Anwar mahu bukti alibi, mahu tinjau semula kondo

KUALA LUMPUR, 31 Mei — Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung semula pagi ini dengan beliau mahu mahkamah melawat semula kompleks kondominium, lokasi di mana bekas pembantu peribadinya mendakwa dia diliwat oleh beliau.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu mengemukakan permohonan untuk membuktikan wujudkan unsur alibi dalam perbicaraan liwat yang beliau hadapi sekarang.

Mahkamah pernah melawat Desa Damansara Condominium sebelum ini.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh berkata pasukan pembela menunggu lampu hijau daripada polis bagi mereka mengunjungi premis tersebut.

“Kami mahu melihat semula tempat itu. Kami boleh melihat semula dan ia boleh dilakukan sebelum perbicaraan disambung semula pada pukul 2.15 petang ini,” kata Karpal kepada The Malaysian Insider.

Menurut peguam veteran itu, unsur alibi terhadap tuduhan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan ialah ketika kejadian yang didakwa oleh bekas pembantu khas itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat berada di unit lain Desa Damansara Condominium bersama lima orang.

Ketika ditanya sama ada individu-individu ini akan dipanggil untuk memberi keterangan, Karpal dengan tegas berkata:

“Ya, jika pembela meminta (berbuat demikian), maka kami akan memanggil mereka untuk memberi keterangan.”

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1 Kondominimum Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat. -MALAYSIANINSIDER



Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.