News Update :

Polis akan panggil Ismail Sabri beri keterangan

February 2, 2015

Polis akan memanggil Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberikan kenyataan berhubung status di laman sosial Facebook miliknya yang menggesa orang Melayu memboikot perniagaan Cina.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menulis di akaun Twitter miliknya @KBAB51 petang tadi, Khalid berkata Ismail akan dipanggil bagi memastikan keharmonian kaum terpelihara.

"@PDRMsia akan panggil menteri pertanian untuk kita rakam percakapannya dalam isu ini. PDRM akan memastikan keharmoniam kaum dihormati," katanya di laman sosial tersebut.

Melalui laman Facebooknya, menteri pertanian dan industri asas tani itu semalam menggesa pengguna Melayu memboikot peniaga Cina yang masih enggan menurunkan harga barang meskipun harga bahan api mengalami penurunan.

Bekas menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) itu berkata, melalui boikot, selaku kumpulan besar mewakili pengguna, orang Melayu mempunyai kuasa mendesak peniaga Cina menurunkan harga barang.

"Maaf saya beri pandangan, selain daripada KPDNKK yang patut gunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan untuk ambil tindakan kepada peniaga yang naikkan harga barang tanpa sebab munasabah, kuasa terbesar ada pada pengguna.

"Majoriti pengguna adalah Melayu, Cina adalah minoriti, kalau Melayu boikot perniagaan mereka, tentu mereka tiada pilihan untuk turunkan harga barang," katanya. – 2 Februari, 2015.

Artikel berkaitan SEMASA

Share this Article on :

1 comments:

mat roger said...

stakat panggil... kucin pun aku boleh panggil... ini dah terang2 rasis... memang itu kerja pemimpin umgok bila dah tersepit... dah tak boleh nak berhujah mula main isu perkauman... dulu kini dan selamanya ...bonggok

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.