Kisah Malang UIA Apabila Tali Barut Umno Ganggu

RENTETAN PERISTIWA

SIKAP TIDAK PROFESSIONAL SECURITY UNIT UIA

Malam tadi diadakan Talk berkenaan GST yg dijadualkan berlangsung di Main Audi UIA bermula 8malam..

Program yg telah mendapat kelulusan pihak atasan uia bagaimanapun dibatalkan apabila sampai ke peringkat rektor uia atas sebab yg tidak diketahui (namun sudah jelas mengapa).

Talk ini dijadualkan disampaikan oleh Saudara Rafizi Ramlidari PKR dan Saudara Lokman mewakili Kastam Malaysia..

Pihak rektor uia sndiri telah memberi keizinan utk membawa masuk sebarang ahli politik dari luar menyampaikan talk dgn syarat beliau hendaklah mempunyai kelayakan bercakap ttg topik tersebut.

So agak pelik disitu.Mengapa dibatalkan ?

Program diadakan juga atas sokongan dan usaha SRC IIUM (tahniah utk mereka terutama presiden sahabat saya Hanif Mahpa) dan student2 uia yg dahagakan ilmu dan memperjuangkan kebebasan berakademik yg digembar gembur pihak universiti selama ini.

Sr Rafizi sampai agak lambat(faham2 la nak seludup bukan senang).Maka majlis dimulakan dulu oleh saudara lokman menerangkan serba sedikit ttg GST.Entah betul entah tidak..selama 15minit.

Guard uia kelihatan di setiap sudut namun tidak menimbulkan sbarang provokasi.

Kemudian Sr.Rafizi sampai disambut dgn sorakan semua student y hadir.Beliau mengambil tempat ahli panel.Guard uia kelihatan sedikit resah dgn kehadiran beliau.Muka masing2 telah tertulis (dah sekat sana sini..camne leh seludup masuk ni)..

Kemudian akhirnya kelihatan seorang wakil security bercakap dgn wakil src di belakang.Suasana sedikit tegang.

Akhirnya seorang security datang ke saudara lokman dan meminta memberhentikan ucapan.Suasana semakin tegang.Student2 telah mula bersorak meminta security jgn masuk campur.

Akhirnya setelah didesak.wakil security tersebut telah mengumumkan telah menerima arahan atasan(?) Bahawa hanya PENCERAMAH KERAJAAN SAHAJA DIBENARKAN BERUCAP.Disambut dgn boo oleh semua y hadir..

Lalu saudara lokman (of kos la kerajaan) memberi cadangan bahawa kedua2 mereka tidak bercakap supaya adil(?) ..

Lalu saudara rafizi mengambil mikrofon dan berkata.

"Hai.. Org kerajaan dh bercakap 15minit..xkan saya tak boleh bercakap langsung"

Disambut sorakan org ramai.

Lalu pihak src meminta security membenarkan Sr. rafizi berucap sebentar.Guard kelihatan amat resah dan seorang dripadanya merakam setiap butir percakapan rafizi.

Selang 8-9minit berucap.. Kelihatan seorang y sy percaya security uia dtg ke tengah dgn wajah garang..mendekati saudara rafizi.

Dan !! Beliau merampas mikrofon dipegang rafizi dgn kasar..lalu bermulalah rusuhan org ramai.. Bersorak membantah tindakan kebudak budakan security tersebut sebelum saudara rafizi sempat berkata dgn lantang "mana adab di depan pelajar pelajar"..

Kelihatan suasana amat tegang.. Diiringi boo dan sorakan dri hadirin y hadir.. Semua amat berang kerana majlis diganggu security uia yg menerima arahan org atas y bimbang periuk nasi terjejas.

Kata security,

"Saya hanya menyampaikan dari top management kepada ketua saya untuk sampaikan, yang wakil kerajaan boleh berucap.. tetapi saudara Rafizi tidak boleh.."

Student melaung beramai-ramai bertanya,

"ARAHAN SIAPA??"

"Ketua saya Superitendan Razali"

"SIAPA TOP MANAGEMENT?"

"Kamu sendiri tahu siapa top management.."

Itu sebelum tiba-tiba datang 3 orang security, seorang daripadanya memeluk rafizi dengan lengannya, kemudian merampas microfon dengan sangat kasar dan biadap di hadapan semua student.

(Bateri microfon yang tercabut masih lagi di tangan saya)

Satu soalan,

"Siapa top management?"

Akhirnya setelah beberapa siri ala2 rusuhan.. Presiden src berucap meminta semua bertenang dan bersurai..nmun berjanji akan tetap memperjuangkan kebebasan berakademik di uia..



Habis program saya berjumpa Presiden SRC, saudara Hanif Mahpa,

"Tahniah SRC!! Jangan risau, kalau ada apa-apa lepas ni.. kami ada.."

Jawab beliau,

"Terima kasih.. Allah ada..



Itu belum cerita pergaduhan kecil saudara Adam menunjukkan tangannya kepada Rafizi di meja makan selepas program, dan keluar dengan penuh carutan.

Oh, itu kisah lain.

Kempunan lah nak tahu ulasan pasal GST dari kedua-dua belah pihak.

Tahniah kepada SRC dan pihak penganjur!! Selamat memperjuangkan kebebasan akademik!!!

Saya dgn ini mengutuk sekeras kerasnya sikap tidak professional admin uia yg lidah bercabang.. Sekejap bagi sekejap cancel..dan sikap security uia yg amat tidak professional.

Hidup Mahasiswa !!

Cut & paste from my friends' FB.

No comments

Powered by Blogger.