Kenyataan Najib bukti ada komplot untuk musnahkan DAP
KUALA LUMPUR, 18 OGOS: Kenyataan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berhubung isu pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP membuktikan ada komplot politik peringkat tinggi untuk memusnah dan melenyapkan DAP daripada arena politik Malaysia.
Ketua Whip DAP, Loke Siew Fook berkata, disebabkan Najib sendiri yang mengulangi penipuan itu, semalam, maka beliau terpanggil untuk menunjukkan bukti secara terbuka supaya rakyat Malaysia boleh menjadi “hakim” dalam “mahkamah pendapat umum” (court of public opinion) untuk menentukan sama ada DAP yang bersalah atau Najib yang menipu.
Sehubungan itu, beliau menjemput semua wakil media menghadiri sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP, di sini, pada jam 11 pagi Isnin ini (19 Ogos 2013).
Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, ini membuktikan Najib sendiri “menghalalkan” penipuan yang disebar dan diulangi ratusan kali oleh ejen propaganda UMNO sejak beberapa bulan lalu apabila menyatakan DAP parti yang tiada kredibiliti konon mengamalkan prinsip demokrasi tetapi pemimpin tidak berani mengamalkan perinsip berkenaan.
“Najib berkata, DAP adalah parti yang tiada kredibiliti kerana kononnya mengamalkan prinsip demokrasi namun pemimpin mereka tidak berani mengamalkan prinsip tersebut di dalam parti sendiri.
“Ini kerana seramai 753 perwakilan DAP yang berhak hadir pada pemilihan CEC tidak dimaklumkan untuk hadir dan jumlah itu bukan suatu jumlah yang kecil.” (Utusan Malaysia 16 Ogos 2013).
Beliau menganggap ini satu dakwaan yang tidak berasas sama sekali dan tidak pernah dibuktikan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana ROS tidak pernah memberi sebarang alasan dalam tindakan mereka mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC.
“Faktanya, mereka tidak dapat membuktikan bahawa 753 perwakilan yang tidak hadir di Kongres DAP pada 15 Disember 2012 tidak dimaklumkan oleh parti kerana dakwaan itu adalah satu penipuan yang direka untuk mensabitkan “kesalahan” yang tidak pernah wujud ke atas DAP.
“Kalau isu 753 perwakilan yang berhak hadir tidak dimaklumkan adalah “kesalahan” yang dilakukan DAP sehingga kami patut dihukum dengan pemilihan semula, mengapa ROS tidak dapat memberikan sebab itu dalam surat arahan mereka,” katanya dalam kenyataan media, semalam.
Menurutnya, ini membuktikan penghantaran notis melalui pos kepada semua perwakilan yang layak hadir telah diberi kepada ROS namun ia langsung tidak diendahkan ROS dalam pertimbangan mereka.-Roketkini.com

No comments
Post a Comment