Mengapa perlu "tiada pertandingan


Mengapa perlu "tiada pertandingan"


Saya amat mual dengan kenyataan Tan Sri Muhammad Muhd Taib dalam Utusan Malaysia hari ini mengenai keadaan UMNO sudah cukup mantap dan kesanggupan Ku Li untuk merawat UMNO seolah-olah ditafsir sebagai berpotensi untuk melawan Perdana Menteri.


Ingin saya tanya pada Senator tak tahu malu ini, kenapa tidak boleh kita melawan Perdana Menteri? Apakah dia Tuhan? Apakah di Nabi? Kalau setakat Imam Hadhari yang tidak mampu untuk mewajibkan isterinya sendiri menutup aurat, makanya dia boleh dilawan, dicabar, ditentang dan malah diturunkan dari tampuk pemerintahan.


Yang tidak mahu atau tidak sanggup melawan beliau hanyalah pengampu (atau lebih dikenali dengan nama pencacai atau balaci) dalam UMNO seperti Muhammad Muhd Taib sendiri. Rakyat sebenarnya mahu melihat UMNO berubah. Jikalau perubahan ke arah kebaikan ini bermakna ada keperluan bertukar presiden dan ahli majlis tertinggi, maka itulah yang perlu UMNO lakukan. Rakyat khususnya orang Melayu mahu UMNO diselamatkan, bukan dijadikan bahan bacaan dalam buku sejarah di masa akan datang.


Kehadiran Muhammad Muhd Taib sendiri sebenarnya tidak direstui sebilangan ahli-ahli akar umbi UMNO. Rata-rata berpendapat beliau harus berfikir tentang 'early retirement' atau menghantar 'resume' untuk bertugas sebagai jaga muzium.


Alasan beliau dengan mengatakan bahawa UMNO tidak minat dengan pertandingan dalam perebutan jawatan presiden kerana ia akan memecah-belahkan parti adalah alasan yang amat tidak munasabah kerana tanpa pertandingan pun hari ini, UMNO sudah nyata berpecah antara mereka yang sayangkan UMNO dan mereka yang mengampu ahli majlis tertinggi untuk kepentingan peribadi. Contoh termudah ialah Dato' Mukhriz yang menulis surat secara terus ke Pak Lah, dan terbitnya laman web yang menentang kepimpinan UMNO yang dibangunkan oleh ahli UMNO sendiri.Tindakan UMNO untuk merawat Kelantan berakhir dengan kekalahan teruk, sudahpasti yang perlu dirawat ialah UMNO sendiri.


Pada ketika ini kesanggupan KuLi untuk merawat UMNO harus diterima dengan terbuka kerana sebagai veteran UMNO, beliau sudah pasti lebih tahu tentang kepincangan dalam parti. Malah kalau ahli majlis tertinggi termasuk presiden sendiri ingin membuktikan kejantanan sebagai anak Melayu jati, bukalah pertandingan merebut kerusi presiden dalam pemilihan pucuk pimpinan ketika perhimpunan agung nanti. If you are really fit to sit in your chair, you should not worry to contest or be contested.


Jikalau masih tiada pertandingan untuk jawatan presiden dalam pilihanraya dalam parti nanti, saya rasa UMNO masih belum membuat sebarang perubahan. Secara tidak langsung, UMNO masih di takuk lama, dengan pemimpin-pemimpin yang gilakan kuasa dan tamak. Dengan demikian jelaskan UMNO akan terus pupus dalam pilihanraya umum yang akan datang.Ahmad I. M. Yahya

No comments

Powered by Blogger.