Thierry Meyssan

http://www.voltairenet.org/article179418.htmln

sangat dikesalkan ikhwan dipengaruhi oleh pengaruh wahabi dan anasirnya,tindakan tidak stabil dan ketidakmatangan polttik membahayakan politik sunni eseluruhan,apa boleh buat,,wanglah yang berbicara,,berapa dana saud

Powered by Blogger.