Kenyataan YB Iskandar A. Samad :
Ketua Polis Daerah Ampang mesti bertindak adil

Sekiranya Ketua Polis Daerah Ampang benar-benar adil, Majlis Makan Malam 1 Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Kg. Pandan pada 29 Mac ini mesti diarah untuk dibatalkan.

Polis Daerah Ampang pada 25 Mac lepas telah menganggu ceramah di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gombak sehingga berlaku kejadian yang tidak diingini.

Kedua-dua majlis di Kg. Pandan dan di pusat khidmat Ahli Parlimen Ampang itu adalah satu perhimpunan maka tindakan ke atas kedua-dua majlis ini mestilah serupa.

Kalau satu majlis telah dihalang maka majlis yang satu lagi juga patut dihalang.

Rakyat sedang menjadi hakim. Sekiranya pihak Polis sendiri mengamalkan sikap 'double-standard' maka agak susah bagi rakyat untuk menghormati mereka. Akhirnya akan timbul huru-hara di dalam masyarakat kerana mereka yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang gagal mendapat keyakinan rakyat.

Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor / ADUN Chempaka
28 Mac 2011

No comments

Powered by Blogger.