News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

MB Kelantan Menerima Kunjungan Hormat Dato Syed Zainal

May 23, 2013



alhamdulullah.

walaupun kelantan banyak terima terima pelabur dari luar.

semoga ustaz mad dapat membawa kelantan ke arah yang lebih baik demi memartabatkan islam.

Wanita Tidak Dibenarkan Berpurdah Di Dalam Kampus?

May 22, 2013

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-frc1/600787_10151669672474274_1462878671_n.jpg

Islam Itu Indah

NiQab yg Menutup Wajah itu Satu Perjuangan

~ Sebuah perkongsian pengalaman seorang pelajar IPT

Dewan kuliah besar pauh putra tiba-tiba sunyi dan senyap setelah seorang professor menolak pintu.

Aku yang sedang membelek-belek jadual waktu mengangkat wajah.

Menyoroti langkah pensyarah ke bahagian hadapan dewan sambil membetulkan dudukku.

Aku capai buku nota kuliah di dalam beg galas yang berada dihujung kaki.

"Assalamualaikum dan selamat pagi..welcome back to a new semester.

Tahniah kerana anda menjadi pelajar saya dan selamat datang ke kuliah pertama untuk subjek thinking skill"

Ujar lelaki yang usianya dalam lingkungan 40-an.

Dia melemparkan senyum kepada seisi dewan.

Lontaran salam itu dijawab oleh pelajar yang hampir memenuhi dewan.

Aku menjawab perlahan yang tahap bunyinya hanya mampu didengar oleh diriku sendiri.

Ada senyuman yang megah meniti di bibirnya.

Aku mengerutkan dahi.

Cepat2 aku istighfar.

Tak mahu bersangka buruk kepada seseorang yang baru sahaja aku kenal.

"Ok class. My name is Professor Madya Dr Rashid Salleh.

I am your lecturer for this subject.

Hmmm..hari ini saya tidak bercadang untuk mengajar anda semua.

Kuliah kita yang sebenar akan bermula pada minggu depan.

Minta anda semua menanda kehadiran pada hari ini yaa.."

Prof Rashid menghulurkan beberapa helaian kertas yang terdapat senarai nama untuk ditanda kehadiran oleh pelajar-pelajar yang hadir pada hari itu.

"Ok....let's start ice breaking!!"

sambungnya sambil memandang ke arah tengah dewan.

Lebih tepat lagi ke arah tempat dudukku.

Anak matanya mati tepat ke arahku.

Waktu itu aku menundukkan pandanganku.

Sudah aku tahu apa yang bermain di fikiran lelaki hampir separuh usia itu.

Debaran mula dirasai.

Nafasku tidak menentu di sebalik cebisan kain yang menutupi wajahku.

"I want to start from right. Please introduce your name, hometown and your course."

Fuhhhhh!!..Aku melepaskan nafas lega.

Risau jika aku dipanggil ke depan dan diminta keluar dewan kerana penampilan aku sebegini..

ALhmdulillah...

Tidak seperti yang dijangkakan oleh fikiran.

Seorang demi seorang pelajar memperkenalkan dirinya sehinggalah sampai kepada giliran aku.

"Saya Ummu Ummairah binti Abu Bakar. Berasal dari Kelantan.

Pelajar dari kejuruteraan kimia."

Aku merasakan dewan kuliah besar itu sunyi sepi.

Udara yang memasuki hidungku terasa dingin.

"Hmmm...kamu tahukah yang peraturan universiti di Malaysia ini tentang larangan berpurdah di dalam kawasan kampus..??"

Tanya Prof Rashid tenang.

Tiada terlalu kuat.

Tapi kedengarannya di telingaku cukup sinis.

Aku berdiri sambil menundukkan kepala.

Mataku pejam rapat2 seketika untuk mencari kekuatan.

Aku mengangguk perlahan.

Tidakku pasti samada pensyarah berjaket biru gelap itu melihat anggukanku kerana dia sudah mula mengatur langkah kembali ke depan dewan.

Sunyi.

Pelajar semua diam. Dan aku tersangat yakin yang semua mata sedang memandang ke arahku.

"Saya bagi kamu pilihan.....samada kamu ingin membuka purdah kamu atau kamu mahu meninggalkan dewan kuliah ini dan menggugurkan subjek saya.

Saya pantang jika pelajar melanggar peraturan."

Tersentak aku.

Tidakku sangka aku diberi pilihan yang sebegitu oleh seorang pensyarah yang beragama "ISLAM"

Seseorang yang hidupnya sebagai seorang Islam.

Ya ALLAH.....KAU berikanlah aku kekuatan!

"Untuk membuka purdah ini...itu jauh sekali.

Jika kehilangan nyawa sekalipun belum tentu saya akan membukanya.

Saya minta maaf prof....

Saya memilih untuk meninggalkan dewan sekarang.

Tapi saya tidak akan menggugurkan subjek ini.

Prof hanya perlu bagitau saya kelas thinking skill yang mana lagi selain kelas prof saya boleh ikuti jika prof tidak mahu saya menjadi pelajar prof."

Tenang dalam ketegasan aku saat itu.

Hanya pandangan mata yang redup yang mampu aku pamerkan.

Riak wajahku takkan mampu dibacanya.

Kelas sunyi dan terus sunyi.

Aku duduk dan megambil nota-notaku diatas meja dan memasukkannya ke dalam bag tanpa mempedulikan sesiapa.

Aku sedayanya cuba mengawal suaraku untuk mengelakkan diri dikatakan biadap.

"owh ya??...selalunya orang yang bersikap macam inilah yang menghancurkan organisasi.

Menghancurkan negara kerana keengganan untuk mematuhi peraturan.

Kamu pelajar dan kamu terikat dengan peraturan di sini."

sinis kata-kata itu.

Aku terkaku.

Ya ALLAH..sungguh..aku sedang diuji..

Dan aku harus pertahankannya.

Aku harus membuka mata hatinya tentang hakikat sebuah peraturan.

"Kenapa harus mematuhi peraturan yang digubal manusia yang mengikut kehendak dan kemahuan diri sedangkan manusia itu sendiri tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.???

Kenapa pelajar tidak boleh untuk berpurdah dan mengamalkan sunnah seperti yang telah diajar oleh Islam.???"

Soalku penuh kelembutan.

Begitulah sifat yang ada padaku.

Dalam marah dan tegas itu ada kelembutan yang aku sendiri tidak pasti dari mana lahirnya.

Prof Rashid memandang tepat ke arahku sambil membetulkan kaca matanya..

Disilang tangannya ke dada..

"Dan kenapa kamu memilih untuk berpurdah??

Apa tidak ada sunnah lain yang boleh kamu ikut selain berpurdah??

Banyak keburukannya untuk institusi pendidikan di Malaysia.

Apa wajah kamu terlalu cantik untuk dipamerkan??.."

Ada ketawa kecil dan sinis kedengaran memenuhi seisi dewan.

Ketawa yang dibuat-buat itu buat hati aku sedikit terusik.

Mungkin tercalar dan sakit..

Aku tarik nafas sedalamnya, cuba mencari ketenangan di dalam dada sebelum bersuara untuk sekelian kalinya.

"Maafkan saya sekali lagi prof.

Bukan saya mahu berlagak pandai dan bijak kerana saya tahu prof jauh lebih bijak dari saya.

Tapi satu perkara yang prof harus tahu yang ada 3 sebab untuk berniqab.

Pertama seseorang itu berniqab kerana kecantikan dan kejelitaan wajahnya sehingga wajahnya menjadi fitnah dan tarikan seorang lelaki sehingga menaikkan syahwat.

Dalam keadaan ini wajib untuk dia berpurdah.

Kedua, diharuskan seseorang itu untuk berpurdah kerana memiliki wajah yang kurang cantik@ mempunyai kecacatan pada wajahnya sehingga dia menjadi bahan ejekan, cacian dan hinaan.

Oleh sebab itu dia mahu menutup keaiban dirinya.

Yang ketiga, berpurdah bagi seseorang yang merasai dia mampu untuk menjaga dan memelihara kecantikannya hanya untuk tatapan suaminya..

Juga menjadi ibadah dan sama dengan perbuatan isteri-isteri Rasulullah saw dan para nabi.

Itu amat digalakkan.

Alhamdulillah..saya bukanlah dalam kategori perempuan yang csntik dan jelita paras rupa sehingga menjadi tarikan para lelaki.

Dan syukur pada ALLAH kerana saya juga bukan dalam golongan yang mempunyai kecacatan pada wajah yang menyebabkan saya untuk menutup keaiban itu..

Tapi saya memilih purdah itu kerana sebab yang ketiga.

Kerana ibadah ikhlas kerana ALLAH..

insyaALLAH.."

Dewan masih lagi sunyi saat aku menghabiskan kata-kata terakhirku.

Sungguh! Aku sudah tidak betah untuk terus berada di situ.

Aku sandang begku ke bahu dan terus melangkah menuruni tangga dewan menuju ke pintu keluar.

Aku memberhentikan langkah berhampiran prof Rashid.

"maafkan saya andai ada terkasar.

maafkan saya andai menyakitkan hati prof.

Prof harus tahu.

Kita hamba ALLAH..bukan hamba pada manusia....

assalamualaikum.."

Aku terus mengatur langkah keluar.

Waktu itu Prof kelihatan kematian kata.

Aku tidak tahu apa yang berlaku di dalam dewan selepas itu.

"Alhamdulillah.."

Terpancul lafaz yang mulia dan damai itu..

Benar..

Aku lega dan tenang kerana aku sudah lakukan sesuatu yang aku rasakan betul.

Rahmat ALLAH seperti bersamaku saat itu..

Kaki terus aku atur pulang ke kolej kediaman.

Dalam hati terdetik..'Akanku terus berjuang untuk secebis kain ini kerana cinta dan kasihku padaMU ya ALLAH.."

Pandangan Seorang Blogger Ariff Shah Tentang GST

May 21, 2013

Ini pendapat saya berkaitan GST.

Katakan Najeeb bergaji RM1500 sebulan. Setahun gajinya RM18000. Dengan gajinya yang rendah, dia tak perlu bayar cukai pendapatan.

Kemudian, cukai GST sebanyak 7% diimplementasi oleh kerajaan Malaysia yang tercinta. Boleh dikatakan nilai gaji tahunan Najeeb telah berkurangan sebanyak RM1260. Oklah.

GST ni unik kerana coveragenya merangkumi segala aspek kehidupan kita. Boleh kata semua benda akan dikenakan cukai GST.

Katakan Najeeb kurang berbelanja dan hidup macam bangla, dia dapat kurangkan perbelanjaan dan dapat jimatkan wangnya sebanyak RM260 setahun. RM1000 dah habis kat tax.
gst-malaysia

http://ariffshah.com/wp-content/uploads/gst-malaysia.gif

You are paying more tax than you realize

Belum cerita lagi cukai lain yang terpaksa ditanggungnya. Dengan gaji RM1500, besar kemungkinan dia hanya menggunakan motosikal. Cukai eksais motosikal adalah sekitar 10 – 20% (ramai orang tak tau ni).

Mereka nak kurangkan cukai korporat. Tahukah anda yang dimaksudkan dengan cukai korporat ni adalah cukai pendapatan syarikat besar yang membuat untung ratusan, jutaan malahan billion ringgit? Cukai korporat adalah cukai untuk orang kaya.

Persoalannya kat sini, wajar ke orang yang berpendapatan rendah terpaksa tanggung cukai yang banyak?

 http://ariffshah.com/gst/

Terkena Lagi! GST Menghantui Rakyat!

May 20, 2013

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn2/960197_659688210715051_1837675612_n.jpg

terima kasih pengundi BN!

Tuan Ibrahim Melawat Ustaz Azizan

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn2/960263_578014345572243_120001714_n.jpg

Berbual dengan isteri Ustaz Azizan sebentar tadi.

Rumah kakak Muhyiddn, adik IGP dirompak


Hanya dalam masa lima jam, dua kediaman milik anggota keluarga orang kenamaan negara dirompak dalam dua kejadian berasingan pada hujung minggu lalu.

Laporan China Press menyebut, kejadian pertama berlaku di kediaman milik seorang kakak kepada timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di SS3, Petaling Jaya.

Kediaman tersebut, sebuah rumah banglo, dilaporkan dipecah masuk pada jam 10 malam pada hari Sabtu.

Pada jam 3 pagi selepas itu, satu lagi kejadian rompakan dilaporkan berlaku di Mantin, Negeri Sembilan di sebuah rumah banglo milik seorang adik kepada ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Seramai lima orang dalam keluarga terbabit diikat oleh lima orang perompak, dipercayai warga asing.

Menurut satu kiriman berita Nanyang Siang Pau, perompak berkenaan menghilangkan diri tanpa dikesan manakala mangsa enggan mendedahkan jumlah kerugian.

Wakil BBC Kelantan Mengunjungi Menteri Besar Kelantan

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn2/264556_591061407584328_995078114_n.jpghttp://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn2/969682_591061320917670_269041989_n.jpg

Ustaz Zamri Zainal Abidin Apa isu yang dibincangkan itu? Bagilah hint sikit.


Mohamad Zaki Ibrahim Cadangan dan pengesyoran bagi menambahbaik lagi pentadbiran kerajaan negeri..

Ustaz Zamri Zainal Abidin Masya Allah, pastinya yang terbaik dicadangkan oleh orang-orang lama dalam pentadbiran Membangun Bersama Islam. Rakyat menanti dengan penuh harapan.

Perkara Tersirat Di Sebalik Perlantikan TS Khalid Sebagai MB

PERKARA TERSIRAT DI SEBALIK PERLANTIKAN TAN SRI KHALID SEBAGAI MB.

Al-hamdulillah, selesai sudah perlantikan MB dan sekarang akhbar cuba membuat telahan tentang bakal-bakal exco Selangor. Itu memang dah kerja wartawan. Saya no komen.

Apa yang saya mahu coretkan di sini ialah perlantikan MB daripada PKR bukan PAS sedangkan kerusi PAS lebih banyak daripada PKR. Perlantikan ini adalah hasil ketegasan Tuan Guru Presiden. Saya melihat perlantikan semula Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) disebabkan rekod pentadbiran dan cara pengurusan beliau berkaitan pengurusan kepentingan awam di Selangor adalah memuaskan. TSKI juga sememangnya di kenali sebagai orang yang ‘very particular’ yang menyebabkan orang-orang yang ‘tamak’ susah nak ‘makan’. Ianya sifat yang baik bagi seorang pengurus harta serta kepentingan awam.

Saya bercakap 3 hari lepas dengan orang yang rapat dengan TSKI perihal permohonan penukaran bas lama kepada bas baru untuk orang ramai. Sebelum TSKI meluluskannya, beliau bertanya detail berkenaan berapa kalikah bas tersebut rosak dalam tempoh sebulan, berapakah kos membaikpulih dan lain-lain. Selepas beliau berpuas hati, barulah beliau meluluskannnya. Sifat berhalus ini boleh menjadi penyelamat kepada kewangan dan khazanah Selangor. Oleh itu, Selangor boleh menyimpan reserve yang banyak.

Saya melihat, mungkin atas faktor itulah Tuan Guru Presiden melihat TSKI adalah orang yang layak untuk terus menerajui Selangor. Sekalipun beberapa pimpinan utama PKR dilihat agak tidak bersetuju, tetapi mereka terpaksa akur kepada keputusan PAS, kerana PAS adalah lebih majority daripada PKR. Ada yang berkata, PAS mendapat majoriti ini adalah antara gara-gara DUN Kota Damansara.

Perkara tersirat yang tenggelam daripada ulasan orang ramai ialah, jiwa besar Tuan Guru Presiden memperlihatkan keterbukaan beliau melantik TSKI sekalipun beliau daripada PKR. Jika dibandingkan dengan isu pertindanan kerusi, ada yang mengambil peluang untuk menjatuhkan kredibility dengan menuduh Tuan Guru Presiden sebagai tamakkan kerusi dan pelbagai tohmahan jahat. Walhal tindakan itu adalah untuk menjaga prinsip dan hak parti serta masa depan kemenagan bagi mengelakkan peristiwa lompat parti daripada berulang.

Tetapi perlantikan Tan Sri Khalid ini jelas membuktikan bahawa tindakan presiden itu bukan mempunyai agenda mengenepikan parti yang lain atau tamakkan kerusi, tetapi demi kepentingan orang ramai dan sekaligus membuktikan pengfitnah-pengfitnah terhadap presiden adalah tidak berasas dan berniat jahat.

Ustaz Zaharudin Muhammad.

Dato Ismail Kamus Mengislamkan Pereka Fesyen Terkenal. Allauakhbar!

May 19, 2013

 http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/945367_570939752947008_1943123788_n.jpg

ALHAMDULILLAH! Fashion designer Calvin Thoo reverted to Islam just now. Calvin Thoo menyatakan beliau memilih Islam di saat mimpi dan bermimpi bersyahadah.

Video: Fakta Pakatan Rakyat menang PRU 13 Oleh Rafizi



Gambar DS Anwar Memandu Sendiri Ke Program Di P. Pauh

https://pbs.twimg.com/media/BKmjpFKCYAE0b5P.jpg:largehttps://pbs.twimg.com/media/BKmjEcRCcAAkeHC.jpg:largehttps://pbs.twimg.com/media/BKmj5obCMAAtqL6.jpg:large

Dato' Husam - Himpunan Blackout 505/Kuantan-14052013 (Sessi Bersama Pimpinan)


SMASH Untuk Macai Bodoh Umno!

May 17, 2013

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/309945_576724965701181_1312852719_n.jpg

DAP harungi kempen fitnah PRU13 dengan jayanya. Oleh Mahdzir Ibrahim



KALI ini DAP bukan sahaja mendapat kerusi Parlimen terbanyak dalam sejarah, tetapi kejayaan ini diperoleh dalam suatu fenomena yang luar biasa iaitu ketika ia mendapat liputan terburuk dan paling meluas dalam media massa. Ini juga satu sejarah.

Sejak tsunami politik 2008 (PRU12), musuh politik DAP iaitu Barisan Nasional (BN) gandingan UMNO, MCA dan Perkasa serta sekutu BN dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain, telah memberi perhatian ‘istimewa’ kepada parti ini.

Apabila Pulau Pinang berjaya diperintah Pakatan Rakyat yang diterajui DAP pada 2008, semakin tinggi minat BN untuk memulakan kempen buruknya ke atas DAP. Ia berlarutan sehingga pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu.

Sepanjang lima tahun pentadbiran PR di Pulau Pinang, tiada langsung laporan yang baik yang disiar Utusan Malaysia, TV3, RTM dan semua media kawalan BN. Semuanya buruk, semuanya tidak kena. Seolah-olah, rakyat Pulau Pinang dan Selangor telah memilih kerajaan ‘Komunis’ lagaknya.

Hampir setiap minggu selama lima tahun kempen memburuk-burukan kerajaan PR, DAP dan Lim Guan Eng berjalan. Jika kita ‘google’ nama DAP di internet, pasti akan keluar segala macam tajuk berita yang sangat buruk. Itu kempen ‘massa’, belum masuk lagi kempen saraf menerusi rakaman video amatur, surat layang dan pelbagai lagi kempen bawah tanahnya. Inilah yang dikatakan sebagai kempen dahsyat yang dilakukan secara intensif oleh BN terhadap DAP.

Namun, dalam segala kempen hina, fitnah dan buruk ini, Pakatan Rakyat khususnya DAP berjaya mengharunginya dengan tabah, sabar dan sukses sekali. Ini juga menjadi manifestasi kegagalan BN, ini juga menjadi indikasi bahawa rakyat sudah bijak dan tahu memilih dan menyaring maklumat.

Buktinya, kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi DAP meningkat berbanding sebelumnya PRU-11 hanya 12 kerusi Parlimen, PRU-12, 27kerusi Parlimen dan PRU-13/38 kerusi Parlimen.

Peratusan undi DAP juga meningkat pada PRU-11 daripada 9.9 peratus kepada 13.77 peratus pada PRU-12 dan meningkat lagi sebanyak 15.71 peratus pada PRU-13, ini termasuk peratusan sokongan pengundi Melayu kepada PR dan DAP meningkat dengan undi popular sebanyak 51% berbanding BN hanya 49%. Apakah maksud semua ini jikalau ia bukan satu kejayaan?

Walaupun BN masih kekal di tampok kuasa dengan mendapat lebih kerusi Parlimen menerusi silap matanya, itu tidak bermakna kita tewas. Sebaliknya dalam keadaan serba kekurangan, kekangan, had masa dan kempen kotor BN yang didukung dengan segala bala jenteranya, namun DAP tetap menambah kerusi Parlimen dan undi popular.

Dalam diam, BN menyedari akan keadaan ini. Kempen kotor mereka gagal, kempen fitnah mereka sudah buntu. Kita akan terus mara ke hadapan.-Roketkini.com

Mahdzir Ibrahim kini adalah Setiausaha Politik kepada Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP Malaysia, Liew Chin Tong.

Menteri Dalam Negeri Yang Baru Ni Terlebih Garang Pulak...



Tugas pertama Ahmad Zahid Hamidi sebaik mengangkat sumpah sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru bagi menggantikan menteri sebelumnya, Hishammuddin yang hanya gemar memberi amaran ialah dengan menyarankan golongan yang enggan menerima sistem pilihanraya negara ini agar berpindah ke negara yang menjalankan sistem pilihanraya yang mereka gemari.

Katanya, sistem pilihanraya negara ini adalah berdasarkan majoriti mudah dan bukannya berasaskan undi popular yang banyak digunapakai di beberapa negara republik, lantaran itu mereka harus menerima apa saja keputusan daripadanya dan bukannya membantah dengan mengadakan perarakan seperti Black 505 sambil memakai baju hitam seperti yang diadakan sekarang.

Jika mereka enggan menerima sistem yang ada, lebih baik mereka berpindah ke negara lain, demikian lebih kurang saranan Zahid yang sebenarnya berupa separuh amaran juga.

Amboi, garangnya!!

Nampaknya sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru, beliau juga seperti terjangkit penyakit Hishammuddin yang amat gemar memberi amaran dalam banyak isu. Bagaimanapun saranan Zahid ini seperti untuk menunjukkan kepada umum beliau merupakan seorang Menteri Dalam Negeri yang garang dan tidak boleh dibuat main-main.

Beliau mahu orang takut kepadanya, walaupun beliau sebenarnya lebih kerap senyum daripada marah.

Tidak salah untuk Zahid menjadi garang atau terlebih garang sekali pun, lebih-lebih lagi dalam menghadapi pelbagai cabaran di kementerian barunya itu tetapi biarlah garangnya itu bertempat. Berteriak garang dengan meminta mereka yang mempertikaikan keputusan pilihanraya supaya berpindah ke negara lain jelas merupakan hujah yang terkeluar daripada topik yang sepatutnya.

Pakatan Rakyat dan golongan muda yang tertarik mengadakan demonstasi bantahan terhadap keputusan pilihanraya hanya mempertikaikan pengendalian pilihanraya yang mereka percayai adanya unsur-unsur penipuan. Mereka tidak mempertikaikan sistem, mereka hanya mempertikai keputusan dan pengendalian oleh SPR.

Tindakan mereka mengangkat undi popular sebagai dalil kemenangan sebenarnya hanyalah hujah politik semata-mata. Ia tidak bermaksud mempertikaikan sistem. Dalam menghadapi hujah politk seperti itu, Zahid sepatutnya menggunakan hujah politik juga. Menggunakan hujah supaya mereka berpindah ke negara lain hanya menampakkan lagak sombong dan angkuh seorang pemimpin yang baru memperolehi kuasa.

Lagak seperti itu tidak akan memadamkan api, bahkan menyemarakkan lagi api kemarahan mereka. Sepatutnya hujah undi popular itu tidak perlu dilayan sangat kerana semua orang memahami sistem politik dan pilihanraya yang didiamalkan di negara ini. Ia sekadar penyedap kata-kata sahaja.

Bagaimanapun sebagai menteri yang baru di mana sejak empat tahun lalu rakyat begitu kecewa dengan menteri yang brtanggungjawab mengenai keamanan dan keselamatan, Zahid harus menggunakan kebijaksanaannya dalam menangani situasi yang ada. Rakyat mahukan nafas baru dalam diri seorang Menteri Dalam Nageri.

Kalau boleh kurangkan bercakap dan ghairah memberi amaran. Apa yang rakyat mahukan ialah undang-undang dilaksanakan tanpa kompromi dan pilih bulu. Biarlah kurang kurang bercakap asalkan kesan tindakan sebagai orang menteri dapat dirasakan oleh rakyat. Tidak guna bercakap banyak memberi amaran, memantau dan sebagainya tetapi hasilnya kosong.

Jika tidak, pertukaran jawatan beliau dengan Hishammuddin tidak ada beza sama-sekali. (SH 17/05/2013)

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2013/05/menteri-dalam-negeri-yang-baru-ni.html

Terkini! Sah Shah Jaszle Ditangkap Khalwat – JAIS

 http://i0.wp.com/www.ohbulan.com/wp-content/uploads/2013/05/shahrizal_jazle.jpg?resize=630%2C423

Susulan daripada berita tergempar yang melibatkan pelakon lelaki terkenal ditangkap khalwat bersama pasangannya di Subang awal Khamis lalu, di sini ada berita yang baru kami terima. Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengesahkan bahawa pelakon tersebut adalah Shah Jaszle.

Shah Jaszle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Bin Jasmi telah ditahan bersama pasangannya pada jam 3.30 pagi, semalam (Khamis) di Apartment Taman Sri Subang, Selangor.

SHAH ALAM, 16 Mei 2013 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan bahawa Mohd Shahrizal Jaszle Bin Jasmi atau lebih dikenali sebagai Shah Jaszle telah ditahan oleh Bahagian Penguatkuaasaan JAIS pada 3.30 pagi bertempat di Apartment Taman Sri Subang.

Penahanan Mohd Shahrizal Jaszle berdasarkan kepada Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995. Penangkapan dibuat berdasarkan aduan awam ke Bahagian Penguatkuasaan semalam. Bersama sama ini dilampirkan Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 untuk tindakan dan makluman.

Sekian, terima kasih.

Shah Jaszle ditangkap khalwat

Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pihak JAIS

http://i1.wp.com/www.ohbulan.com/wp-content/uploads/2013/05/01-Shahz-Jaszle-Ditahan-Khalwat-ROTIKAYA.jpg?resize=640%2C631


Untuk makluman, Shah Jaszle telah bertunang dengan Redzwani Puteri pada Disember 2012 dalam satu majlis tertutup. Dan menurut sumber, tunang pelakon itu dikatakan telah datang sendiri ke pejabat Jabatan Agama Islam Selangor bagi menjamin bakal suaminya itu.

http://www.ohbulan.com/sah-shah-jaszle-ditangkap-khalwat-jais/

Fikir Untuk Memilih Pemimpin

Pemimpin Harus Rampas Harta

Rakyat Menurut Islam ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Setiap individu Islam yang beraqal waras dan sihat wajib memikir dengan bersungguh untuk mengenali pimpinan mereka dan juga setiap bakal pemimpin. Wajib juga mereka membuat segala usaha termampu untuk mengetahui sikap, kecenderungan, track record dan kekuatan para pemimpin yang INGIN dipilih khususnya di dalam sebuah negara yang mengamalkan perlantikan melalui proses pilihanraya, atau juga melalui proses perlantikan khusus.

Ada yang mengajukan pertanyaan kepada saya sama ada di dalam Islam seorang pemimpin boleh mengambil hak milik individu seseorang sama ada hak kebebasannya, hak hartanya atau lainnya. Benarkah jawapannya adalah HARUS ? dan adakah asas di dalam Islam yang membenarkannya?.

SEJARAH PANDUAN

Khalifah Umar al-Khattab pernah menunaikan umrah ada bulan Rejab tahun 17 Hijrah. Masjid al-haram di zaman Nabi s.a.w dan pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq tidak mempunyai sebarang pagar yang mengelilingi masjid, yang ada hanya ruang halaman untuk tawaf. Namun apabila bilangan umat Islam bertambah, halaman yang dahulunya selesa sudah menjadi sempit sehingga boleh memudaratkan para tetamu Allah.

Keadaan ini menyebabkan Umar r.a berfikir untuk memperluaskan halaman tawaf. Untuk tujuan tersebut Umar r.a membeli beberapa buah rumah di sekitar masjid, seterusnya diruntuhkan dan ditukar menjadi ruang halaman tawaf. Namun demikian, beberapa pemilik rumah di sekitar Masjid Al-Haram enggan menjualkan rumah mereka kepada kerajaan, walaupun telah ditawarkan dengan harga yang munasabah lagi adil.

Akhirnya, Khalifah umar mengambil keputusan merampas dan meruntuhkan rumah-rumah tersebut dan meletakkan bayaran pampasan yang adil dan mencukupi di Baitul Mal bagi diambil kemudiannya oleh pemilik-pemilik rumah. Ia diletakkan di Baitul Mal kerana pemilik rumah berdegil enggan berurusan. Akhirnya, mereka pergi juga mengambil wang pampasan mereka.

Peristiwa yang hampir sama juga berlaku ketika khalifah Umar r.a inigin memperbesarkan masjid Nabawi. [1] Khalifah Uthman r.a turut melakukan hal yang sama ketika masjidil haram memerlukan lagi pembesaran dan turut berhadapan dengan beberapa pemilik rumah yang enggan, lalu dirampas dan diberikan pampasan yang adil dan sesuai.

Memang benar, semua tindakan ini jelas harus di dalam Islam, ia merupakan sebuah kuasa khusus diiktiraf oleh hukum Islam, khusus diberikan kepada sang pemimpin yang amanah mendahulukan keutamaan awam. Namun demikian, tentunya ia bersyarat, antara syaratnya seperti :-

1) Mestilah dilakukan permohonan kepada pemilik terlebih dahulu.

2) Rayuan dan rundingan bersama pemilik.

3) Memberikan harga pampasan yang adil lagi saksama.

4) Rampasan benar-benar dilakukan HANYA untuk tujuan dan maslahat umum, tiada kaitan dengan pula dengan keuntungan peribadi sang pemimpin. Tidak juga memberikan sebarang keuntungan kewangan peribadi kepada pemimpin.

Tatkala syarat ini dipenuhi, rampasan dan pencerobohan hak individu dianggap harus dan tergolong di dalam kaedah Fiqh yang menegaskan :-

يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام

Ertinya :"Kemudaratan yang bersifat khusus (kepada individu) terpaksa ditanggung demi menolak kemudaratan umum"

SEBAB ITULAH ....

Memang benar, keredhaan menjadi antara syarat utama dalam sebuah proses jual beli biasa, namun demikian sebuah paksaan boleh dijatuh dan ditentukan oleh SANG PEMIMPIN demi menjaga kebaikan umum, Peruntukan kuasa yang diijktiraf oleh islam ini menjadikan pemilihan dan perlantikan seseorang pemimpin menjadi amat penting buat setiap individu masyaratkat.

Ini kerana di dalam sistem pilihanraya berparlimen, rakyat patut faham, tiada siapa yang boleh melepaskan diri dari tanggungjawab memilih yang terbaik kerana kelak, pimpinan yang naik itu punyai peruntukan untuk merampas hak milik individunya HANYA DENGAN alasan kepnetingan dan kemaslahatan awam yang DITENTU DAN DINILAIKAN SENDIRI oleh pemimpin tersebut. Jika korup dan buruk iman pimpinan itu, buruklah pula penilaian ‘kepentingan awamnya'.

MALANGLAH...

Justeru itu, amat malanglah jika seorang pemimpin buruk budi pekerti terpilih lalu kelak nanti mereka akan menggunakan kuasa yang diiktiraf Islam ini, BUKAN LAGI atas penilaian yang adil dan saksama serta kepentingan umum yang disyaratkan Islam, tetapi diubah dan dihalalkan bagi menjayakan nafsu dan kepentingan peribadinya. Kepentingan peribadinya dianggap kepentingan umum. Tatkala itu, siapa yang ingin dipersalah?

Atas kefahaman ini, TIDAK BOLEH seorang pengundi yang waras AQALNYA, lagi mampu tubuhnya melarikan diri dari tanggungjawab mengundi, mengasingkan diri dari pemilihan dan tidak memberikan pandangan dalam perlantikan pengundian dan lainnya.

Jika masih malas dan berdegil tunggulah nanti hak peribadi di rampas atas nama kepentingan umum yang palsu. Tatkala itu, menyesal sudah tidak lagi beerti. Fikirkanlah sebaik dan sewarasnya.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Rabat, Morocco

4 April 2009


[1] At-Tabaqat al-Kabir, 3/13 ; Al-Milkiyah Al-Fardiyah fi Nizam al-Iqtisadiy al-Islamiy, Dr Md Baltaji, hlm 196

Yang Mengecewakan Dan Yang Menggembirakan Dalam Kabinet Najib

May 15, 2013



Sepertimana yang diduga, tidak ada lantikan yang begitu memeranjatkan dalam susunan kabinet baru yang diumumkan Najib hari ini. Selain masih mengekalkan orang-orang lama dalam kabinetnya, perlantikan baru yang dibuatnya seperti Shahidan Kassim, Tengku Adnan Tengku Mansor, Idris Jusoh dan Wahid Omar juga tidaklah begitu mengejutkan banyak pihak.

Namun terdapat beberapa perkara yang mengecewakan dan menggembirakan dalam perlantikan yant diumumkan Najib kali ini.

Sebelum ini ramai yang mengharapkan, lebih-lagi dengan keputusan piliharaya yang tidak begitu memberangsangkan, Najib hanya menumpukan kepada jawatan Perdana Menteri saja dan tidak memegang jawatan menteri dalam masa yang sama. Dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Najib diharapkan memberi tumpuan memantau keberkesanan menteri-menterinya saja. Daim Zainuddin juga turut pernah memberi pandangan yang sama, atas alasan tugas sebagai Perdana Menteri sudah cukup berat buat Najib.

Malangnya Najib nampaknya tidak menghiraukan semua pandangan tersebut dengan terus mengekalkan dirinya sebagai Menteri Kewangan.

Sebelum ini juga, ramai yang kecewa dengan prestasi Hishammuddin sebagai Menteri Dalam Negeri dan Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan yang dianggap tidak menunjukkan pretasi membanggakan dalam mengendalikan kementerian masing-masing, terutama apabila berdepan dengan aspek keselamatan dan pertahanan negara. Ramai yang mengharapkan kedua-dua menteri itu ditukarkan ke kementerian lain yang sesuai dengan watak keduanya yang suka tersenyum dan kuat ketawa itu.

Malangnya, Najib hanya menukarkan kerusi antara kedua menteri itu. Zahid bertukar ke Kementerian Dalam Negeri manakala Hishammuddin ke Kementerian Pertahanan. Ini benar-benar mengecewakan ramai orang.

Sebagai sebuah negara berbilang kaum yang mana keharmonian dan perpaduan sentiasa menjadi teras penting, kabinet Najib kali ini agak mengecewakan kerana tidak terdapatnya wakil MCA dan Gerakan, sesuai dengan permintaan kedua-dua parti itu yang malu untuk menerima jawatan kabinet sedangkan tidak disokong oleh kaum Cina. Keputusan ini seakan menghukum masyarakat Cina berikutan sokongan hampir 90 peratus pengundinya kepada calon-calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lalu.

Sampai bila keadaan ini akan berlarutan, tentunya menarik untuk terus diperhatian dan apakah ketiadaan wakil Cina dalam kabinet ini akan menjadikan MCA dan Gerakan mendapat sokongan semula daripada pengundi Cina atau sebaliknya akan menjadikan MCA dan Gerakan terus lumpuh dalam PRU 14 nanti?

Rakyat dan UMNO Selangor juga tentunya kecewa kerana tiada wakil mereka dalam kabinet kali ini. Satu-satunya menterinya, Noh Omar turut digugurkan sebagai Menteri Pertanian dan Asas Tani. Terlihat di sini bahawa Najib begitu kecewa dengan prestasi UMNO Selangor, bukan saja gagal menawan semula negeri itu bahkan juga menambah kerusi Parlimennya, lalu Najib seakan menghukum UMNO Selangor dan Noh Omar kali ini.

Yang agak menggembirakan, Najib nampaknya memberi pengiktirafan kepada golongan muda. Selain KJ dijadikan Menteri Belia dan Sukan dan Naibnya, Razali Ibrahim dikekalkan sebagai timbalan menteri, Ketua Puteri, Rosnah Abdul Sirin juga turut dikekalkan sebagai timbalan menteri.

Perlantikan paling disambut baik oleh semua golongan, bukan saja atas kapasitinya sebagai Ketua Pemuda UMNO tetapi juga kerana wibawa, ketokohan dan keberaniannya sebagai pemimpin. Ramai orang bercakap mengenai perlantikannya dan begitu juga yang mengucapkan tahniah kepadanya.

Dalam masa yang sama, seorang lagi tokoh muda, Abdul Rahman Dahlan turut dilantik sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang turut dilihat sebagai usaha untuk menyelesaikan banyak masalah yang melibatkan orang-orang muda, terutamanya generasi muda di bandar.

Orang Sabah dan Sarawak juga tentunya gembira dengan kabinet kali ini kerana banyak wakil daripada kedua negeri itu berbanding sebelumnya. Ini bukan saja sesuai dengan Sabah dan Sarawak yang menyumbang 47 kerusi daripada 133 kerusi yang dimenangi BN tetapi penambahan ini tentunya bermaksud untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya episod 16 September dan kejadian lompat parti.

Dengan ramai menteri dan timbalan menteri dari Borneo ini, harapan untuk melihat kemungkinan wakilnya yang kecewa lalu melompat parti bagi menyokong Pakatan Rakyat menggulingkan BN, hampir pasti tidak akan berlaku.

Bagi Kedah,pagi tadi ramai yang kecewa apabila mendapati nama Ahmad Bashah tidak tersenarai sebagai EXCO negeri itu dan merasakan seolah-olah perjuangannya menawan kembali negeri itu tidak dihargai tetapi dengan perlantikannya sebagai timbalan menteri mewakili Kedah bersama Mahathir Khalid, sekurang-kurangnya ia merupakan berita yang menggembirakan juga. Kekecewaan tidak dapat jadi Menteri Besar Kedah juga sudah terubat rasanya.

Apa pun, di sebalik semua perlantikan ini, baik sebagai menteri atau timbalan menteri, harapan rakyat berikutan keputusan PRU 13, tetap tinggi agar semua mereka ini lebih mengutamakan kepentingan negara berbanding keutamaan-keutamaan lain. (SH 15/05/2013)

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2013/05/yang-mengecewakan-dan-yang.html

Perutusan Khas Menteri Besar Kelantan Sempena Hari Guru Tahun 2013



Rakaman Perutusan Khas oleh YAB Dato' Hj Ahmad Hj Yakob, Menteri Besar Kelantan Sempena Hari Guru Tahun 2013.

5 Rejab 1434H/ 15 Mei 2013M

KelantanTV: Tepat dan Informatif

Apa Khabar Johan Che Pa? Calon Umno Pasir Mas?

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/943195_10151618384242259_1902453288_n.jpg

Kuala Lumpur: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Pasir Mas, Johan Che Pa digantung daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) atau pilihan raya kecil selama 15 tahun.

Pemangku Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas, berkata hukuman selama tiga penggal terhadap Johan yang menarik diri daripada bertanding pada PRU-13, 5 Mei, berkuat kuasa serta-merta.
“Johan didapati bersalah kerana tidak mematuhi arahan kepemimpinan parti apabila menarik diri.


“Beliau juga tidak boleh bertanding mewakili BN atau UMNO pada mana-mana PRU atau pilihan raya kecil sepanjang tempoh berkenaan,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Tak serah borang calon

Johan yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian Pasir Mas, menarik diri pada hari penamaan calon apabila tidak menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus di pusat penamaan calon menyebabkan namanya sebagai calon di Parlimen itu digugurkan.

Penarikan diri Johan, sekali gus memberi laluan kepada penyandang Parlimen itu, Datuk Ibrahim Ali yang juga ‘gurunya’ menentang anak Mursyidul Am PAS, Nik Abduh Nik Aziz dalam pertandingan satu lawan satu.
Megat Najmuddin berkata, keputusan itu dibuat ketika bersidang dua minggu lalu selepas mendapat aduan mengenai tindakan Johan yang menarik diri, sekali gus menyebabkan BN dan UMNO tidak bertanding kerusi Parlimen itu.


Masih ahli parti

Bagaimanapun, beliau berkata, Johan masih dibenarkan untuk menghadiri majlis dan mesyuarat parti kerana beliau masih ahli parti.

“Sebarang rayuan terhadap keputusan menggantung beliau boleh dikemukakan dalam masa terdekat,” katanya.

Selain itu, katanya, lebih 100 ahli UMNO yang bertanding sebagai calon Bebas dan pembangkang, selain menjadi pencadang atau penyokong calon pembangkang secara automatik dipecat.

Megat Najmuddin berkata, pihaknya juga masih meneliti kes membabitkan kira-kira 10 ahli UMNO yang disyaki bertindak mensabotaj parti sepanjang kempen PRU, baru-baru ini.

“Kes berkenaan masih dalam perbicaraan parti, bagaimanapun siasatan lengkap perlu dilakukan kerana tidak mahu mereka dianiaya pihak tertentu,” katanya.

Katanya, pihaknya akan sentiasa bersikap adil dalam mengendalikan setiap kes dikemukakan termasuk memastikan ada saksi, selain menggunakan budi bicara sebelum membuat keputusan hukuman yang akan dikenakan.

saya dah kata, umno kelantan kena bodoh atas darat kat ibrahim ali!

Senarai barisan kabinet Persekutuan 2013

PUTRAJAYA - Berikut ialah senarai barisan kabinet Persekutuan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini:

Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator)

Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri: P.Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator)

Kementerian Kewangan
Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

Kementerian Pelajaran
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Hamim Samuri

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku)
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri

Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri:Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator)


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun

Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Kementerian Wilayah Persekutuan:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan air
Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi:
Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah


- Bernama

Pemuda PAS Kelantan Dan Muslimah PAS Pusat Mengunjungi MB Kelantan

http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/179981_571937546180593_449551796_n.jpg

Salmah Husain

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan antara yang memenuhi kunjungan hormat ke atas mb kelantan yang baru Datuk Ahmad Yaacob di pejabatnya. Mb Kelantan yang baru juga berjaya menyenangi hati perasaan masyarakat. Sikapnya yang biasa menyebabkan ruang sering dihiasi dengan kemesraan. ALLAHUAKHBAR.

 http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/268868_571933526180995_190874121_n.jpg

Salmah Husain

Menteri besar ustaz datuk ahmad yaacob menerima lagi tetamu hari ini. Rombongan Dewan Muslimat PAS pusat yang diketuai Dr Mariah.

Awan Berbentuk Kalimah Allah Di Atas Rumah TG Haji Hadi Rusila

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-frc1/944374_10152826121430434_1523262620_n.jpg

Kalimah Allah kelihatan diatas Dewan Tok Guru Masjid Rusila.. gambar diambil oleh Ust Jamal Mohd Naim pada 14.5.13 jam 11am.

Senarai Menteri Kabinet Baru 2013


Perdana Menteri (Menteri Kewangan)
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timb. Perdana Menteri (Menteri Pertahanan)
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Ahmad Maslan

Menteri Kewangan
Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Pelajaran
Datuk Seri Idris Jusoh

Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishamuddin

Menteri Pengangkutan
Datuk Seri Liow Tiong Lai

Menteri Pelancongan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Luar
Datuk Seri Anifah Aman

Menteri Kerja Raya
Datuk Seri G Palanivel

Menteri Kesihatan
Datuk Wee Ka Siong

Menteri Belia Dan Sukan
Dato Ahmad Shabery Cheek

Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri S Subramaniam

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Seri Noh Omar

Menteri Perdagangan Dan Industri
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Shafie Afdal

Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi
Datuk Fadillah Yusof

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
Datuk Douglas Unggah Embas

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
Datuk Peter Chin Fah Kui

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Datuk Seri Mahazir Khalid

Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
Datuk Joseph Salang Gandum

Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Datuk Seri Ong Ka Chuan

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
Datuk Noriah Kasnon

Menteri Penerangan Dan Komunikasi
Khairy Jamaluddin

Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Johari Abdul Ghani

TUNGGU PENGESAHAN SELANJUTNYA

Gambar Sempena Pelantikkan TS Khalid Sebagai MB Selangor

May 14, 2013

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-frc3/969408_10151580423218901_1434105851_n.jpghttp://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/164968_10151580423233901_839262790_n.jpghttp://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-frc3/970300_10151580423373901_158788514_n.jpghttp://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/936907_10151580423568901_1188206387_n.jpghttp://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/941397_10151580423368901_1897112770_n.jpghttp://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/946785_10151580423733901_395832070_n.jpg





BULETIN 13 Untuk 14052013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13″ yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Perlantikan Exco Kerajaan Negeri Selangor dijangka dapat dilaksanakan minggu hadapan selepas proses pemilihan selesai dijalankan dan mendapat perkenan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Sultan Selangor.

2. Kenyataan Rasmi daripada Datuk Lela Bakti Setiausaha Sulit Kepada DYMM SUltan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani berhubung pelantikkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

3. Menurut anak kepada bekas Timbalan Presiden Umno, Datuk Thamrin Tun Ghafar Baba, kemiskinan bumiputera, khususnya bangsa Melayu, meskipun setelah lebih 50 tahun memerintah, direka untuk memastikan golongan itu terus menagih bantuan dan mengenang budi pemerintah.

Ustaz Azizan: Keputusan Di Saat Getir Dipimpin Ketegasan TGHH



Secara kasarnya, pada 9 Mei 2013, inilah yang aku lalui....

Khamis - Jam 4.00 petang, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan isteri, diiringi setiausaha politiknya Dr Syamsuri Mokhtar tiba untuk menziarahi Ustaz Azizan. Aku menyambutnya dari kereta, bersama Pengarah Hospital dan Pasukan Doktor Pakar yang merawat Ustaz Azizan. Dia di bawa ke bilik CCU.

Dalam bilik itu ada ramai pelawat lain, termasuk Dato' Seri Mahdzir Khalid, mantan MB Kedah, kini MP Padang Terap. TGHH meluru terus ke katil dan memerhati. Aku lihat matanya sayu memandang wajah dan tubuh kaku terkujur, seorang sahabat yang telah lama bersama-samanya mengharungi perjuangan ini. TGHH sangat mengenali Ustaz Azizan, dia tahu kehebatan insan yang sedang bertarung dengan maut itu. Jemaah Islam pimpinannya kukuh dan teguh dengan hadirnya insan yang sedang terbaring koma itu.

Secebis dari kehebatan insan bernama Azizan

Ustaz Azizan pernah bercerita - Katanya- Aku malu nak bercerita kat orang, aku kenai ramai dan biasa bergaul dengan ramai Ulama' dan tokoh-tokoh yang memimpin kebangkitan umat Islam di seluruh dunia hari ini, antaranya Rashid Al-Ganoushi, Dr Yusof Qardhawi, Sheikh Qadhi Hussain dan ramai lagi. Ada sesetengah orang baru tengok gambaq orang-orang hebat macam tu, depa dah kata kenai sangat-sangat - ceritanya begini -

Lama dulu, dalam satu persidangan Gerakan Islam antarabangsa, (di London atau Iran, aku sudah lupa) dia mewakili PAS bersama Dato' Fadzil Noor danTGHH. Persidangan itu disertai semua tokoh Ulamak Gerakan Islam Sedunia, termasuk Dr Yusof Al-Qardhawi, Dr. Kurshid Ahmad, Dr. Rashid Al-Ghanoushi, tokoh-tokoh Ikhwan dan ramai lagi.

Dalam satu bab yang menjadi perdebatan mereka para ulamak, Ustaz Azizan telah berhujjah panjang, bertembung ilmunya dengan Rashid Al-Ghanoushi (dalam bahasa arab). Akhirnya persidangan itu menerimapakai hujjah yang dikemukakan oleh Ustaz Azizan. Esoknya, Ustaz Azizan lewat masuk ke persidangan, Dr. Rashid Al-Ghanoushi tercari-cari Ustaz Azizan dan meminta TGHH segera membawa Ustaz Azizan masuk ke persidangan. Katanya memperi perumpamaan - "Aku ni macam sarjan polis yang dok ukur jalan kes eksiden tu, walaupun pangkat tak tinggi, tapi main dengan lamanya pengalaman dia kerja, kadang-kadang ASP pun mai tanya dia lagi. Pandai tak la pandai, tapi hidup dengan mengajar dan dikelilingi buku dan ilmu, aku buleh la berhujjah sikit-sikit".

Ustaz Azizan tidak suka bercerita tentang kebolehannya, dia hanya mempraktikkan ilmu dan kemahirannya. Dia low profile, hanya yang benar-benar kenal dan selalu berinteraksi akan mengenalinya. Pada satu ketika di awal tahun 2008, dia marah bila saya membawa cadangan seorang rakan (Hj Nan) supaya dia memakai jubah dan melayani Sami Budha yang akan mengunjunginya, seperti yang dibuat oleh TGNA. "Hang jangan suruh aku berlakon. Aku dengan cara aku, nak kena berlakon pakai jubah pasai apa? Hang tanya depa tu, dapat pahala ka kalau kita berlakon macam tu...Tok Guru lain, dia memang macam tu dah, dia bukan berlakon!" Aku diam dan mula belajar sesuatu.

Ketika ada cadangan supaya menghebahkan derma dan potongan elaunnya kepada Tabung Tengku Mahmud yang diilhamkan olehnya, Ustaz Azizan berpesan. "Hang jangan dok hebohkan benda baik yang aku buat macam sumbangan bulanan aku kepada Tabung Tengku Mahmud atau kat parti. Aku bukan Tok Guru yang sangat tinggi ikhlas dan tawadduknya. Dia tak pa, aku tak mampu. Nanti timbul riak dan ta'ajub, pahala aku hilang, duit aku pun habis, dosa pulak yang mai." Pengalaman istimewa bersama insan berusia 69 tahun bernama Ustaz Azizan Abdul Razak akan aku kisahkan kemudian.


Keputusan Besar Dengan Panduan Seorang Pimpinan

Aku memperkenalkan Dato' Doktor Hamzah (pakar bedah) kepada TGHH supaya dia mendapat gambaran penyakit Ustaz Azizan. "Tuan Guru, Ustaz Azizan sedang tenat.....TGHH menganggukkan kepalanya beberapa kali sepanjang penerangan itu. Turut mendengar penjelasan itu ialah MP Padang Terap yang berdiri di sebelah TGHH. Wajahnya turut cemas dan simpati. TGHH masuk sekali lagi ke sebalik tirai yang menempatkan Ustaz Azizan, membuka selimut di kaki sahabatnya itu....

Dia bercakap serius dan tegas dengan isteri kedua Ustaz Azizan, Ustazah Samsiah yang sentiasa menunggu dan membaca Yaasin di situ sejak pagi. TGHH bersungguh sungguh menjelaskan dan cuba meyakinkan sesuatu kepada warisnya itu. (Orang tua Ustazah Samsiah adalah dua pupu kepada TGHH). "Sediakan saya bilik mesyuarat, panggil semua ahli keluarga yang ada, dan jemput doktor-doktor pakar datang, saya mahu berbincang dan mendengar pandangan". Kata TGHH. Aku mengekorinya ke sebuah bilik di sebelah kiri ruang yang sesak itu.

Memang sejak doktor memaklumkan keadaan Ustaz Azizan dan keadaan kakinya, kuman yang merebak ke tubuhnya, risiko dan kesan yang ada, pendirian keluarga dan kawan-kawan terbahagi dua. Satu pihak menyokong nasihat doktor untuk memotong kedua belah kakinya, sebelah pihak lagi memegang pesanan Ustaz Azizan supaya tidak dipotong. Kalau tak di potong, 100% fatality (kematian), kalau di potong, masih ada peluang untuk hidup.


TGHH bertanya punca-punca Ustaz Azizan sakit hingga ke tahap ini. Saya bercerita panjang sebelum ahli keluarga dan doktor pakar dapat berkumpul. Saya juga ceritakan usaha membawa membawa Ustaz Azizan ke klinik di Bukit Minyak yang tertangguh. "Jangan buang masa yang ada, jangan sampai kita terlambat membuat keputusan, mesyuarat inipun sudah memakan setengah jam". Kata TGHH.

Hj Ismail Wan Teh yang turut berada dalam bilik itu bertanya. "Anta secara pribadi, pada tahap dan keadaan ini, apakah pendirian anta, potong atau tidak?" Aku merenung wajah TGHH, dia menanti jawapan aku. Aku masih berharap dia akan sedar dan aku akan ikhtiarkan rawatan alternatif untuk tidak dipotong. Bila Doktor menjelaskan bahawa mesin bantuan hayat itu tidak mungkin dapat ditanggalkan, bermaksud, jalan alternatif yang ada sudah punah ranah. "Ayah Chik, dalam keadaan di mana jalan alternatif yang saya usahakan sudah tidak dapat dibuat kerana Ustaz tidak boleh dibawa keluar dari sini, saya serahkan pendirian saya kepada keputusan yang Ayah Chik akan ambil. Muktamad!


Ustazah Samsiah masih bertegas tidak bersetuju kaki suaminya di potong. "Ini amanah suami saya." Katanya. "Saya redha kalau sudah sampai masa nyawanya diambil, dia pergi dalam keadaan itu. Itu pesannya kepada saya dan anak-anak malam Rabu sebelum dia koma. "Ayoh Chik, saya yakin ada unsur lain dalam sakit Ustaz, saya mahu mencuba untuk merawatnya dengan kaedah perubatan Islam pula." Kata Ustazah Samsiah sambil cuba mendail satu nombor supaya TGHH dapat bercakap dengan pihak itu.

"Jangan begitu Samsiah, tak boleh bersikap begitu dalam keadaan ini. Itu perkara tidak nampak. Kita kena tengok apa yang nampak dulu. Zahirnya bagaimana. Soal yang tidak nampak kita kira kemudian. Ini persoalan hidup dan mati. Kita perlu buat keputusan untuk menyelamatkan nyawa Ustaz Azizan". TGHH menjelaskan.

"Dari segi syarak pun, inilah kewajipan orang yang masih waras dan sedar, Ustaz Azizan sudah tidak boleh membuat keputusan untuk dirinya. Sanusi pun menerima amanah itu, dia sudah cuba yang termampu. Ustaz Azizan dalam bahaya, mengikut keterangan pakar-pakar, pemotongan kaki perlu dibuat untuk mengelak kuman itu merebak keseluruh tubuhnya. Paling bahaya jika sudah meresap ke organ-organ penting. Kita kena dengar cakap mereka kerana kita bukan pakar. Mereka yang pakar dalam bidang ini. Panggil Faekah ke sini"! TGHH kelihatan sangat tegas dan yakin dengan pendiriannya. Ustazah Samsiah minta diri untuk keluar kerana di situ tiada liputan talian. Dia masih cuba memuat panggilan telefon.

Kak Faekah dan anak-anak masuk dan mendengar penjelasan Doktor dan TGHH. Kak Faekah sudah ada keputusan. Aku berlalu keluar. Ini ruang untuk keluarga membuat pendirian sesama mereka. Bila aku masuk semula, Kak Faekah dan Ustazah duduk bersebelahan di hadapan TGHH dan pasukan Doktor. Kedua-duanya sugul dan menundukkan wajah. Keputusan sudah dibuat. Kak Faekah akan menandatangani surat persetujuan waris untuk mengizinkan pembedahan. Jam menunjukkan pukul 4.45 petang, ketegasan TGHH telah memandu keluarga besar itu membuat satu pendirian yang sangat besar untuk mereka semua, untuk menyelamatkan nyawa insan yang mereka sayangi, insan yang sangat berjasa kepada ummah dan perjuangan Islam.

YAB Menteri Besar Kelantan masuk sebaik saja keputusan dicapai. Pasukan Doktor pakar yang menunggu keputusan keluarga sejak semalam kini mempunyai tanggungjawab besar. "Anything can happen during the operation procedure, even before its start or after that. We do whatever we can, the rest, we pray to Allah". Begitulah lebih kurang ayat akhir Dato' Dr Hamzah. Mereka kemudian meminta izin bergambar bersama kedua tokoh Gerakan Islam yang memimpin PAS itu.

Keluar dari bilik itu seperti terkeluar dari dilema dan kekusutan. Demikianlah sifat dan sikap seorang pemimpin, seorang sahabat dan seorang Tok Guru. Dia memandu kita diwaktu samar, dia tunjukkan jalan menuju cahaya. Dia mampu memberi kata putus dengan hujjah dan pedoman ilmu. Dia merujuk dan menghormati kebolehan orang lain dalam bidang mereka, dia melihat apa yang lebih utama (aulawiyat) di waktu pilihan berpecah dua. Dia tegas dan bersungguh -sungguh. Pertimbangannya menghasilkan keputusan yang jelas dan kukuh. Dia hadir membawa sinar penyelesaian dalam kekusutan. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Jam 7.00 petang, Ustaz Azizan yang sedang koma dipindahkan ke dewan pembedahan, sekitar jam 11.00 malam, separuh tubuhnya di bawa keluar ke ICU, separuh lagi meluncur di jalan menuju pusara persemadian di Muassasah Darul Ulum. Aku berserah kepada Allah atas apa yang telah ditentukan untuk seorang pimpinan Jemaah Islam yang sangat aku kasihi. Dia bukan sahaja bapa kepada anak-anaknya, dia seperti ayah buat kita semua. Dia kini masih terbaring di wad itu... Menjalani takdir dari Allah yang Maha Esa.

http://sanusisetpol.blogspot.com/2013/05/aku-dan-ustaz-azizan-keputusan-besar.html

Video TG Haji Hadi Melawat MB dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan

May 13, 2013



Rakaman video YAB. Datuk Ahmad Yakob,Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan menerima kunjungan hormat dari YB. Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden PAS di pejabat beliau.

3 Rejab 1434H/ 13 Mei 2013M

KelantanTV: Tepat dan Informatif

Gambar Sekitar Lawatan Ziarah TG Presiden Pas Ke Pejabat MB Kelantan

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn2/969230_112248882282249_897026715_n.jpghttp://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/600942_112248905615580_2137418569_n.jpghttp://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/321366_112248898948914_483685761_n.jpghttp://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/942962_112248938948910_784474356_n.jpghttp://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/941121_112248525615618_1916141796_n.jpghttp://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn2/969558_112248982282239_179594704_n.jpghttp://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/264449_112248975615573_1127340607_n.jpghttp://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/182765_112249015615569_1629659046_n.jpghttp://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/935611_112249038948900_520524605_n.jpghttp://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/923134_112249045615566_1042071468_n.jpg

YAB. Datuk Ahmad Yakob,Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan menerima kunjungan dari YB. Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden PAS di pejabat beliau.

Gambar Presiden PAS Menziarahi TG Nik Aziz Di Kota Bharu

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/198950_10151403035787592_286491923_n.jpg
http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/941408_112248508948953_1958902259_n.jpg
 http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/941121_112248525615618_1916141796_n.jpg

YB Tuan Guru Al-Mursyidul Am PAS menerima kunjungan YB Tuan Guru Presiden di Kota Bharu pagi ini....

Gambar MB Ustaz Mat Menerima Kunjungan Hormat Presiden PAS

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/935258_146267792230013_1038181379_n.jpg

YAB Datuk Ahmad Yakob menerima kunjungan YB Datuk Seri Tuan Guru Presiden Pas di pejabat MB pagi ini...

TG Presiden PAS Mengunjungi MB Dan Anggota Exco Kerajaan Kelantan

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/408558_379249782184557_2057290421_n.jpg

Nur Hidayah

Pertemuan Presiden Pas, Hj Hadi Awang bersama MB dan exco kerajaan negeri Kelantan...berkongsi pengalaman,memberi sedikit panduan dan nasihat..

Wan Azizah Naik Motor Puji? Rosmah Pun Naik Juga!

http://malaysianreview.com/wp-content/uploads/2013/03/lawak-politik-najib-rosmah-naik-motor.jpg

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/180236_334910386612244_1013494776_n.jpg

MB Baru Kelantan Sokong Perjuangan NGO R

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-frc3/971944_587478767939321_2091145712_n.jpg

YAB Dato Hj Ahmad Yaakob, Menteri Besar Kelantan serta saf kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan menyokong 100% usaha tuntutan ROYALTI NEGERI KELANTAN.

Gambar ini diambil semasa YAB MB hadir menyampaikan amanag beliau di majlis Aktivis R Bersama MB Kelantan pd 11 Mei 2013 di Pantai Sri 7, Sabtu lalu.

Terbaekk MB, Terokkk rapattt jikkk kali niihhh!!

MB BARU meneruskan kesinambungan perjuangan Tok Guru Nik Aziz, Mantan MB. InsyaAllah kami menyokong penuh kempimpinan Dato

Terbaekkk!!!

Video Ustaz Azhar Konvoi Kempen Bersama Ferrari

May 12, 2013



Khairy Tibai Mat Said?

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/942038_378905875561902_1603834297_n.jpg

apa kata mat said?

Mahfuz Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/255496_606626336024001_1807049139_n.jpg

KUALA LUMPUR: PAS melantik Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar (gambar) sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Azizan Razak.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang hari ini di Pejabat Agung PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan, mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk membuat post mortem terhadap keputusan pilihan raya umum ke 13.

"Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub telah dilantik mengetuai jawatankuasa post mortem ini dengan timbalannya adalah Dr Dzulkefly Ahmad manakala Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zuhdi Marzuki sebagai setiausahanya," umum Mustafa kepada Harakahdaily.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat hari ini adalah yang pertama diadakan selepas pilihanraya umum ke 13, 5 Mei lalu.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bermula jam 10.30 pagi tadi yang berakhir jam 2.30 petang tadi.

Dalam PRU 13, PAS menang 21 kerusi Parlimen dan berjaya mempertahankan Kelantan namun kalah di negeri Kedah.

Mahfuz menggantikan Ustaz Azizan yang sehingga kini masih belum sihat selepas pembedahan kedua-dua belah kakinya akibat diebetis.

Mahfuz dalam PRU 13 menang kerusi Parlimen Pokok Sena manakala Ustaz Azizan kekal di Dun Sungai Limau.

Namun begitu, PAS hilang lima Parlimen di Kedah iaitu Jerai, Pendang, Sik, Baling dan Padang Terap di samping kehilangan negeri Kedah.

Post morterm dipercayai dibuat bagi mengenalpasti punca sebenar kekalahan PAS di Kedah dan beberapa negeri lain ekoran dakwaan pelbagai penyelewengan yang berlaku.

MB Kelantan Buat Perjumpaan Dengan Kakitangan Pejabat

http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/375080_146005992256193_1948758754_n.jpg


teruskan usaha mb supaya islam dan kegemilangan kelantan berlandaskan agama.

allahuakhbar!

Terkini! Keadaan Di Stadium Batu Kawan

May 11, 2013

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-frc1/310034_292340660901812_1465339474_n.jpg

masuk utusan ialah 1000 orang.

Terkini! Umno Tutup Jalan Sebab Kalah Di Bachok? Zalim!

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/248242_483510098387998_400265530_n.jpg

Kerana UMNO , BN DITIMPA TANGGA ?

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/183743_615466868481285_406820278_n.jpg
TSUNAMI MCA Bakal Melanda - TSUNAMI GERAKAN Menyusul Pula

ISU cuaca mendung dan ribut petir MCA makin hangat diperbincangkan, tsunami MCA yang bakal melanda politik BN seolah tiada dapat dielakkan lagi.

1. Kegagalan MCA dalam PRU-13 adalah lebih teruk berbanding sebelumnya. MCA yang mengambil langkah menolak semua jawatan dalam kerajaan serta menutup pusat khidmat berikutan prestasi teruk dalam pilihan raya umum lepas telah mula mendapat komen ramai.

2. Kekuatan undi MCA jelas selama ini banyak bergantung kepada kesopanan rakan sekutu mereka ; UMNO dalam menyentuh soal bangsa lain. Apabila DAP mula 'diserang' bermula sebelum kempen PRU-13, MCA juga terkena tempias kuatnya sekali. Rata-rata orang Malaysia berbangsa Cina memang terkilan.

3. MCA dilaporkan akan segera mengadakan post-mortem kekalahan mereka lebih kepada mahu menyalahkan 'fitnah' DAP berbanding menyalahkan UMNO yang menjadi punca sebenar.

4. Veteran MCA pula mendesak Presiden MCA letak jawatan serta merta untuk memberi laluan kepada orang lain memimpin parti. Namun desakan supaya Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek meletak jawatan serta-merta disifatkan tidak wajar oleh para pengikut setia CSL termasuk setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha. Kelihatannya pertembungan lama dan baru ini juga akan menambah lagi masalah dalam MCA.

5. Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu mahu kepimpinan parti itu mempercepatkan proses pemilihan parti berikutan prestasi buruk parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad lepas. Namun ada pula yang memberi isyarat MCA boleh mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) sebelum mesyuarat agung tahunannya jika ia mahu membincangkan isu penting mengenai perwakilan orang Cina dalam kerajaan. Isyarat ini lebih kepada konsep membujuk orang Cina yang semakin hilang kepercayaan terhadap kemampuan MCA.

6.MCA sepatutnya tidak mengambil keputusan yang mencerminkan sahsiah yang rendah dalam erti kata belum apa-apa lagi sudah menyatakan mereka tidak akan menyertai Kabinet, kata pemimpin veteran Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim. Melalui media sosial, segelintir ahli MCA dari kalangan generasi muda mula menunjukkan sikap tidak senang dengan mengutuk campurtangan Rais Yatim atau 'orang UMNO' dalam parti mereka.

7. Gerakan pula seolah menunjukkan contoh mereka adalah yang terbaik buat orang Cina untuk kekal dalam BN apabila mengeluarkan kenyataan mereka tidak akan menurut jejak langkah MCA yang mengambil langkah menolak semua jawatan dalam kerajaan serta menutup pusat khidmat walau berprestasi buruk. Namun Gerakan juga hujan di tengahari , bila tengahari tadi dilaporkan Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon mengumumkan beliau dan Setiausaha Agung, Teng Chang Yeow meletak jawatan minggu depan dan dilaporkan juga GERAKAN takkan menyertai kabinet.

8. Pemimpin MCA mula mengeluarkan kenyataan merayu ahli mereka terutama dari kalangan generasi muda supaya tidak meninggalkan parti di saat parti dalam keadaan sangat bermasalah. Tapi nampaknya keadaan ini tidak dapat dielakkan lagi. Generasi muda MCA telah memberi kepercayaan terakhir mereka pada PRU yang berlangsung baru-baru ini. Kini harapan mereka telah punah.

9. Kini UMNO pula dilihat beberapa pihak seolah cuba berpaling tadah dalam diam kepada MCA, pengkhianatan UMNO terhadap PAS sewaktu bersama dahulu dalam PERIKATAN mungkin akan berulang. Kali ini UMNO dilihat cuba bermesra dengan DAP melalui kenyataan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang masih setia kepada UMNO yang menyarankan agar DAP menyertai Barisan Nasional (BN) untuk menguatkan kerajaan BN. APAPUN DAP telah menolak mentah.

10. Para pemerhati 'cuaca' politik MCA menjangka hayat MCA akan berakhir sebelum PRU 14 dan seawalnya sebelum pemilihan akan datang. TSUNAMI MCA pasti akan membenam lagi kekuatan BN.

11. MCA dan Gerakan dituduh cetus suasana kekalahan BN. "Percakaran dalaman dan tiadanya persefahaman ataupun pendirian kolektif sehingga beberapa kawasan telah hilang (kalah) ke tangan musuh politik BN," kata bekas menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan ; RAIS YATIM

p/s - UMNO harus berubah sebelum parah. Perkauman bukan hanya merugi BN malah negara.

[Admin 'TM]

Gambar Terkini Ustaz Azizan Razak Selepas Pembedahan. Sayunya Ya Allah!



Gambar terkini ustaz azizan dalam wad. Ya allah, engkau selamatkan lah dan sembuhkan lah ustaz azizan dengan sebaik mungkin.

Sesungguhnya takdir dari allah adalah ketentuan yang ada hikmahnya.

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.