News Update :

Bola Di Kaki Husam

November 10, 2015

KORIDOR KUASA

Oleh Raja Petra Kamarudin

Pada hari Jumaat yang lepas, sepasukan penyiasat dari Ibu Pejabat Bukit Aman Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melawat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Bangunan Al-Bukhary untuk merakamkan kenyataannya mengenai apa yang Dr. Mahathir ucapkan ketika perhimpunan Bersih pada akhir bulan Ogos 2015.

Dr Mahathir bagaimanapun, enggan menjawab mana-mana soalan polis yang ditanyakan kepadanya. "Mereka bertanya soalan dan saya berkata, saya tidak akan menjawab." kata Dr Mahathir.

Ia sebenarnya agak memalukan kerana sebelum ini Dr Mahathir telah bercakap tanpa henti mengenai dakwaan penyelewengan yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Oleh itu Dr Mahathir terlepas peluang besar untuk memberitahu polis apa yang telah berulang kali beliau ucapkan dan meletakkan ia ke dalam rekod.

Ketika orang yang paling rasuah, Menteri Besar Selangor Muhammad bin Muhammad, (yang kemudiannya diampuni semua jenayahnya apabila dia meninggalkan Umno untuk menyertai pembangkang), membuat laporan polis terhadap saya, saya telah dipanggil ke balai polis agar kenyataan saya boleh direkodkan.

Biasanya terdapat lebih kurang 20 soalan yang pihak polis akan minta anda jawab dan akan mengambil masa kira-kira sejam untuk disiapkan. Soal siasat saya bagaimanapun mengambil masa lapan jam. Ianya mengambil masa lapan jam kerana saya membahaskan setiap soalan polis yang ditanyakan kepada saya dan mencabar mereka untuk membuktikan bahawa apa yang saya tulis adalah salah.

Selepas sesi marathon itu mereka tidak dapat mengadakan kes terhadap saya. Banyak kali sepanjang tempoh lapan jam tersebut itu juga, pegawai polis yang merakamkan kenyataan saya menerima panggilan telefon dari 'atas’ dan dari reaksi pegawai soal siasat itu, saya mengesyaki bahawa orang yang di hujung talian itu ialah Ketua Polis Negara, Musa Hassan sendiri. Malah, pegawai soal siasat itu sendiri turut memberikan petunjuk ke arah itu.

Dr Mahathir sepatutnya mengulangi semua dakwaan yang dibuatnya terhadap Najib dan mencabar pihak polis untuk mengambil tindakan berdasarkan apa yang dikatakannya. Dia sepatutnya berkata, "Ya, saya telah mendakwa Najib mencuri RM42 bilion dan RM2.6 bilion yang telah dipindahkan ke akaun bank peribadinya. Sekarang dakwa saya di mahkamah dan buktikan bahawa saya berbohong. "

Sekalipun pihak polis membuat keputusan untuk mendakwanya untuk apa yang dia katakan, Dr Mahathir akan dapat memfailkan pembelaan dan mempertahankan dirinya bahawa dia mampu untuk memasukkan semua dakwaan beliau terhadap Najib bersama-sama dengan bukti untuk menyokong tuduhan itu.

Sekarang bagaimanapun, tanggapan yang wujud adalah Dr Mahathir tidak lagi berdiri dengan apa yang telah beliau katakan sebelum ini dan dia tidak berani mengulangi dakwaannya jika apa yang dia kata akan direkodkan oleh pihak polis. Ini sebenarnya agak mengejutkan memandangkan Dr Mahathir telah menuntut Najib menjawab soalan-soalan beliau dan kemudian dia sendiri enggan untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang diajukan kepadanya.

Mengapa Dr Mahathir tidak mahu apa yang beliau katakan diletakkan di dalam rekod? Adakah dia bimbang bahawa dia tidak akan dapat menyokong dakwaan ini dengan bukti?

Bercakap mengenai perkara yang sama, beberapa pemimpin pembangkang menuntut bahawa Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berdebat pula dengan Rafizi Ramli. Hujah Arul Kanda adalah bahawa Tony Pua yang mencabar beliau untuk berdebat dan beliau telah bersetuju untuk berdebat Tony Pua. Jadi mengapa kini melakukan pertukaran?

Sebab-sebab mereka melakukan pertukaran adalah sudah tentunya agak jelas - kerana mereka tidak mahu Tony Pua ditendang keluar dari PAC. Tony Pua merasakan bahawa hanya dia dan tidak ada orang lain boleh melakukan pekerjaan itu dalam PAC dan tanpa dia dalam PAC, penyiasatan akan mati.

Tetapi Speaker Parlimen tidak hanya mengatakan bahawa jika Tony Pua meneruskan perdebatan maka dia akan ditendang keluar daripada PAC. Speaker turut juga berkata bahawa Arul Kanda akan dihalang daripada memberi keterangan pada pendengaran PAC juga jika perdebatan diteruskan.

Tetapi pembangkang masih mahu Arul Kanda untuk berdebat dengan Rafizi Ramli. Mereka tahu bahawa jika Arul Kanda berdebat dengan Rafizi Ramli maka dia akan dihalang daripada pendengaran PAC. Jadi, mengapa mereka mahu Arul Kanda dihalang daripada pendengaran PAC yang akan diadakan dalam tempoh kurang dari sebulan dari sekarang?

Saya mula mengesyaki bahawa pembangkang bimbang Arul Kanda mempunyai kes yang baik dan jika dia dibenarkan untuk memberi keterangan pada pendengaran PAC, kemungkinan besar dia akan merobohkan semua tuduhan itu dan membuktikan bahawa apa yang dituduh adalah palsu. Jadi lebih baik mereka cuba untuk menyekat Arul Kanda daripada memberi keterangan pada pendengaran PAC.

Dalam perkembangan lain, Husam Musa telah membuat pelbagai dakwaan terhadap Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Husam boleh membuktikan bahawa semua dakwaan ini adalah benar atau dia menjangkakan Hadi untuk membuktikan bahawa dakwaan itu adalah palsu?

Jika itulah caranya Husam mahu bermain, maka kita juga boleh mengatakan bahawa seorang tauke judi Cina membiayai aktiviti politiknya. Beliau juga mengubahsuai Minit mesyuarat EXCO Kelantan yang menolak pemberian konsesi balak untuk kedua-dua sepupu DAP dari Perak. Tambahan pula, Husam telah terlibat dalam rundingan dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Ya, Husam adalah seorang “slimeball” dan “scumbag”. Ramai mengetahui mengenai salah laku beliau tetapi kita fikir tiada gunanya melakukan pendedahan kerana ianya hanya akan menyakiti pembangkang amnya dan PAS khususnya. Tetapi oleh kerana Husam mahu bermain permainan ini maka marilah kita menunjukkan kepadanya bagaimana untuk bermain dengan betul.

Mungkin Husam kini boleh mendedahkan siapa tauke judi Cina yang memberikan duit kepadanya. Kepada anda Husam, bola kini berada di kaki anda.

Artikel berkaitan POLITIK

Share this Article on :

5 comments:

hma said...

Bagus la tu.. belah ni cerita aib (kesalahan/kesilapan etc) orang tu.. belah tu cerita aib (kesalahan/kesilapan etc) belah ni.. masalah rakyat tak selesai jugak..

mansor said...

the useless RAJA PETRA KAMARUDDIN always bullshitting his way to destroy other, he has no credibility other than badmouth... today we dnt know who pays him...




cikmatgelap said...

raja ni kat UK,klu husam nak saman dia apakah dia nak balik ke malaysia,ckp dari jauh berani le,cuma aku nak cadangkan supaya pas saman husam demi membersihkan hj hadi dan pas,tunggu apa lagi,saman aje le,takiyudin hasan kan ada....cepat2 le saman husam

safuan said...

KB .. suruh ler tuang presideng jawab soklan yb husam dulu ...

powertrain1648 said...

http://investmentwatchblog.com/tpp-trans-pacific-partnership-full-document-and-search-tool/

mudah2an ada pakar kita boleh mengkaji perjanjian tpp ni

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.