DAP & PKR LUPA PERISTIWA HITAM 2009



Keangkuhan DAP sering dipadamkan dari ingatan mereka. Mereka menyerang bekas rakan mereka seperti PAS ini musuh utama mereka. DAP memerangi PAS sehingga mengalahkan mereka menyerang Barisan Nasional.

Lantas daripada itu, perlu kita peringatkan kepada mereka. Keangkuhan mereka membinasakan mereka sendiri. Saya pernah menulis peringatakan kepada mereka sebelum ini mengenai PRK Teluk Intan. Peristiwa ini memang merobekan kesombongan mereka sendiri apabila mereka hilang kerusi yang telah menangi.

Dap marah cerita ini diulang siar, tapi saya suka cerita dan kisah benar ini. Dap pernah hilang 7480 undi kerana hina Ulama dan hudud.

Dap memulakan tirai tahun 2014 dengan kesombongan dan merasakan mereka hebat mendapat sokongan dari orang Cina dan Melayu semasa PRU13

Mereka mula melancarkan gerakan menghina PAS kerana tidak mengugurkan cita-cita membawa hudud sebagai agenda PAS. Mereka hina Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Mereka ugut pengundi melayu, mereka perkecil sokongan pengundi PAS semasa PRU13.

Selama hampir 4 bulan mereka membuat gerakan ini, tiba-tiba Ahli Parlimen DAP Teluk Intan mati mengejut pada 1 Mei 2014. Terduduk mereka resah dan bimbang ketika mereka hina orang melayu dan Islam, mereka perlu hadapi PRK ini di kawasan 37% pengundi melayu Islam.

Sebelum ini mereka berbangga dengan undi yang mereka perolehi semasa PRU13. Majoriti 7,313 adalah sangat besar. Sepatutnya mereka tidak bimbang untuk hadapi PRK Teluk Intan kerana majoriti besar dan undi yang mereka perolehi oleh mediang Seah Leong Peng sebanyak 27,399 undi.

Dap dalam keadaan kelam kabut membuat satu strategi politik yang mengejutkan untuk hadapi PRK Teluk Intan yang berlangsung pada 31 Mei 2014.

Dap terpaksa mengambil hati 37 peratus pengundi melayu dengan dan terpaksa meletakan seorang calun anak muda wanita melayu sebagai jalan mengambil hati.

Maka, Dyana Sofya Mohd Daud diperkenalkan dan diumum sebagai calon Melayu PRK Teluk Intan di kawasan 53 peratus pengundi cina.

Perbagai cara mereka berlakon untuk menambat semula hati pengundi khasnya melayu, cara berpakaian , cara kempen, cara makan, cara bercakap, pendek kata semuanya mempunyai ciri melayu.

Ketakutan mereka mejadi nyata. Keputusan PRK Teluk Intan yang dimumkan pada malam 31 Mei 2014, merentap luluh kesombongan mereka selama ini.

Calon DAP kalah ditangan calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 238 undi.
Dap hilang kerusi Teluk Intan, Dap hilang undi Melayu Islam.

Apabila Dap hilang 5 kerusi semasa PRN Sarawak baru-baru ini, mereka mula buat pusingan 360 darjah, dengan merayu agar Pas kembali duduk bersama berbincang.

Saya harap pembaca tidak kongsi penulisan ini kepada pimpinan Dap, bimbang mereka tidak keruan, mandi tidak basah, makan tidak kenyang, tidur tidak lena, pejam mata nampak cerah, buka mata nampak gelap.

Itu kisah yang saya coretkan beberapa tahun lalu sebagai peringatan kepada mereka agar tidak angkuh dan sombong dalam berpolitik di Malaysia.

Kini mereka berubah 360 darjah. Musuh berpuluh tahun mereka, Mahathir kini menjadi dewa mereka. Segala kejahatan dan kezaliman Mahathir menjadi ketua kerajaan Barisan Nasional 22 tahun mereka sudah maafkan.

Pergorbanan Anwar sebagai pejuang reformasi rakyat sejak 1998 ditempelkan menjadi hiasan dinding untuk tontonan generasi akan datang. PKR sendiri sudah hilang arah perjuangan mereka. Penubuhan Parti Keadilan kerana kezaliman Mahathir terhadap Anwar Ibrahim, kini PKR menjadi SEKUTU Mahathir.

Inilah diantara perkara diluar jangkaan berlaku sebelum PRU 14. Mungkin banyak lagi kejadian pelik akan berlaku. Cuma saya ingin membawa pembaca menoleh sedikit kebelakang. Peristiwa kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada 2009 angkara percaturan DAP dan PKR.

Mungkin orang sudah melupakanya kerana terlalu ghairah dengan dewa Mahathir. Krisis bermula apabila ahli Dewan Undangan Negeri dari Barisan Nasional, Datuk Nasarudin Hashim ADUN Bota mengumumkan keputusan keluar dari UMNO pada 25 Januari untuk menyertai PKR.

Kemudian, pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menambah asam garam penyedap keriuhan politik dengan mendakwa kemungkinan lebih ramai wakil rakyat dari Barisan Nasional akan menyertai Pakatan Rakyat.

Penyokong Pakatan Rakyat waktu sangat teruja dengan perkembangan politik semasa. Penyokong Pakatan Rakyat sudah lupa mereka dikencing Anwar dengan projek 16 September 2008. Momokan dicipta setiap hari dengan rakyat terpaksa mengira detik ini beberapa bulan sebelum 16 September tiba.

30 Ahli Parlimen Barisan Nasional terutama dari Sabah dan Sarawak akan keluar parti dan menyertai Pakatan Rakyat sekali gus menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional. Tidak perlu piliharaya hanya lompat parti sahaja. Sangat mudah digambarkan kepada penyokong pembangkang.

Projek lompat parti yang dicipta Anwar dan DAP ini akhirnya memakan diri mereka sendiri. Kerajaan Barisan Nasional tidak jatuh. Tidak ada pula Ahli Parlimen BN keluar Parti. Akhirnya sebaliknya berlaku. Anwar berjaya meyankinkan penyokong pembangkang dengan ADUN Bota menyertai PKR.

Dalam keghairahan meraikan kejayaan menarik Datuk Nasarudin Hashim menyertai Pakatan Rakyat tiba-tiba satu kejutan besar berlaku. Dua wakil rakyat PKR, Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu, yang sedang didakwa di mahkamah atas kesalahan rasuah tiba-tiba hilang dan gagal dihubungi.

Empat hari kemudiannya, kedua-duanya mengisytiharkan keluar parti dan menjadi ahli bebas, serta menjanjikan kesetiaan kepada Barisan Nasional dan taat setia kepada Perdana Menteri. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia mengatakan tiada pilihan raya kecil akan diadakan bagi kedua-dua kerusi yang dipegang mereka walaupun telah menerima tekanan daripada pelbagai pihak.

Naib speaker dari DAP, Hee Yit Foong keluar parti dan menjadi wakil bebas pada hari berikutnya. Pada 4 Februari 2009, ini menambahkan lagi krisis politik semasa di Perak. Sultan Perak bertemu dengan Nizar pada sebelah paginya mengenai permohonan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri serta mengadakan pilihan raya semula di negeri Perak.

Sultan Perak bertemu Najib pada petang berikutnya, bersama-sama wakil rakyat bebas yang keluar dari Pakatan Rakyat dan secara tiba-tiba Datuk Nasarudin Hashim kembali semula ke Barisan Nasional atas alasan untuk mengembalikan kestabilan politik di Perak. Najib pula mengambil kesempatan ini untuk memohon perkenan diraja bagi membentuk sebuah kerajaan negeri yang baru.

Jatuhlah secara rasmi kerajaan Pakatan Rakyat di Perak angkara Adun PKR dan Dap lompat parti. Marah mereka kepada ketiga Adun tersebut bukan kepalang. Tapi mereka lupa Anwar dan Dap sebelum ini juga menghalalkan cara ini untuk projek 16 September.

Dap bertekad untuk merampas kembali kerajaan Perak melalui PRU 13, kerana usaha mereka gagal termasuk menubuhkan kerajaan bawah pokok. Selepas itu berlaku pula PRK Bukit Gantang dan menyaksikan PAS mampu mengekalkan kerusi ini.

DAP sekali lagi terduduk apabila usaha mereka merampas Perak gagal pada Piliharaya umum ke 13. Banyak kerusi Pakatan Rakyat hilang. Ini kerana orang melayu dan sebahagian cina mualai tidak memihak kepada Pakatan Rakyat terutama DAP.

Dap tidak serik dan belajar dari sejarah ini. Sejarah peristiwa kejatuhan kerajaan Perak, sejarah peristiwa PRK Teluk Intan dan kehilangan 5 kerusi Dewan Undangan Negeri Serawak yang mereka sudah menang sebelum ini dalam PRN Sarawak. Orang melayu.... undi melayu.. Raja Melayu dan Islam jangan dipermainakan.

Bila mereka terpaksa mengakui secara diam hal ini, mereka mencipta projek Dewa Mahathir sekarang ini setelah agenda menguasai PAS gagal dengan Pasma dan Pan tidak mendatangkan hasil kepada mereka. Walaupun mereka berjaya memecahkan PAS, tetapi mereka gagal memiliki undi Melayu Islam.

Mahathir lah jalan penyelesaian untuk menebus segala kegagalan akibat keangkuhan mereka selama ini terhadap Raja Melayu dan Islam am nya. Apakah dengan mendewakan Mahathir DAP akan berjaya mencipta kembali zaman kegemilangannya dua penggal piliharaya bersama PAS sehingga memiliki negeri Pulau Pinang?

Sama-sama kita saksikan....

Naraza Muda
#Catatanoja
09 Ogos 2017
Dungun Terengganu.

No comments

Powered by Blogger.