ARIFBILLAH TUAN GURU SYEIKH TOYYIB AL-MAKKI RAHIMAHULLAH



ARIFBILLAH TUAN GURU SYEIKH TOYYIB AL-MAKKI RAHIMAHULLAH

Kenali Ulama Rabbani :

Tuan Guru Sheikh Toyyib al-Makki merupakan salah seorang daripada ulama' yang sempat bertalaqi dengan al-alamah Sheikh Wan Ismail bin Wan Abdul Qadir al-Fathoni ( Pak Da'eil ) yang merupakan seorang ulama' Makkah yang alim dan faqih tauhid yang mana mempunyai ribuan anak murid di seluruh dunia.

Tuan Guru juga sempat bertalaqi dengan beberapa ulama' muktabar Makkah pada ketika itu seperti al-Musnid Dunya Sheikh Yassin Isa al-Fadani, al-alamah Sheikh Abdul Qadir al-Mandiling, al-alamah Sheikh Hassan Masyath dan banyak lagi.

Tuan Guru lahir pada tahun 1912M dan mula menuntut ilmu di pondok di sekitar Kedah dan Fathoni sebelum berangkat ke Makkah. Beliau menetap disana menuntut ilmu dari Masyaikh di sana sehingga kesemua 10 orang gurunya kembali kerahmatullah barulah beliau pulang ke tanah air tetapi kembali ke sana setiap 6 bulan sekali setiap tahun hinggalah kini.

Beliau hanya makan roti dan bihun dan digelar Haji Tayyib Roti di Makkah. Beliau merupakan seorang yang lantang menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran sehinggalah tidak disukai masyarakat setempat namun beliau tetapkan tegakkan kebenaran.

Beliau sangat mudah didekati oleh segenap lapisan masyarakat kerana akhlaknya sangat indah. Nasihat dan ilmu yang disampaikan pasti bersesuaian dengan diri orang yang dinasihatinya itu.

Diantara Ulama Hebat yang pernah ditemu dan ketemu dengan beliau ialah Habib Umar Bin Hafiz dan Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki.

Bahasa-bahasa yang beliau gunakan adakala terlampau sukar difahami disebabkan kiasannya yang tak dapat difahami oleh orang jahil seperti aku. Doa-doanya mustajab dan beliau seringkali menekankan supaya sentiasalah BERSEDEKAH dan BERSELAWAT kepada junjungan besar nabi S.A.W.

Syeikh Meninggal dunia kira kira jam 10.15 malam waktu Malaysia. 28.12.16. di rumahnya di bukit Azyad Makkah.

Sama sama kita sedekah Al Fatihah buat roh Syeikh Toyib. Moga ALLAH ampunkan dosa beliau dan tempatkan roh beliau bersama orang beriman.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ،

No comments

Powered by Blogger.