AJK Surau dipecat serta-merta kerana benar Calon P-125 Putrajaya berta'ruf.
AJK Surau dipecat serta-merta kerana benar Calon P-125 Putrajaya berta'ruf.
Pada 20hb. April, 2013 saya ( Husam Musa ) telah menunaikan solat Isyak' di Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11. Selepas selesai tunai solat, saya telah mengambil sedikit masa berta'ruf dengan hadirin didalam surau tersebut.
Hari ini saya diberitahu bahawa Pengerusi & Bendahari Surau tersebut telah dipanggil mengadap Ketua Pengarah JAWI di Pejabatnya pagi tadi & seterusnya saya diberitahu bahawa SEMUA AJK Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11 telah DIBERHENTIKAN SERTA-MERTA kerana membiarkan saya berta'ruf dengan makmum Surau tersebut.
Saya mohon pada semua Sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, Penduduk2 Putrajaya & Seluruh Rakyat Negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya Politik Sempit begini ditamatkan pada 5hb. Mei, 2013.
Kredit : P-125 Putrajaya
1 comment
Punya takut BN Putrajaya hingga memecat AJK surau padahal AJK surau tak dibayar gaji apa apa dan Kalau dah kena pecat sapa yang menjalankan aktiviti ibadah disurau itu. Memecat mereka seumpama memisahkan agama.
TAKBIR
Post a Comment