News Update :

Twitter

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Keputusan Piala Malaysia malam ini

August 31, 2013

BERIKUT keputusan perlawanan Piala Malaysia yang berlangsung malam ini:

ATM 4 1 Johor

Johor Darul Takzim (JDT) 1 2 T-Team

Felda United 1 0 PKNS FC

Kelantan 2 3 Negeri Sembilan

Selangor 1 1 Sime Darby

Terengganu 2 1 Pahang

Sarawak 4 0 Kedah

Lions XII 2 1 Perak

Kumpulan Mak Nyah Kawad Di Hari Merdeka

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/q71/s720x720/1175241_603468463036616_1952555491_n.jpg

apa kata puak umno?

kenapa golongan ni diiktiraf sampai macam ni sekali?

LGBT?

semakin menggila malaysia ni!

Tanah Tumpahnya Daraku? Astro Tulis

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/q71/1009860_600943809957920_43639591_n.jpg

mana silapnya?

lain kali tolong berhati-hati la wahai astro!

Gambar Tumpahan Minyak Diesel

http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.hmetro.com.my/w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dieselmasuksungai/xpix_gal1.pagespeed.ic.TWG_Qzk2ci.jpg
Diesel masuk sungai

Oleh Hadzlan Hassan dan Siti Suraya Md Tap

Batang Berjuntai: Sebahagian besar penggunaan membabitkan lebih sejuta warga kota bakal mengalami gangguan bekalan air apabila tujuh wilayah di Lembah Klang dijangka mengalami gangguan bekalan untuk tempoh masa yang belum diketahui.

Gangguan berlaku ekoran tumpahan diesel yang dipercayai dari sebuah kawasan perusahaan yang beroperasi di Rawang, di sini, semalam.

Tumpahan berkenaan menyebabkan empat muka sauk loji di Sungai Selangor terpaksa ditutup sejak jam 8 pagi semalam, diikuti penutupan Loji Rawatan Air Sungai Selangor (SSP) Fasa 1, 2 dan 3 serta Loji Rantau Panjang.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Awam SYABAS, Abdul Halem Mat Som berkata, berikutan penutupan itu, bekalan air ke tujuh wilayah pengagihan air Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) iaitu Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor dijangka terjejas secara berperingkat.

Menurutnya, keempat-empat loji rawatan air itu membabitkan pengeluaran bekalan air terawat sebanyak 2,670 juta liter sehari (JLH) atau 57% peratus bekalan untuk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.


Merdeka Kah Dengan Tarian Macam Ni?



Apa erti merdeka wahai sahabat? Muda mudi terloncat macam beruk dengan bercampur gaul laki perempuan.

Bukan nak menongkah arus kemodenan tetapi amat sedih melihat keadaan macam ni.

Adakah mereka ini akan berjuang mempertahankan tanah air?

Tepuk dada tanya iman kita.

Sambut Merdeka Separuh Bogel Inikah Yang Kita Mahu?



Adakah dengan cara ini yang kina nak? Adakah tercapai matlamat kita kalau dengan tengok wanita separuh bogel pakai macam ni?

Merdeka dari sudut apa? Orang macam ni la yang kepala otak rosak. Setiap perkara difikirkan keseronokan?

Selamat Hari Merdeka Ke 56



Kami di meja para admin ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 56.

Bebaskan lah jiwa raga kita dari belengu penjajahan. Anak muda sekarang hanyut dengan barat sebagai kiblatnya.

Masalah sosial semakin meruncing, bala bencana ini amat menakutkan kita semua.

Kembali lah kepada ajaran islam secara keseluruhanya dan tinggalkan lah segala bentuk penjajahan dari syaitan laknatullah.

Reaksi Wajah Ketua Polis Pulau Pinang

August 30, 2013



Syabas dan tahniah buat datuk rahim, ketua polis pulau pinang. Banyak program dan gerak kerja yang datuk dan rakan-rakan dalam pasukan dah buat.

Jenayah berat ni semakin berleluasa dalam negara, pihak polis kena tegas dan berani melawan geng samseng laknat ni.

Terima kasih juga buat kerajaan pimpinan pakatan lim guang eng yang banyak tolong melalui program dialong untuk mencari penyelesaian masalah.

Penganalisis: Kerajaan Negeri P.Pinang tak terbuka

August 29, 2013

GEORGETOWN - Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP menasihatkan panggung wayang di negeri ini tidak menayangkan filem patriotik ‘Tanda Putera’ menimbulkan persoalan keterbukaan dan kebebasan yang dilaungkan pakatan pembangkang sebelum ini.

Penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata berdasarkan kedua-dua prinsip itu, kerajaan negeri seharusnya menggalakkan penayangan filem itu dan memberi peluang kepada rakyat membuat penilaian.

"Dalam konteks ini, apabila filem ini ditayangkan di tempat lain ia boleh melahirkan kemusykilan dalam kalangan masyarakat...tindakan itu akan disalah tafsir oleh masyarakat.

"Sepatutnya filem ini ditonton terlebih dahulu dan kemudian diberi penilaian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Lim dalam sidang akhbar berkata kerajaan negeri pimpinan DAP meminta pengusaha pawagam di negeri ini tidak menayangkan filem ‘Tanda Putera’ dengan mendakwa ia mengandungi unsur-unsur sensitif dan fitnah yang tidak sesuai untuk tontonan umum.

Filem arahan Datuk Shuhaimi Baba itu yang diterajui dua bintang utama iaitu Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak Hussein dan Zizan Nin sebagai Tun Dr Ismail Abdul Rahman ditayang serentak di 60 pawagam seluruh negara mulai hari ini.

Sivamurugan berkata Lim sewajarnya menonton filem berkenaan dan membuat penilaian sama ada filem berdurasi dua jam itu boleh mengancam keharmonian negara dan memberi kesan kepada parti DAP.

Sementara itu, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Datuk Seri Mohd Yussof Latiff berkata filem ‘Tanda Putera’ itu seharusnya dijadikan pengajaran kepada penonton mengenai sejarah negara.

Sementara itu, pelajar jurusan pergigian Anis Nadia Ismail, 21, melahirkan rasa kesal apabila filem itu tidak ditayangkan di negeri ini dan menyifatkan filem yang mempunyai elemen sejarah wajib ditonton oleh semua masyarakat terutamanya generasi muda.

"Sayang filem ini tidak ditayangkan. Sekurang-kurangnya menerusi filem patriotik sebegini, ia dapat memberi kesedaran kepada generasi muda kepentingan mengekalkan perpaduan di antara kaum," katanya ketika ditemui di TGV Cinemas di 1st Avenue di sini, hari ini.

Beliau juga berharap lebih banyak penghasilan filem bergenre sejarah dihasilkan pada masa akan datang.

Di KUALA TERENGGANU, Gagasan Melayu Pendidikan Malaysia (Gagasan) secara sinis mengucapkan 'tahniah' kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang tidak mahu filem itu ditayangkan di negeri itu.

Setiausaha Agung Gagasan Syed Anuar Syed Mohamad seterusnya mencabar dua lagi negeri yang dikuasai pembangkang iaitu Selangor dan Kelantan agar mengambil langkah serupa.

"Inilah wajah sebenar pemimpin-pemimpin pemangkang yang tiada langsung semangat cintakan negara, sebaliknya mereka cuba pelbagai cara untuk mengelirukan rakyat sehingga mencetuskan ketegangan.

"Kita yakin jika beginilah amalan mereka, masa depan Malaysia tidak akan aman damai, malah lebih teruk daripada apa yang berlaku di Mesir dan Syria," katanya ketika dihubungi Bernama.

Syed Anuar seterusnya menasihati orang ramai khususnya golongan muda yang sayangkan keamanan dan kesejahteraan negara supaya tidak mudah terpedaya dengan agenda pembangkang sehingga boleh mengundang petaka kepada negara.

"Kita juga nasihatkan masyarakat khususnya orang muda agar tonton dulu filem itu dan nilai sendiri apakah benar dakwaan liar pembangkang," katanya. - Bernama

Isu kain rentang: MAIPP diarah siasat segera



KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) diarah segera menyiasat isu kain rentang yang digantung di sebuah pusat hiburan di negeri itu dengan mempamerkan gambar masjid bersama-sama arak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata langkah itu bagi mengenal pasti kedudukan sebenar isu tersebut selain mengelakkan sensitiviti sesuatu agama diganggu daripada terus berulang.

"Kita minta MAIPP segera siasat kes seperti ini sebab kita tak mahu lagi banyak isu melibatkan sensitiviti agama timbul," katanya pemberita ketika diminta mengulas isu itu di sini hari ini.

Berdasarkan laporan media, sebuah pusat hiburan di Jalan Penang, Pulau Pinang mempamerkan kain rentang berlatar belakang gambar masjid itu bertulis, 'Selamat HariRaya & Merdeka, Spend Up RM150 to have a chance to win: 2 bottles Champange, 1bottle of Martell, 1 carton Tiger, 2 bucket Tiger', bermula 7 Ogos hingga 31 Ogos ini.

Jamil Khir sebelum itu hadir ke Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan persaraan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali yang bersara secara rasmi mulai 6 Ogos lepas.

Sementara itu, Che Mat berkata Jawi sedang menyediakan kertas kerja untuk menaik taraf surau di pusat beli-belah, tempat tumpuan orang awam dan institusi kewangan di ibu negara untuk dijadikan surau Jumaat.

"Kertas kerja itu disediakan bersama-sama pejabat mufti untuk kenal pasti lokasi yang betul-betul sesuai jadi surau Jumaat sebelum dinaik taraf kemudahan di situ bagi memudahkan orang awam menunaikan kewajipan mereka," katanya.

Katanya langkah itu adalah pelan jangka panjang Jawi untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai contoh terbaik yang menawarkan kemudahan tempat ibadah untuk umat Islam di sini. - Bernama

49 kumpulan kongsi gelap dengan 40,313 ahli didedah - KDN


PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebentar tadi mendedahkan senarai lengkap 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara yang memiliki 40,313 ahli berdaftar.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang medianya berkata, daripada jumlah itu 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 (kongsi gelap Cina) dan 1,923 (kongsi gelap Melayu).
Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak.

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.

Bendera Umno Berkibar Di?

August 28, 2013



Merdeka?

Kita masih guna undang-undang barat?

Pemimpin umno yang kebanyakkan dipilih ideanya kurang dan tumpul.

Idea yang dilihat macam budak sekolah dan di bawah aras pemikiran menteri amat memalukan.

Pesta Bikini Dan Arak Di Danga Bay Johor?



Adakah perkara ini benar?

Adakah mufti dan penasihat agama johor tidak tahu? Mana sensitiviti umat islam dikalangan pemimpin johor?

Tolong soal selidik.

Ahli politik ternama didakwa naungi kongsi gelap

Sebilangan ahli politik ternama didakwa menaungi beberapa kongsi gelap dan beberapa orang daripadanya turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.

Laporan akhbar Sin Chew Daily menyebut, kumpulan berkenaan merupakan antara 10 kongsi gelap, yang akan didedahkan esok oleh Kementerian Dalam negeri.

Ia membabitkan kumpulan gengster Cina, Melayu dan India, menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu.

Kumpulan itu meliputi “Geng 04”, “Geng 08”, “Geng 21” dan “Geng 36” dari kumpulan India; “Hong Shun Tang”, “3821”, “Wu Se Qi”, “Hong Men” dan Hua Ji Dang” dari golongan Cina; serta “Geng 3 Calit” dari kelompok Melayu.

Akhbar tersebut yang memetik kenyataan sumber menyebut, kerajaan buat kali pertama akan melancarkan “perang” ke atas kongsi gelap dengan mendedahkan senarai nama kongsi berkenaan kepada umum.

Menurut sumber tersebut, gengster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran.

“Gengster India secara perbezaannya lebih agresif kerana mereka memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub selain menjadi penembak.

“Sementara itu, gengster Melayu lebih aktif 'menjaga' tapak pembinaan dengan memungut wang di sana.

“'Geng 3 Calit' Melayu paling aktif dan ketua setiap kawasan dipanggil ayahanda,” katanya.

Bukti Mursi tidak dikongkong


MUHAMAD MAT YAKIM

SHAH ALAM - Kenyataan seorang profesor sains politik dari Mesir yang mendakwa Dr Mohamed Mursi terpaksa digulingkan kerana beliau mengecewakan majoriti rakyat negara itu yang memilihnya pada pilihan raya presiden tahun lalu lantaran terlalu memberi ruang kepada Ikhwanul Muslimin untuk memerintah, dicabar pakar politik Timur Tengah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.

Menurut Maszlee, apa yang disebut oleh Prof Dr Mohammad Selim, saintis politik dari Universiti Kaherah itu sama dengan propaganda kumpulan penentang Mursi, Tamarood yang mendakwa Mursi sekadar jadi 'pak turut' kepada pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain sedangkan rakyat Mesir memilih beliau untuk jadi presiden mereka, bukan Ikhwan Muslimin.

"Mursi dituduh oleh Tamarood sebagai presiden yang tidak berkuasa sebaliknya yang berkuasa adalah Ikhwanul Muslimin. Dari sudut mana dikatakan begitu?

Dalam membuat keputusan, setiap keputusan Mursi dibuat bersama Majlis Penasihat Presiden. Dalam majis itu, hanya seorang saja wakil Ikhwanul Muslimin iaitu Wael Haddad. Itu pun Wael Haddad adalah penasihat Mursi dalam hal hubungan antarabangsa. Anggota Majlis Penasihat lain pelbagai latar belakang, ada wakil Kristian Koptik, wanita, teknokrat, Salafi."

Paling jelas, kata Maszlee, Mursi malah pernah menawarkan jawatan timbalan presiden kepada Mohamed El Bardaei, pesaingnya dalam pilihan raya.

"Bukan El Bardaie saja, calon-calon lain juga ditawarkannya jawatan, satu bukti komitmennya untuk perpaduan dalam politik Mesir. Satu lagi bukti ialah beliau tidak meletak orang Ikhwan sebagai Menteri Pertahanan, posisi yang sangat penting untuk pemerintahannya sebaliknya beliau lainti Abdel Fattah Al Sisi. Beliau gantikan Hussain Tantawi dengan Al Fattah yang akhirnya menggulingkan beliau.

"Jadi di mana boleh dikatakan Mursi memerintah dengan ikut telunjuk Ikhwan? Itu yang saya tidak faham," katanya. Maszlee menjelaskan demikian kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Selain itu kata Maszlee, perkara yang paling nyata pada era Mursi ialah Perdana Menteri Mesir, Hisham Kandil bukan orang Ikhwan.

"Beliau juga tidak melantik rakannya, Muin Abdel Futuh yang keluar meninggalkan Ikhwan ke Kabinet atau Majlis Penasihat Presiden. Terlalu banyak fakta untuk menyangkal kenyataan seperti itu," katanya.

Sebenarnya jelas Maszlee ada banyak bukti untuk dijadikan hujah penggulingan Mursi dirancang, didalangi oleh saki baki rejim Mubarak dan juga kaitan dengan kuasa asing.

"Apabila berlaku revolusi 25 Januari 2011 yang menyaksikan jatuhnya bekas Presiden Hosni Mubarak, kita tidak boleh anggap bahawa revolusi itu sudah sempurna. Ini kerana walaupun kepala (Mubarak) sudah dibuang, badan dan ekornya masih yang lama. Jadi keadaan tidak banyak berubah seperti apa yang disangka.

"Bayangkanlah, polis terutama daripada Cawangan Khas (SB) yang sudah sekian lama melindungi seorang diktator (Mubarak), terpaksa menghadapi perubahan besar untuk berkhidmat kepada rakyat di bawah pentadbiran Mursi. Begitu juga tentera. Inilah yang mungkin jadi masalah bagi mereka, walaupun Mursi tidak mengongkong mereka sebagaimana di bawah rejim Mubarak."

Lebih ketara, kata Maszlee, di bawah pemerintahan Mursi juga, pejabat Ikhwanul Muslimin di seluruh Mesir diserang, diceroboh, dibakar dan dirompak oleh kumpulan samseng yang dikenali sebagai Baltajia.

"Sungguh pun demikian, polis tidak ambil tindakan, biarkan saja. Inikah apa yang dikatakan Ikhwanul Muslimin menguasai pentadbiran Mursi sedangkan dalam keadaan keselamatan mereka sendiri diancam oleh samseng pun, polis tidak buat apa-apa sedangkan presiden orang mereka?" tanya Maszlee.

Selain itu, kata Maszlee, media juga rata-ratanya masih dikuasai oleh penerbit dan editor yang pro Mubarak. Ini termasuk Naguib Sawiris, taikun media Mesir daripada etnik Kristian Koptik yang diketahui bersikap anti Mursi dan anti Ikhwanul Muslimin.

"Sewaktu revolusi 25 Januari 2011, Banyak gereja diserang tetapi polis tidak ambil tindakan kerana apa yang saya andaikan, mereka sengaja mahu beri gambaran buruk kepada revolusi tersebut. Di Mesir, politik mereka tidak kreatif. Sejak zaman Gamel Abdel Nasir yang naik jadi presiden selepas rampasan kuasa tentera pada 1952, seluruh dunia dimomokkan Ikhwanul Muslimin kumpulan yang ganas.

"Mereka tidak ada skrip baru dan ini menyebabkan pihak luar, media antarabangsa, kumpulan hak asasi sesetengahnya sudah tak larat nak layan Mesir. Kita amat sedih apabila seorang profesor universiti (Selim) pun tidak boleh berfikir out of the box (di luar kotak)," katanya.

Sebenarnya, kata Maszlee apa yang paling jelas di sebalik penggulingan Mursi ialah tangan ghaib pihak yang terjejas sejak pemimpin Ikhwan itu naik sebagai Presiden Mesir.

"Ini sudah tentu AS dan Israel. Paling nyata, dalam tempoh setahun saja jadi presiden, Mursi dengan berani telah menyanggah telunjuk AS yang menetapkan peraturan bahawa negara itu tidak boleh menanam gandum lebih daripada 20 peratus yang diperlukan rakyatnya. Peraturan ini termaktub dalam Perjanjian Camp David yang dimeterai pada 1978.

"Tetapi Mesir di bawah pemerintahan Mursi yang singkat itu, berjaya mengeluarkan gandum sehingga 60 peratus dengan bantuan Rusia. Mesir juga pada era Mursi mengikut model ekonomi Malaysia, 'dasar pandang ke Timur' ketika di bawah Tun Dr Mahathir dengan menjalin hubungan dagang dengan Rusia, China, Jepun dan Singapura.

Juga negara Selatan antaranya Brazil, Chile dan Venezuela. Ini yang tidak digemari oleh AS. Mereka bimbang jika Mesir terus dibiarkan dalam tangan Mursi, republik itu mungkin akan jadi Turki kedua," katanya.

Gambar Terkini TG Haji Hadi Semasa Melawat TG Nik Aziz.

August 27, 2013



Begitu hormatnya tok guru haji hadi kepada tok guru nik aziz.

Ya allah, berilah kekuatan kepada mereka dalam mentadbir dan menguruskan agama islam di malaysia tercinta.

Tok Guru Nik Aziz Dan Yb Husam Tunjuk Sokongan Kepada Mesir



Riak wajah tok guru dan yb husam semasa di rumah beliau.

Tok guru menunjukkan simbol 4 sebagai tanda sokongan.

Allahuakhbar

Erdogan Kecewa dengan Syeikhul Azhar

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mengatakan bahawa pihak-pihak yang mendukung apa yang disebutnya sebagai kudeta di Mesir sedang mencuba untuk membenarkan tindakannya tersebut dengan mengatakan ini adalah prosedur demokrasi yang dilakukan oleh tentera Mesir. Selain itu Erdogan juga mengkritik Syeikh Al-Azhar dengan mengatakan dia merasa kecewa ketika melihat syeikh tampil bersama pemimpin kudeta.

Erogan mengatakan dalam sebuah pernyataan,”tidak mungkin ada kudeta terhadap Demokrasi, Kudeta tetaplah kudeta”.

Erdogan menyebut negara-negara dan organisasi yang menolak menyebut apa yang terjadi di Mesir sebagai Kudeta adalah “pengkhianat terhadap masa lalu dan masa depan”, dan ia menambahkan,”kami sangat mengutuk Kudeta di Mesir atas dasar kemanusiaan, nurani dan prinsip-prinsip kami,”d ia menekankan bahwa tidak ada sama sekali dasar hukum atau alasan untuk membenarkan apa yang telah terjadi di Mesir.

Erdogan juga menyinggung sikap syeikh Al-Azhar yang muncul bersama dengan pegawai-pegawai kudeta lainya, termasuk pemimpin angkatan bersenjata saat pengumuman penggulingan Presiden Muhammad Mursi, Erdogan mengatakan,”ketika saya melihat Syeikh Al-azhar bersama pihak kudeta, saya merasa sangat kecewa”.

Hapuskan campur tangan politik dalam MAS

Oleh: Mohd Arif Juhani

KUALA LUMPUR 26 Ogos: Syarikat Penerbangan Malaysian Airlines (MAS) tidak perlu melantik tenaga asing dalam beberapa jawatan penting untuk memulihkan syarikat itu kerana Malaysia mempunyai banyak kepakaran tempatan.

Sebaliknya, kata Ahli Majlis Perwakilan Pusat (MPP) KEADILAN, Datuk Johari Abdul, MAS perlu menghakis campur tangan ahli politik dalam syarikat penerbangan negara itu.

“Kita mempunyai banyak contoh seperti syarikat penerbangan AirAsia yang dikendalikan oleh Tan Sri Tony Fernandes dan AirAsia X yang juga dimiliki oleh anak tempatan tetapi mereka berjaya mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa,” ujarnya ketika dihubungi.
Beliau mengulas kontroversi berhubung pelantikan PlaneConsult sebagai perunding dan melantik lapan warga asing untuk memegang beberapa jawatan penting dalam MAS.

Menurut Johari, beliau tidak menolak keperluan mendapatkan kepakaran asing sekiranya diperlukan tetapi tindakan itu tidak seharusnya mengabaikan potensi anak tempatan.
Menurutnya lagi, masalah yang dihadapi MAS bukan berpunca daripada pengurusan syarikat sebaliknya hasil campurtangan politik kerajaan.

“Semasa Bekas Pengarah Urusannya, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman memimpin MAS, kita lihat prestasi syarikat itu begitu memberangsangkan.

“Tetapi selepas Tun Dr Mahathir Mohamad campur tangan dengan melantik Tan Sri Tajudin Ramli sebagai pengarah urusan, kedudukan MAS jatuh merudum sehingga hari ini. Jadi ini iktibar yang harus difahami oleh pengurusan MAS,” kata Ahli Parlimen Sungai Petani itu.

Dalam pada itu, beliau percaya bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan sedaya upaya mendesak kerajaan menswastakan MAS, sepertimana disuarakan baru-baru ini.

“Beliau merupakan seorang manusia yang tidak pernah puas dengan apa juga yang dimiliki,” ujar Ahli Parlimen Sungai Petani itu.
Menurut Johari, desakan Mahathir supaya MAS dijual bertujuan membuat keuntungan berjuta-juta ringgit melalui modal yang diberikan kerajaan.

“Tetapi kita tahu, jika GLC ini bankrap walaupun selepas diswastakan, kerajaan jugalah yang perlu membeli semula syarikat ini manakala Mahathir pada ketika itu hanya diam membisu,” katanya.

Man Utd-Chelsea terikat 0-0

MANCHESTER: Pertembungan dua gergasi, Manchester United dan Chelsea berkesudahan terikat 0-0 pada saingan Liga Perdana Inggeris, di Old Trafford, sebentar tadi.

Pengurus United, David Moyes menurunkan Wyane Rooney yang disebut-sebut dipikat Chelsea, mengemudi barisan serangan bersama Robin van Persie dan Danny Welback.

Chelsea menerusi pengendali baru, Jose Mourinho pula kerap mengasak menerusi pemain Brazil, Oscar dan Edin Hazard.
Pada masa kedua, Welbeck hanpir mendapat jariangan awal namun tendangannya di depan pintu gol tersasar.

Chelsea yang menurunkan Fernando Torres pada permainan berbaki 30 minit gagal menyerlah namun percubaan kencang Tim Carhill gagat menggegar jaring United.

Lelaki cedera di jari selepas ditembak dipercayai ketika bergaduh

August 26, 2013

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki cedera pada jari tangan sebelah kanan selepas ditembak dipercayai ketika bergaduh di kawasan ladang kelapa sawit di Bukit Selambau, dekat sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya, mengesahkan kejadian itu yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang tadi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, untuk rawatan lanjut.

Pandikar Amin dahului penerima darjah kebesaran TYT Pulau Pinang - Bernama

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia (gambar) mendahului senarai 1,085 penerima darjah kebesaran dan pingat kehormatan negeri sempena sambutan ulang tahun ke-75 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, hari ini.

Pandikar Amin, 58, adalah penerima tunggal Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN), yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Menurut senarai yang dikeluarkan unit Dewan Undangan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini, empat individu menerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN), yang membawa gelaran Datuk Seri.

Mereka ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Muhamad Zabidi Zainal; Pengarah Urusan IGB Bhd, Robert Tan Chun Meng; Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Profesor Datuk Dr Md Salleh Yaapar serta tokoh korporat Datuk Seri H’ng Bok San.

Enam penerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN), yang membawa gelaran Datuk Seri, ialah Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar; Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Arfah Abdul Razak serta anggota Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Jamaludin Hasan.  

Turut menerima anugerah itu ialah konduktor orkestra Datuk Ooi Chean See, pengasas Kumpulan Syarikat R A, Datuk R Arunasalam dan anggota panel Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur Datuk Shaik Daud Md Ismail.

Seramai 12 individu menerima Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN), yang membawa gelaran Datuk, iaitu Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi; Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan (Rehda) Pulau Pinang, Datuk Jerry Chan Fook Sing; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Law Choo Kiang; Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Mohd Zaki Md Yasin dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohd Rashid Hasnon.

Pengarah Urusan Thye Huat Chan Sdn Bhd., Datuk Ng Tee Soo; Pengarah Pentell Marketing Sdn Bhd, Datuk Tan Gin Soon; Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia, Datuk Ong Poh Eng.

Naib Canselor USM, Datuk Omar Osman; Pengerusi Eksekutif Kumpulan SAA Resources Sdn Bhd, Datuk Shaik Aqmal Shaik Alaudin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Seramai 68 individu menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), yang membawa gelaran Datuk, antaranya Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Abang Iskandar Abang Hashim; Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin.

Penolong Naib Canselor (Penyelidikan) Universiti Teknologi Mara (UiTM)’ Prof Dr Abu Bakar Abdul Majeed; Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Operasi), Ahmad Zakaria Mohamad Sidek dan Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Roshida Hassan.

Selain itu, 60 individu menerima Darjah Johan Negeri (DJN), Bintang Cemerlang Negeri (BCN) (39 orang), Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) (165), Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (413), Pingat Jasa Masyarakat (PJM) (235) dan Pingat Bakti Setia (PBS) seramai 82 orang.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri itu berlangsung di Dewan Sri Pinang.

Sebelum ini, Speaker Dewan Undangan Negeri Law Choo Kiang mengumumkan majlis sambutan ulang tahun Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, yang dijadual pada 13 Julai lalu, ditunda sehingga hari ini bagi menghormati bulan Ramadan. - Bernama, 26 Ogos, 2013.

Altantuya Bunuh Diri Dengan Bom C4

August 23, 2013



Baru puas hati?

Jawapan yang ditunggu selama ini sudah diperolehi.

Altantuya ni hebat, boleh beli dan pasang kat badan sendiri bom tu. Lepas tu siap letupkan sendiri pula tu.

Hebat la malaysia.

MUBARAK DALAM PROSES DIKELUARKAN DARIPADA PENJARA TORA

August 22, 2013

 http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/q73/s720x720/1012496_651979821503029_1554680523_n.jpg

Prihatin Mesir | Terkini

MUBARAK DALAM PROSES DIKELUARKAN DARIPADA PENJARA TORA

Selepas keputusan Mahkamah untuk membebaskan Presiden Diktator, Husni Mubarak. Pihak keselamatan dan pentadbiran Penjara Tora, tempat Husni Mubarak dipenjarakan sedang dalam proses akhir untuk mengeluarkan beliau.

Diberitakan helikopter yang akan membawa beliau keluar telah siap dilengkapi dengan peralatan rawatan. Dan dijangka berlepas ke Hospital Maadi di Kaherah petang ini.

Sumber : Al-Arabiya, Rassd.com

Senarai mangsa maut nahas bas setakat 2 petang

Tarikh: August 22, 2013
KUALA LUMPUR - Berikut mangsa yang maut dalam nahas bas di Genting Highlands menurut senarai yang dikeluarkan polis.

1. Nama: Chan Fook Choy
K/P: 511105-08-5421
Alamat: No 8, Jalan BK 5/14, Bandar Kirara, 47100 Puchong, Selangor

2. Nama: Chan Lai Huat
KP: Tiada
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia

3. Nama: Sub Moy @ Sak Moy
KP: 420806-10-5596
Jantina: Perempuan
Alamat: 2-9-15 Jalan Prima Setapak 7, Off Jalan Genting Setapak Kuala Lumpur

4. Nama: Sukhviv Singh
Jantina: Lelaki
Warganegara: India

5. Nama: Rafik Ali Buai Habac Chu
Jantina: Lelaki
Warganegara: Bangladesh

6. Nama: Sek Sooi Chan
KP: Tiada
Jantina: Perempuan
Warganegara: Malaysia

7. Nama: Lee Fok Wah
KP: 510409-10-5319
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia

8. Nama: Law Tiaw Meng
KP: 771015-14-5339
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia

9. Nama: Law See Kee
KP: 940715-08-5838
Jantina: Perempuan
Warganegara: Malaysia

10. Nama: Auther Mash
KP: Tiada
Jantina: Lelaki
Warganegara: India

11. Nama: Yap Hing
KP: 520313-10-5807
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia
Alamat: Tiada

12. Nama: Muhammad Rasid bin Jantan
KP: 520828-04-5305
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia
Alamat: Tiada.

13. Nama: Ng Ah Heng
KP: Tiada
Jantina: Perempuan
Warganegara: Malaysia
Alamat: Tiada

14. Nama: Choo Peng Kwan
KP: 470131-08-5363
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia
Alamat: Tiada

15. Nama: Bhuiyan Rifique Ali
No Pasport: QC 692665
Jantina: Lelaki
Warganegara: Bangladesh

Kecederaan: Semua mayat mengalami kecederaan di bahagian kepala dan organ dalaman akibat daripada hentakan. - Bernama

Sultan Pahang Tiba Di Tempat Kejadian Nahas

August 21, 2013



Sultan pahang baru saja tiba sekejap sahaja tadi bagi meninjau persiapan menyelamat mangsa.

Semiga keluarga mangsa yang terbabit tabah dan bersabar.

Gambar Kerja Menyelamat Nahas Bas Genting



Keadaan semasa nahas bas ulang alik yang terbabas dan jatuh ke dalam gaung.

32 orang disyaki maut dalam nahas ni dan 19 orang pula parah.

Sama-sama kita doakan yang terbaik dan mengambil pengajaran di atas musibah ini.

Tragedi gaung Genting: Lebih 30 dikhuatiri maut

KUALA LUMPUR - Lebih 30 penumpang dikhuatiri maut apabila sebuah bas ekspres dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur jatuh ke dalam gaung sedalam 150 meter di KM3.5 dari Genting Highlands petang ini.

Penolong Pengarah Penguasa Bomba Wilayah Persekutuan Azizan Ismail berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.45 petang.

"Daripada 49 penumpang bas itu, seorang daripada 17 yang dapat dikeluarkan telah meninggal dunia," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata dikhuatiri lebih 30 mangsa yang masih berada di dalam bas itu maut, dan kini operasi mengeluarkan mayat sedang dijalankan.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa buah kenderaan pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan ambulans berada di tempat kejadian dan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa.

Mereka menggunakan kren untuk menurun dan membawa keluar mangsa yang cedera. - Bernama

Mubarak Dibebaskan? Ini Reaksi Komen TG Nik Aziz

August 20, 2013

Kebenaran Itu Milik Allah, Bukan Di Barat dan Bukan Di Timur

Saya tidak terkejut apabila bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada penjara oleh Mahkamah Mesir. Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera. Tidak perlu berlindung di sebalik alasan ekonomi dan sebagainya. Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali. Barangkali, Sheikh Al-Azhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera pun sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Saya menghormati kelilmuan yang ada pada Sheikh Al-Azhar, namun pendirian beliau dalam hal ini jelas salah seterang cahaya matahari di siang hari. Pada saya, inilah ujian berat yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam khususnya di Mesir iaitu di saat para pemimpin mereka disumbat ke dalam penjara manakala penjenayah besar dilepas bebas.

Berpuas hatilah kerajaan Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera. Benarlah kenyataan bahawa kebenaran itu milik Allah, tidak di Barat dan tidak Timur. Sekalipun penjaga dua tanah suci dimuliakan Allah SWT dengan tugas ini, namun belum tentu mereka memegang anak kunci kebenaran. Di samping menjaga dua tanah Suci, Saudi jugalah yang menjaga telaga minyak yang menghilangkan haus Amerika sekian lama. Inilah satu-satunya negara yang dinamakan sempena nama pemerintahnya iaitu Bani Saud.

Justeru, janganlah Saudi menyangka dengan sokongan mereka kepada tentera Mesir, mereka boleh mempengaruhi seluruh umat Islam di dunia. Jika darah Abdullah bin Zubair radhiallahuanhu pernah tertumpah akibat diperangi oleh Hajjaj bin Yusuf di Tanah Mekah, apa peliknya darah umat Islam di negara lain tertumpah angkara pemerintah Saudi hari ini? Jika kabilah Arab Jahiliyyah pun pernah bertugas untuk menjaga Tanah Suci sebelum kedatangan Islam, apakah jaminan penjaga Tanah Suci hari ini bebas dari melakukan kesilapan?

Barangkali sedikit kasar kiasan saya, tetapi ia belum apa-apa jika dibandingkan dengan sokongan Saudi terhadap tindakan tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa. Saya menyeru kepada jiwa-jiwa yang telah dimuliakan Allah SWT dengan ilmu agama, janganlah sesekali cenderung kepada kezaliman agar tidak disambar oleh api neraka.

Hari ini Mesir ditinggalkan 'saudara-saudara'nya, bagaikan Nabi Yusuf yang pernah dibuang oleh saudara-saudaranya di dalam telaga ribuan tahun yang lampau. Tetapi Baginda akhirnya diselamatkan dan menjadi penguasa Mesir. Saya yakin Insya-Allah, Mesir akan keluar dari telaga kezaliman para tentera dan akan bangkit semula sebagai sebuah bumi yang subur dengan gerakan Islam.

Pesan saya kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun :

فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

yang bermaksud : Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini sahaja... - Surah Toha, ayat 72

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 13 Syawwal 1434H bersamaan 20 Ogos 2013M

Isu Kereta Perdana Tukar Kepada Honda, Ini Jawapan

August 19, 2013

Ganti Perdana Dengan Honda Tak Menjejaskan Proton

Adamyan

PEMBANGKANG memang tak sedar diri, kadang-kadang tak perasan bahawa kenyataan yang dibuat akan memakan diri semula. Contohnya dalam isu pertukaran kenderaan rasmi kerajaan daripada Proton Perdana kepada Honda Accord yang giat dijadikan isu sekarang.

Kononnya pertukaran itu melambangkan kerajaan pun tidak menyokong industri automotif tempatan, tidak patriotik dan sebagainya yang buruk-buruk.

Tapi dia terlupa banyak benda. Pertama, kalau nak kata tidak menyokong industri automatif tempatan, kerajaan negeri pembangkang memang layak dijadikan contoh paling ideal. Di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, kenderaan Perdana tidak digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri, sebaliknya Toyota Camry.

Sekurang-kurangnya di peringkat kerajaan persekutuan, semua agensi kerajaan masih lagi menggunakan Proton sebagai kenderaan jabatan dengan pengguna terbesar ialah dari polis dan tentera (antara sebab kenapa nombor plat Wilayah cepat bergerak).

Kenderaann yang nak ditukar ini ialah kegunaan VVIP dan pegawai kanan sahaja yang jumlahnya tidak lebih dari 200 buah. Itupun sebab Proton tidak lagi mengeluarkan model baru Perdana dan pembangunan kenderaan baru untuk kegunaan eksekutif akan memakan belanja yang bukan sedikit.

Itu belum disebutkan lagi kesukaran untuk mendapatkan alat ganti kenderaan, terutama yang terpaksa diimport dari luar negara. Kalau yang boleh dibuat di dalam negara pun, kosnya mungkin meningkat kerana jumlah kenderaan berkenaan yang masih digunakan, tidak lagi banyak seperti dulu.

Apatah lagi seperti disebutkan, Proton tidak lagi mengeluarkan Perdana.

Selain itu, penukaran kenderaan rasmi untuk kegunaan eksekutifi kepada Honda Civic ini juga tidak akan menjejaskan industri automotif tempatan kerana Honda mempunyai kilang pemasangan di Melaka. Syarikat-syarikat automotif tempatan seperti DRB Hicom dan Boon Siew Motor, turut mempunyai pegangan saham yang besar di dalam Honda Malaysia.

Kilang tersebut juga menyediakan peluang kerjaya yang cukup banyak untuk rakyat tempatan. Dijangka dengan tempahan baru yang akan datang dari kerajaan persekutuan nanti, lebih banyak peluang pekerjaan dapat disediakan, kalau tak di kilang pemasangan di Melaka, di fasiliti-fasiliti lain yang membuat alat ganti dan sebagainya.

Semua fakta ini secara jelas menunjukkan bahawa keputusan kerajaan untuk menukarkan kenderaan rasmi bagi kegunaan VVIP dan pegawai kanan kerajaan kepada Honda adalah keputusan yang tepat dan tidak langsung meminggirkan kepentingan pemain-pemain industri automotif tempatan.

Proton pula secara amnya tidak terjejas kerana semua hal penyelenggaraan kenderaan rasmi sekarang bukan dibuat oleh syarikat tersebut tapi oleh syarikat lain. Proton mungkin terjejas kalau Perdana masih dikeluarkan dan keputusan menukar kenderaan rasmi itu dibuat sekarang.

Kenyataan Najib bukti ada komplot untuk musnahkan DAP

August 18, 2013

KUALA LUMPUR, 18 OGOS: Kenyataan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berhubung isu pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP membuktikan ada komplot politik peringkat tinggi untuk memusnah dan melenyapkan DAP daripada arena politik Malaysia.

Ketua Whip DAP, Loke Siew Fook berkata, disebabkan Najib sendiri yang mengulangi penipuan itu, semalam, maka beliau terpanggil untuk menunjukkan bukti secara terbuka supaya rakyat Malaysia boleh menjadi “hakim” dalam “mahkamah pendapat umum” (court of public opinion) untuk menentukan sama ada DAP yang bersalah atau Najib yang menipu.

Sehubungan itu, beliau menjemput semua wakil media menghadiri sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP, di sini, pada jam 11 pagi Isnin ini (19 Ogos 2013).

Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, ini membuktikan Najib sendiri “menghalalkan” penipuan yang disebar dan diulangi ratusan kali oleh ejen propaganda UMNO sejak beberapa bulan lalu apabila menyatakan DAP parti yang tiada kredibiliti konon mengamalkan prinsip demokrasi tetapi pemimpin tidak berani mengamalkan perinsip berkenaan.

“Najib berkata, DAP adalah parti yang tiada kredibiliti kerana kononnya mengamalkan prinsip demokrasi namun pemimpin mereka tidak berani mengamalkan prinsip tersebut di dalam parti sendiri.

“Ini kerana seramai 753 perwakilan DAP yang berhak hadir pada pemilihan CEC tidak dimaklumkan untuk hadir dan jumlah itu bukan suatu jumlah yang kecil.” (Utusan Malaysia 16 Ogos 2013).

Beliau menganggap ini satu dakwaan yang tidak berasas sama sekali dan tidak pernah dibuktikan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana ROS tidak pernah memberi sebarang alasan dalam tindakan mereka mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC.

“Faktanya, mereka tidak dapat membuktikan bahawa 753 perwakilan yang tidak hadir di Kongres DAP pada 15 Disember 2012 tidak dimaklumkan oleh parti kerana dakwaan itu adalah satu penipuan yang direka untuk mensabitkan “kesalahan” yang tidak pernah wujud ke atas DAP.

“Kalau isu 753 perwakilan yang berhak hadir tidak dimaklumkan adalah “kesalahan” yang dilakukan DAP sehingga kami patut dihukum dengan pemilihan semula, mengapa ROS tidak dapat memberikan sebab itu dalam surat arahan mereka,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, ini membuktikan penghantaran notis melalui pos kepada semua perwakilan yang layak hadir telah diberi kepada ROS namun ia langsung tidak diendahkan ROS dalam pertimbangan mereka.-Roketkini.com

Menteri Pelancongan pilih ‘samseng’ jadi pegawai khas

(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Walaupun ramai graduan universiti masih menganggur di negara ini, namun pemimpin Umno lebih percaya kepada ‘samseng’ dilantik menjadi pegawai khas Kementerian Pelancongan & Kebudayaan.

“Pegawai khas satu jawatan yang cukup penting kerana antara tugasnya berurusan dan menyelami kehendak rakyat terutama golongan miskin, kata ahli parlimen Padang Serai, N Surendran.

“Banyak anak muda berkelulusan tinggi dan berakhlak baik, Nedim juga yang dipilih Nazri sebagai pegawai. Apa kelayakan Nedim?

“Kita persoalkan kerana Nedim sebenarnya tidak layak dan memiliki perangai buruk sebagaimana pendedahan sebelum ini,” katanya kepada Keadilandaily.

Pada 20 Mac 2012, Nedim bersama pengawal peribadinya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) membelasah seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara.

Nedim kemudiannya disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan dipenjara enam bulan jika sabit kesalahan.

Nedim yang juga dikaitkan dengan kematian pemuda bernama Darren Kang selepas berlaku pergaduhan di Restoran Uncle Don, Sri Hartamas pada 2004.

Kes itu ditutup Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussien dengan alasan ia diselesaikan ‘secara baik’ pada 18 Oktober 2012

100 hari Melepasi Cabaran Pimpinan Baru Negeri Kelantan

Dari blog peribadi wan nik

Pilihan raya umum 5 mei 2013 telah menyaksikan PAS kekal sebagai kerajaan di Kelantan. Kerjasama bersama Pakatan Rakyat telah membawa satu keyakinan semula untuk PAS membentuk Kerajaan Negeri dengan mandat dua pertiga pengundi Kelantan.

Pada 6 Mei pula, menyaksikan berlaku peralihan kuasa kepimpinan menteri besar Kelantan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengundur diri dan mandat baru dibebankan pula kepada Ustaz Dato’ Ahmad Yakob. Ia membawa kepada satu pembentukan saf kepimpinan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri baru di bawah menteri besar baru.

Meskipun menteri besar baru, natijahnya Ustaz Ahmad adalah seorang yang sudah lama, berpengalaman dan merupakan timbalan besar sebelum ini. Nilainya, ia suatu peralihan pucuk pimpinan majlis mesyuarat kerajaan negeri yang menyambung daripada saf yang dibentuk oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebelum ini. Justeru segala dasar dan amalan tadbir urus masih kekal daripada apa yang sebelum ini. Ia bermaksud Ustaz Ahmad adalah penyambung dan pewaris kepada apa yang dibawa oileh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Justeru dasar dan amalan tadbir urus adalah masih dengan visi dan misi asal yang diasaskan sejak tahun 1990 lagi. Ia masih berpaksikan kepada visi mentadbir Kelantan berasaskan sistem Islam dengan istiqamah di atas prinsip Membangun Bersama Islam. Sementara pernyataan misinya masih meletakkan matlamat untuk memaju dan membangunkan rakyat dan Negeri Kelantan menuju “Keberkatan, Kemakmuran dan Kebajikan” demi mencapai keredaan Allah.

Usaha tambahbaik

Bertolak daripada visi dan misi sedemikian, sudah tentu kepimpinan baru Kerajaan Kelantan masih mempunyai kerangka program dan projek tersendiri. Ia bermakna ada kerangka lama yang patut diteruskan dan ada pula yang patut diperbaiki. Di samping tidak dapat dinafikan ada juga yang memerlukan kerangka baru.

Sehubungan itu, beberapa projek awal atau inisiatif yang dibuat sebelum pilihan raya umum lalu, ada yang perlu ditambahbaik dari segi pendekatan bagi memastikan kejayaan. Misalnya projek lebuh raya rakyat telah menghadapi cabaran menjelang pilihan raya apabila pihak kontraktor menarik diri. Maka kontraktor baru telah diurus segera oleh kerajaan negeri. Demikian pula projek sedang berjalan seperti ladang rakyat dan Bandar Lembah Sirih, ia memerlukan penilaian prestasi bagi memastikan matlamat kejayaan memenuhi harapan rakyat.

Bayangan di atas adalah sebagai suatu terjemahan persepsi betapa serius dan tingginya komitmen kepimpinan baru Kerajaan Negeri pimpinan Ustaz Ahmad sekarang. Justeru itu, langkah pemerkasaan sudah dan sedang dilakukan melalui pembentukan saf Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (ahli exco) yang dianggap lebih mantap apabila mengukuhkan lagi gandingan kepakaran ahli agama dengan ahli iktisas. Ia suatu langkah memperkukuhkan misi Kepimpinan Ulama mengurustadbir kerajaan dan parti.

Menteri besar Ustaz Ahmad turut melakukan penyusunan semula kedudukan portfolio ahli exco dan timbalan exco dengan mengambilkira pengalaman, kepakaran dan keperluan semasa. Ia sesuai dengan matlamat menambah keyakinan rakyat dan pihak awam kepada keupayaan Kerajaan Negeri. Ia sesuai dengan itu, usaha mendekatkan Kelantan dengan kerajaan negeri-negeri lain dan warga Kelantan yang bekerja di luar juga telah dibuat. Mislanya, diwujudkan portfolio hubungan serantau bagi membolehkan penyaluran maklumat Kerajaan Negeri dipercepatkan menerusi pusat-pusat aktiviti Kelantan di luar negeri. Di samping itu, pihak menteri besar sendiri turut mengambil tanggungjawab memimpin portfolio pelaburan sebagai tarikan dan faktor pendorong menerokai pertumbuhan sektor pelaburan di Kelantan.

Melengkapi keputusan tersebut, seawal mesyuarat ahli exco pasca pembentukan kerajaan baru pihak menteri besar telah mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Ekonomi Negeri bagi mengumpul kepakaran dan idea bernas bagi membantu pembangunan ekonomi negeri mendepani cabaran. Ia satu pendekatan baru yang dikira lebih mesra dan produktif.

Seiringan dengannya, keputusan pihak kerajaan negeri adalah mempertegaskan lagi projek perumahan rakyat berkonsepkan mampu milik di setiap jajahan. Di ikuti dengan pengumuman dasar mesra keluarga kakitangan awam bagi memboleh pasangan (isteri/suami) yang bertugas berlainan jabatan dapat ditempatkan secara berdekatan.

Demikian pula, kepimpinan baru turut peka dengan peranan dan tanggungajwab syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam mengerakkan pembangunan wilayah dan tempatan. Justeru setiap ahli exco diberi peranan utama mempengerusikan GLC yang sesuai dengan portfolio yang dipegang. Diikuti dengan perlantikan beberapa individu yang berjaya sebagai lembaga pengarah. Ini selari dengan tradisi peralihan kuasa, misalnya exco pertanian dan timbalannya diberi peranan mempengurusikan GLC berkaitan pertanian. Pendekatan ini dianggap lebih mesra rakyat dan menjayakan matlamat kerajaan dalam menentukan tuju arah GLC. Ia turut membabitkan peluang untuk mana-mana GLC mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak datang melabur di Kelantan.

Aura Tok Guru

Sesuatu yang penting lagi dalam memastikan gaya kepimpinan baru Kerajaan Kelantan hari ini kekal dan segar dengan amalan Kepimpinan Ulama, pihak menteri besar Ustaz Ahmad bersetuju menubuhkan Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG). Ia suatu inisiatif ke arah menggarapkan segala isu-isu kepimpinan berintegriti yang telah diasaskan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz selama 23 tahun. Institusi ini dikira penting sebagai sumber rujukan dan panduan dalam konteks semasa mahu pun masa depan. Sebagaimana dimaksudkan oleh Ustaz Ahmad, “aura dan kepimpinan Tok Guru dipastikan sentiasa ada dalam persekitaran pusat pentadbiran Kerajaan Negeri.”

Selanjutnya komitmen dan tumpuan kerajaan negeri di bawah kepimpinan baru adalah memastikan projek yang disebut sebelum ini (seperti lebuh raya rakyat, stadium, tuntutan royalti minyak dan sebagainya) berserta dengan sembilan tawaran program Membangun Bersama Islam semasa pilihan raya umum ke-13 (antaranya perumahan, bandar baru, projek berkebajikan dan sebagainya) akan dilaksanakan dengan sedaya upaya mungkin. Ia suatu mandat rakyat yang perlu dipertegas secara berhemat.

Kebaijikan dan pelaburan

Selari dengannya, keutamaan Kerajaan Kelantan masa kini ialah mengambil langkah pemerkasaan dasar-dasar kerajaan. Ia akan dilakukan dalam beberap pendekatan bersifat dasar dan inisiatif berimbang. Bagi tujuan ini, beberapa dasar sebelum ini akan dibuat penilaian, di samping menyelaraskan dasar-dasar baru seperti dasar kebajikan dan pelaburan berasas pendekatan Islam. Ini selari dengan komitmen Kerajaan Negeri ke arah meningkat program berkebajikan dan menarik lebih ramai pelabur Islam dalam pembangunan negeri. Hal ini telah ditegas juga oleh menteri besar semasa persidangan dewan negeri yang lalu, iaitu menjadi keutamaan untuk menarik pelabur dari dunia Islam dan sebelah timur. termasuk dari negara-negara Arab, Korea dan China dapat datang ke Kelantan. Ia akan dilakukan secara kerajaan dengan kerajaan.

Demikian juga, kepimpinan Ustaz Ahmad menginsafi akan kesungguhan rakyat inginkan pelaksanaan perundangan syariah di Kelantan, termasuk hudud dapat berjalan lancar. Keinsafan ini akan dilaksanakan menerusi satu Sidang Meja Bulat dalam masa terdekat. Apa pun pihak-pihak yang berkepakaran dalam bidang perundangan Islam adalah dilalu-alukan untuk bersama-sama Kerajaan Negeri, demi memartabatkan kedudukan Islam dalam politik pentadbiran.

Selanjutnya, menjaga hak negeri dan rakyat adalah keutamaan kepimpinan baru kerajaan Kelantan. Justeru usaha meningkatkan hasil negeri akan diusahakan secara lebih cermat dan berhemat. Maka sistem tender terbuka akan dilaksanakan bagi menggantikan aktiviti eksplorasi mineral berasaskan persetujuan kerajaan-pengusaha sebelum ini. Secara prinsipnya, proses tender adalah berasaskan jumlah tan hasil mineral yang dikeluarkan. Ia dianggap adil kepada pengusaha dan sekaligus boleh menambahkan hasil Kerajaan Negeri dalam persepsi mengatasi rasuah dan kebocoran.

Isytihar harta

Dalam pada itu, Ustaz Ahmad amat prihatin dengan isu-isu integriti yang melibatkan ahli exco dan pegawai kerajaan. Sehubungan itu, pengisytiharan harta kalangan ahli exco dipersetujui sebagai melaksanakan pelan integriti pimpinan. Ia suatu langkah positif demi meningkatkan budaya pentadbiran yang menghayati dan mengamalkan prinsip ubudiyah, itqan dan masuliyah yang merupakan teras pentadbiran Membangun Bersama Islam.

Kini kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan baru telah genap 100 hari. Maka daya usaha pembinaan keyakinan dan panduan pentadbiran ke arah lebih cemerlang pasti dijadikan keutamaan. Sehubungan itu, pihak menteri besar Ustaz Ahmad bersetuju mewujudkan satu Sistem Pemantauan Pelaksanaan Projek dan Program Kerajaan Negeri bagi tempoh lima tahun. Ia adalah suatu pelan penyelarasan dan penilaian prestasi yang akan dipakai oleh semua ahli exco bagi memandu pegawai pelaksana di peringkat jabatan, GLC dan pihak yang berkaitan. Harapan di sebalik pelan ini adalah lambakan idea yang segar bagi memastikan prestasi projek dan program kerajaan negeri nanti menepati sasaran dan menenuhi petunjuk prestasi menjelang 2018.

Justeru kepimpinan baru negeri Kelantan yang diterajui oleh menteri besar Ustaz Ahmad pastinya padat dengan segala tugasan dan seharusnya dapat memikulnya dengan penuh tanggungjawab dan beramanah. Komitmen berasaskan pengalaman dan kepakaran ahli exco Kerajaan Negeri Kelantan hari ini dianggap sudah memenuhi harapan seluruh warga Kelantan. Apa yang penting, segala-galanya harus diurus secara kekeluargaan, persefahaman dan kegigihan yang bertunjangkan keikhlasan demi keredaan Allah. Semoga kepimpinan baru Negeri Kelantan sentiasa mendapat petunjuk-Ny

Reaksi Keras Terhadap Konflik Terkini Di Mesir

August 15, 2013




Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim tentera di Mesir yang bertindak kejam dan melakukan jenayah terhadap rakyatnya sendiri sehingga menyebabkan ratusan terkorban dan ribuan cedera parah.

PAS menyeru kepada komuniti antarabangsa termasuklah Kerajaan Malaysia supaya melaksanakan langkah drastik terhadap rejim tentera pimpinan Jeneral Abdul Fatah As-Sisi yang merampas kuasa dari rakyat Mesir itu. Pertama, semua pihak terutamanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), OIC, Liga Arab mestilah mengecam tindakan kekerasan rejim tentera yang tidak sah itu dan seterusnya memberikan tekanan diplomatik terhadap mereka yang melaksanakan coup d'étatterhadap kerajaan yang dipilih secara demokrasi pimpinan Presiden Muhammad Morsi. Kedua, pihak yang melakukan jenayah dan bertindak kejam terhadap penyokong Presiden Morsi mestilah disiasat oleh satu Suruhanjaya Bebas Antarabangsa supaya tindakan mengikut tatacara undang-undang dapat dilakukan. Ketiga, kuasa yang diberikan oleh rakyat kepada Presiden Morsi mestilah dikembalikan, manakala penyelesaian kepada krisis di Mesir perlu mengikut lunas demokrasi tanpa campurtangan asing dan pihak tentera.

PAS sekali lagi ingin mengingatkan komuniti antarabangsa bahawa kegagalan menyelesaikan konflik di Mesir ini akan membawa akibat yang lebih buruk terhadap keamanan rantau Asia Barat kerana ianya akan melahirkan aktiviti tindakbalas yang lebih keras, di mana iklim politik, ekonomi dan keamanan dunia juga akan turut terjejas.

Sehubungan dengan itu, PAS menyeru supaya semua penyokong dan ahli PAS, dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan ini supaya menunjukkan solidariti dengan turut sama menyertai Himpunan Munajat Perdana 100k anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat, Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, bersama dengan parti-parti politik dan NGO dalam negara kita pada hari Sabtu 17 Ogos ini. Marilah kita terus bermunajat memohon kepada Allah SWT supaya kezaliman dihancurkan dan keamanan dikembalikan dalam konflik di Mesir ini.

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Terkini! Lagi Kes Tembak Di Kuala Lumpur!

August 2, 2013

Lelaki ditembak di petak kuning persimpangan

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Seorang pekerja kedai emas cedera parah apabila ditembak oleh dua individu menaiki motosikal di Pandan Indah dekat sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8,45 pagi ketika mangsa memberhentikan kenderaan jenis Toyota Camry yang dinaikinya di dalam petak kuning di persimpangan berhampiran sebuah bank.

Kerajaan Akan Gantikan Proton Perdana Executive dan Proton Inspira Dengan Honda Accord 2.4L dan 2.0L

Satu surat pekeliling untuk mengumumkan penggantian kereta Proton Perdana Executive dan Proton Inspira kepada Honda Accord 2.4L dan 2.0L telah pun dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia. Penggantian kereta rasmi ini akan dilakukan secara berperingkat dengan keutamaan diberikan kepada pegawai yang sedang menggunakan Proton Perdana Executive.

Surat bertarikh 29 Julai ini mengesahkan bahawa Proton Perdana Executive yang digunakan oleh Anggota Pentadbiran, Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara/Dewan Rakyat, Hakim dan Pegawai Perkhidmatan Awam Gred Utama/Khas A akan ditukarkan kepada Honda Accord 2.4 liter.

Sementara itu untuk Pegawai Perkhidmatan Awam Khas/Gred B dan C yang menggunakan Proton Inspira, mereka akan dibekalkan dengan Honda Accord 2.0 liter. Surat ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

 http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/2013/08/honda2.jpg

Perbualan dengan Allahyarham Hussain Najadi pada 30 Mac

August 1, 2013


Pertukaran dan Penempatan Kakitangan : Kelantan Laksana Dasar Mesra Keluarga



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang berlangsung pada hari ini 22 Ramadhan 1434H bersamaan 31 Julai 2013M telah membuat keputusan untuk melaksanakan dasar mesra keluarga di dalam menempatkan kakitangan dan pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim.

Dasar ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada kakitangan untuk berkhidmat di lokasi yang berhampiran dengan pasangan mahupun tempat tinggal keluarga masing-masing. Ia bagi memberikan kemudahan untuk kakitangan berinteraksi dan berurusan dengan keluarga masing-masing dengan ruang yang selesa tanpa diganggu oleh hambatan tugas di lokasi yang berjauhan.

Kerajaan Kelantan sepenuhnya percaya bahawa perjalanan urusan keluarga yang seimbang dan selesa akan memberikan motivasi kepada kakitangan meningkatkan mutu perkhidmatan masing-masing.

Dalam hal ini, pelaksanaan dasar ini berkuatkuasa serta merta dan akan diuruskan dari sudut teknikal oleh pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Sekian.

YANG AMAT BERHORMAT USTAZ DATO AHMAD BIN YAKOB, Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 22 Ramadhan 1434H bersamaan 31 Julai 2013M

P.Pinang umum bonus setengah bulan gaji

SEMUA kakitangan awam Pulau Pinang akan menerima bonus setengah bulan gaji dengan jumlah minimum RM600 sempena menyambut Hari Raya Puasa.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri membelanjakan RM3,734,908.81 untuk 3,841 penjawat awam di negeri berkenaan.

"Biasanya Kerajaan Negeri akan ikut (pemberian bonus RM500 sebagaimana diumumkan) Pusat.

"Tetapi, kita (Kerajaan Negeri) mampu, maka, kita memberikan bonus yang lebih bagi menunjukkan penghargaan atas prestasi penjawat awam yang begitu baik," ujar beliau pada pagi tadi di Komtar, George Town.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus turut berucap pada Majlis Perhimpunan Anggota Penjawat Awam Negeri Pulau Pinang tersebut yang disertai lebih 2,000 hadirin.

Guan Eng turut mengumumkan pemberian bonus RM300 kepada guru Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA), manakala, RM200 guru Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Katanya, guru sekolah menengah pensendirian Cina turut diberi bonus RM200.

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.