Umno hina istana, Pemuda PAS Terengganu buat laporan polis


Oleh az78nfs

"Kuala Terengganu, 26 Mac - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu membuat laporan polis semalam berhubung dengan tindakan Umno yang menghina istana. Ketuanya, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani (foto) membuat laporan itu di Ibu pejabat Kontinjen Polis di sini, kira-kira jam 3.30 petang semalam. Hadir sama ialah timbalannya, Ustaz Ariffin Deraman dan setiausaha, Ustaz Wan Sukairi Abdullah.

Beliau membuat laporan itu mengenai tindakan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Terengganu yang telah mengeluarkan kenyataan di dalam Berita Minggu bertarikh 23 Mac lalu yang telah diketuai oleh Mohd Sabri Alwi yang menuduh pihak Istana Terengganu campur tangan dalam urusan pemilihan menteri sesar.


"Saya sesungguhnya percaya bahawa sidang akbar itu bertujuan untuk menghina Sultan Terengganu dan mencabar kewibawaan baginda dalam menggunakan budi bicara baginda untuk melantik Menteri Besar Terengganu.

"Saya juga percaya tindakan itu juga bertujuan untuk menghina Sultan Terengganu dan menghasut rakyat supaya menderhaka kepada baginda Sultan Terengganu yang juga merupakan Yang Di-Pertuan Agong," ujarnya dalam laporan itu.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Pusat juga memohon pihak polis membuat siasatan di atas satu kain rentang (banner) yang dipercayai bertujuan menghina pihak istana yang berbunyi, 'Kami Nak Idris, Natang'.

Sehubungan itu, beliau memohon pihak polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan (mencetuskan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agong) ataupun mana-mana kesalahan di bawah mana-mana undang lain yang terpakai.

"Saya membuat laporan pihak polis dapat mengambil tindakan terhadap tindakan pemimpin Umno Terengganu yang terus menerus menghina Sultan Terengganu dan berusaha untuk menghasut rakyat menentang Sultan Terengganu," ujarnya

Berikut adalah laporan yang dibuat :




LAPORAN POLIS



Pembuat Report : AZMAN SHAPAWI BIN ABDUL RANI



No . K/P : 710824-11-5131

Alamat : KAMPUNG PADANG PULUT, 23000 DUNGUN, TERENGGANU

No. Tel : : 0139366136

Laporan


Bahawa saya ingin membuat laporan tentang tindakan Pergerakan Pemuda UMNO, Wanita UMNO dan Puteri UMNO Terengganu yang telah mengeluarkan kenyataan di dalam Berita Minggu bertarikh 23 March 2008 yang telah diketuai oleh Mohd Sabri Alwi yang menuduh pihak istana Terengganu campurtangan dalam urusan pemilihan Menteri Besar. Saya sesungguhnya percaya bahawa sidang akbar ini bertujuan untuk menghina DYMM Sultan Terengganu dan mencabar kewibawaan baginda dalam menggunakan budi bicara baginda untuk melantik Menteri Besar Terengganu. Saya juga percaya tindakan ini juga bertujuan untuk menghina DYMM Sultan Terengganu dan menghasut rakyat supaya menderhaka kepada baginda DYMM Sultan Terengganu yang juga merupakan Yang Di-Pertuan Agong.


Saya juga memohon pihak polis membuat siasatan di atas satu banner yang dipercayai bertujuan menghina pihak Istana yang berbunyi ( Kami Ndak Idris, Natang ) sebagaimana yang dilampirkan ini dan saya memohon pihak polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan (mencetuskan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agong) ataupun mana-mana kesalahan di bawah mana-mana undang lain yang terpakai.


Saya membuat laporan pihak polis dapat mengambil tindakan terhadap tindakan pemimpin UMNO Terengganu yang terus menerus menghina DYMM Sultan Terengganu dan berusaha untuk menghasut rakyat menentang DYMM Sultan Terengganu.

"

No comments

Powered by Blogger.