News Update :

Mufti Wilayah Melawat 2 Beradik Anak Arwah Dilanggar Myvi

May 4, 2015



Berkesempatan menziarah keluarga mangsa 3 beranak yang terkorban dirempuh Myvi dalam satu perlumbaan haram.Takziah kepada keluarga almarhum yang hidup dan kesabaran. Moga diberi keampunan juga kepada yang telah meninggal dunia. 

Saya dengan penuh rasa hiba dan sedih mengajak masyarakat Malaysia untuk menyantuni keluarga ini terutamanya dua anak pasangan ini dan berdoa agar Allah mengurniakan kepada kedua anak ini menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan di Akhirat. Aamiin. Anak yang tidak berdosa ini kelihatan cukup sayu dan sedih dengan pemergian insa-insan yang disayanginya. Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita dikembalikan. 

Sedekahkan al-Fatihah kepada Fairuz Nizam, Nova Safitri dan anak mereka yang berusia 7 bulan Nor Anissa. Allahummaghfirlahum warhamhum wa'afihim wa'fu 'anhum

Datuk Dr. Zulkilfi Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Artikel berkaitan AGAMA

Share this Article on :

0 comments:

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.