Mugilan Akan Kejutkan Samy Esok!

Mugilan: ‘Tunggu kejutan besar pasal Samy esok’


Oleh Syed Mu’az Syed Putra

May 27, 2010PETALING JAYA, 27 Mei — Bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan, yang dipecat Datuk Seri S. Samy Vellu minggu lalu, hari ini berkata beliau akan mengumumkan “satu lagi kejutan” mengenai presiden MIC itu esok.

Namun beliau enggan membayangkan kejutan tersebut tetapi setakat berkata, “kejutan besar.”

“Esok akan berlaku satu kejutan besar, jadi tunggu berita baik daripada saya esok.

“Saya pasti ia pasti akan memeranjatkan semua pihak terutama Samy Vellu,” kata beliau pada sidang media harian pagi ini menjelang pelancaran kempen Gerakan Anti Samy Vellu, Ahad ini.

Mugilan (gambar) berkata, kempen itu akan disertai kira-kira 10,000 orang.

Mugilan telah dipecat oleh Samy Vellu serta merta menggunakan kuasa presiden minggu lalu kerana mempertikaikan pelaksanaan pelan peralihan kuasa pada suku ketiga tahun depan.

Beliau mahu pemimpin veteran itu melepaskan jawatan yang disandang sejak 1979 sekarang.




Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.