Dewan Rakyat kecoh Speaker dikekalkan


KUALA LUMPUR, 24 JUN: Dewan Rakyat hari ini memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Datuk Paduka Pandika Amin kekal sebagai speaker untuk sidang Dewan Rakyat ke 13.

Beliau mendapat undi sebanyak 133 berbanding lawannya Datuk Adbul Kadir Sulaiman, mantan Hakim Mahkamah Tinggi yang mendapat sokongan padu kesemua 89 undi dari Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Nama Pandikar Amin telah dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan sokongan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin manakala Tan Sri Kadir dicadangkan oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan disokong oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.

Berlaku sedikit kekecohan bilamana ahli-ahli Parlimen PR tidak bersetuju kerana pemilihan itu tidak mengikut prosedur.

Sebelum itu awal pagi tadi, jalan masuk ke parlimen sudah dipenuhi dengan sekitar lebih 100 orang demonstran yang mendesak pegawai-pegawai tinggi Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR) meletak jawatan.

Kumpulan NGO dan anak muda yang melakukan protes pagi ini rentetan perhimpunan Blackout505 yang berlangsung di Padang Merbok 22 Jun kelmarin.-Roketkini.com

No comments

Powered by Blogger.