Laluan sekitar menara Umno ditutup sementara
MOHD ISKANDAR OTHMAN
GEORGETOWN - Beberapa laluan di sekitar Menara Umno di Jalan Macalister ditutup sementara sehingga kerja pembersihan sisa runtuhan rod penebat kilat dialihkan dan disahkan selamat.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pulau Pinang, Superintenden Wan Aziz Wan Hussein berkata, sehingga jam 5 petang tadi laluan berhampiran lokasi kejadian masih belum lagi dibuka untuk orang ramai dan beberapa lencongan dibuat bagi melancarkan aliran trafik.
Menurutnya, antara laluan yang dilencongkan ialah dari Jalan Macalister ke Datuk Keramat, Jalan Macalister ke Jalan Anson dan Jalan Macalister ke Jalan Burma.
"Kita turut menempatkan beberapa anggota trafik untuk mengawal aliran kenderaan dan berharap semua pengguna jalan raya bertenang jika terperangkap dalam kesesakan.
"Laluan berkenaan hanya akan dibuka selepas kerja pembersihan selesai dan disahkan selamat oleh pihak berkuasa," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian dilokasi kejadian mendapati kerja pengalihan sisa runtuhan masih giat dilakukan dan keadaan trafik bergerak lancar.
No comments
Post a Comment