Ahli Dewan Undangan Negeri Perak Keluar Parti DAP

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari DAP hari ini telah bertindak meninggalkan parti berkenaan kerana hanya seorang sahaja kaum India yang dilantik sebagai Exco di negeri tersebut, demikian malaysiakini melaporkan.

Di dalam sepucuk surat kepada Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng, Sivasubramaniam mendakwa bahawa Pengerusi DAP Perak Ngeh Khoo Ham telah gagal mengkotakan janjinya unt melantik dua orang kaum India sebaga ahli exco.

"Ini merupakan satu tamparan hebat dan satu penipuan kepada komuniti India di Perak," bentak pemimpin DAP tersebut di dalam suratnya.

10 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pakatan itu di Perak selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada Sabtu lepas di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah itu hadir selepas tiga minggu kemenangan luar dugaan pakatan BA pada pilihan raya umum lepas dengan pelbagai spekulasi desas desus ditimbulkan oleh pihak media.

Kerajaan campuran yang diterajui tiga parti itu dibentuk selepas memenangi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada pilihan raya umum 8 Mac lepas manakala BN hanya menang 28 kerusi.

Anggota Exco yang mengangkat sumpah terdiri enam dari DAP, tiga dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang dari PAS.

Mereka ialah Ngeh Koo Ham (Sitiawan), Nga Kor Ming (Pantai Remis), Su Keong Siong (Pasir Pinji), Chen Fook Chye (Keranji), Seah Leong Peng (Pasir Bedamar), A Sivanesan (Sungkai), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Tai Sing Ng (Kuala Sepetang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Mohd Zainudin Mohd Yusof (Lubuk Merbau).

Dari barisan exco itu, jelas DAP hanya menghantar satu nama pemimpi nIndia iaitu A.Sivanesan kepada Menteri Besar untuk diterima sebagai ahli Exco dan ini menimbulkan rasa tidak puashati kepada masyaraka India di negeri Perak terhadap keputusan DAP yang menamakan 8 orang kaum Cina sebaai exco di negei berkenaan.

No comments

Powered by Blogger.