GRADUAN HAFIZ AUTISME PERTAMA DILAHIRKAN DARUL QURAN JAKIM - SYABAS!



Teruja saya tatkala merasmikan Konvokenyen kali ke-26 Darul Quran Jakim pagi ini kerana buat pertama kalinya dalam sejarah Darul Quran dan mungkin negara, berjaya melahirkan hafiz yang merupakan remaja autistik iaitu Adik Ahmad Zahiruddin Zailani yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dan menghafaz 30 Juzuk Al-Quran.

Adik Zahiruddin menjadi simbol dan contoh terbaik bahawa pelajar yang mengalami autisme juga boleh berjaya menghafaz Al-Quran.

Berikut adalah tips² menghafaz Al- Quran yang dikongsikan beliau. Waktu yang terbaik baginya menghafaz dan mengulang al-Quran *sebelum Subuh dan antara Maghrib & Isya'*.

*Semasa Menghafaz*
~~ Awal fasa ayat2 lebih mudah maka dihafaz SATU mukasurat, SATU muka surat
~~ Di bahagian tengah lebih sukar - Hafaz 5 ayat, 5 ayat
~~ Di bahagian hujung al-Quran, kembali mudah. Hafaz seperti awal- SATU mukasurat
--> Juz Paling Susah - juz 24 / 25.

Tidak dinafikan bukan mudah untuk menghafaz al quran namun kesukaran menghafaz tak menghalang remaja autistik ini untuk rasa kecewa dan berhenti di pertengahan jalan. Namun diteruskan walau sedikit demi sedikit.

Rakan² dan guru sudah kenal benar dengan sikapnya yang *gemar mengulang-ulang hafazannya dengan kuat* semasa dalam perjalanan dari asrama ke bilik kuliah.

Moga boleh jadi inspirasi buat semua ibubapa termasuk yang mempunyai anak-anak istimewa autistik bahawa kecacatan tidak sesekali menghalang untuk mereka berjaya apatah lagi menghafaz ayat-ayat suci Allah.

Tahniah Adik Zahir, Ayahanda beliau En. Zailani, Bondanya Pn Anis, ahli keluarga, seluruh warga tenaga pengajar Darul Quran JAKIM.

No comments

Powered by Blogger.