Senarai Calon Dari BN UPKO
PRU-13: UPKO pertaruh empat muka baharu
PENAMPANG 16 April - Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) mempertaruhkan empat muka baharu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.
Mereka ialah Madius Tangau bagi Parlimen Tuaran, Philip Benedict Lasimbang bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog, Limus Jury bagi DUN Kuala Penyu dan Kennedy Jie John @ Kenn bagi DUN Bingkor.
Penyandang Parlimen Ranau, Siringan Gubat pula bertukar kerusi dengan penyandang DUN Paginatan, Ewon Ebin.
Senarai calon itu diumumkan oleh Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok yang kekal mempertahankan Parlimen Penampang, dalam sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

No comments
Post a Comment