News Update :

RUMUSAN PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK 2016

May 8, 2016



RUMUSAN PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK 2016.

1. BN seperti dijangka menang besar dalam Pilihanraya Umum Negeri kali ini. Setakat ini, BN memenangi 72 kerusi manakala 7 dimenangi DAP dan 3 PKR.

2. Prestasi paling merosot sekali ialah DAP yang hanya mampu menang 7 daripada daripada 12 yang dimenangi pada Pilihanraya Negeri 2011. BN berjaya merampas semula 5 kerusi tersebut dengan majoriti lebih 1000++ seperti di Piasau, Dudong, Meradong dan Batu Kawah.

3. PKR merupakan parti yang konsisten dalam PRN kali ini. PRN 2011 mereka menang 3 dan kali ini juga mereka menang 3 di kerusi yang sama.

3. Pertembungan PKR dan DAP di beberapa kawasan juga menyaksikan kedua-dua parti tersebut 'tekorban'. Jumlah undi PKR dan DAP juga masih belum mampu menandingi jumlah undi BN di sesetengah kawasan seperti di Batu Kitang, Simanggang, Murum, Ngemah dan Mambong. Tidak dinafikan protes pengundi mendorong keputusan tersebut berlaku.

4. PAS dan AMANAH seperti dijangka gagal memenangi sebarang kerusi pada PRN kali ini. Tambah perit, PAS hilang deposit di 7 daripada 11 DUN manakala AMANAH hilang deposit di 9 daripada 13 DUN.

5. Jika dibanding antara prestasi kedua-dua parti tersebut, nyata prestasi AMANAH jauh lebih buruk berbanding PAS. Sebagai parti yang baru dan tidak sampai 1 tahun penubuhan, bertanding di Sarawak merupakan perjudian yang paling besar dan berisiko.

6. Secara umumnya, imej Adnan Satem berjaya melemahkan pengaruh pembangkang khususnya di kawasan-kawasan majoriti Cina. DAP merupakan parti yang paling terkesan dengan situasi tersebut terutamanya kehilangan 5 kerusi.

7. Adakah masyarakat Cina sudah kembali kepada BN dan bakal menyumbang kepada BN dalam PRU ke-14? Bagi saya masih terlalu awal untuk membuat andaian sebegitu. Penerimaan masyarakat Cina di Sarawak adalah kepada Adnan Satem namun di semenanjung masyarakat Cina masih lagi berpihak kepada parti oposisi.

8. Adakah PRN ini menunjukkan imej BN dan Najib masih kukuh? Saya fikir tidak. Isu dan suasana di Sarawak amat berlainan dengan negeri-negeri lain. BN dan Najib masih menghadapi krisis persepsi dalam kalangan masyarakat di Semenanjung. Isu-isu nasional amat memberi kesan kepada BN di Semenanjung tetapi isu nasional tidak begitu signifikan di Sarawak.

Artikel berkaitan POLITIK

Share this Article on :

0 comments:

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.