Sipa pecah belah kini???


Oleh anaksengat

"Pas parti pecah belah! PAS suka pulau orang! orang PAS tak mau salam dengan orang UMNO,,.... dan macam macam lagi.... orang PAS ganas suka buat demonstrasi... Betulke???

Kini zaman telah berubah..roda pusingan Bee End kini berada di bawah.... Laporan seluruh negeri Barisan Rakyat yang baru menyatakan ramai ketua kampung Umno yang tak mau beri kerjasama kepada kerajaan baru...malah mereka menghasut orang kampung dengan habuan harta dewan orang ramai yang difaraidhkan secara haram macam rompakan Kasim Baba. di gua penyamun.. (dewan tu tempat gerak kerja pilihanraya Bee End dulu). Kini bukan sahaja UMNO memulaukan orang kampung malah majlis Sultan pun dipulau..lagi hebat. Demonstrasi kini satu trend baru UMNO walupun itu BUKAN BUDAYA KITA...


Cerita terbaru berlaku Jumaat lepas ketika MB Perak singgah solat jumaat di sebuah Masjid di dalam jajahan KInta. Seusai solat MB bangun mengucapkan terima kasih kepada semua warga Perak di samping mengharapkan kerjasama semua.

JK masjid yang terkenal dengan keUMNOan (yang pernah menghalau seorang Calon PAS yang ingin memperkenalkan diri selepas solat maghrib) telah keluar tanpa bersalam dengan MB. Inikah akhlak jawatankuasa Masjid. Namun sememangnya masjid tersebut dikenali sebagai masjid yang paling kuat tidur kerana hanya ada satu pengajian sahaja sebulan...

Tak taulah ke mana dibelanjakan duit sumbangan jumaat? Kini UMNO sedang menelan segala fitnahnya selama ini... Walaupun semua itu tidak berlaku sebelum ini...kini mereka yang lakukan kerana inilah sebenar diri mereka yang mereka khayalkan terhadap orang lain...

No comments

Powered by Blogger.