News Update :

Tuan Ibrahim: PAS tetap lawan Umno. Susah Nak Faham?

November 6, 2015

Matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan sebuah negara yang terlaksana di dalamnya nilai hidup Islam. Inilah matlamat sebagaimana yang dinyatakan dalam perlembagaan PAS. Maka apa jua gerakerja PAS ialah bagi mencapai hasrat tersebut.

Di atas asas inilah, PAS menyertai pilihannya kerana dengan kekuasaan akan memudahkan pelaksanaan segala sistem dan dasar yang menepati matlamat tersebut.

Di atas dasar itulah juga, PAS menubuhkan PASTI, kerja Amal dan pelbagai program parti. Semuanya usaha dan jihad bagi menegakkan agama Allah di atas muka bumi. Di atas inilah PAS berusaha membuang Umno daripada tampuk pemerintahan kerana kerosakan yang dibawanya dan juga budaya rasuah yang sudah berakar tunjang di setiap pelusuk pentadbiran negara.

Di samping menyertai pilihan raya, PAS juga membantah melalui demonstrasi, menyerahkan memorandum, mengadakan dialog dan berhujah samada di dalam dan luar parlimen dan dewan undangan negeri. Maka inilah kaedah berpolitik dalam Islam. Ketika perang, kita berperang dengan beradab - tempat ibadah, wanita dan kanak-kanak tetap dijaga. Pada waktu kita tidak berperang, kita menggunakan kaedah lain termasuklah mendesak, menasihat, berdemonstrasi dan juga berhujah. Ini kerana Islam di bina di atas asas nasihat sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah:
أُبَلِّغُكُمْ رِسَالَاتِ رَبِّي وَأَنَا لَكُمْ نَاصِحٌ أَمِينٌ
"(Tugasku) menyampaikan kepada kamu akan perintah-perintah (yang diutuskan oleh) Tuhanku, dan aku adalah pemberi nasihat yang amanah, bagi kamu." (QS al-A’raf: 68).
عن تميم بن أوس رضي الله عنه ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ( الدين النصيحة ، قلنا : لمن يا رسول الله ؟ قال : لله ، ولكتابه ، ولرسوله ، ولأئمة المسلمين وعامتهم ) رواه البخاري ومسلم
Dari Tamim bin Aus radialLah anhu: Sesungguhnya Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda: Agama adalah nasihat, kami berkata: Kepada siapa? Beliau bersabda: Kepada Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan kepada pemimpan kaum muslimin dan rakyatnya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menasihat boleh dalam bentuk menegur tindakan kerajaan yang bertentangan dengan syarak atau mengemukakan cadangan penyelesaian dari kaca mata Islam. Ini adalah sebahagian dari tanggungjawab yang telah dijalankan oleh hampir semua parti politik.

Nasihat dan teguran yang berpandukan al-Quran Hadis dan pandangan para ulamak adalah sebahagian dari tanggungjawab syarak yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. Maka bilamana Presiden menjelaskan PAS akan terus menasihati kerajaan ia bukanlah sesuatu yang asing dalam sistem politik Islam. Perkataan nasihat sebenarnya satu adab rendah diri keperibadian Presiden sebagai salah seorang ulama terkemuka di dunia. Beliau tidak meletak darjat dirinya lebih tinggi daripada orang lain.

Apa yang lebih penting ialah matlamat perjuangan bagi menegakkan sebuah masyarakat yang terlaksana nilai-nilai Islam dapat dicapai melalui apa jua kaedah yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Inilah yang ditegaskan berulang-ulang kali oleh Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa kalau Umno mengubah dasar perjuangan dari kebangsaan kepada Islam, maka kita akan sanggup bubar PAS. Ini bermakna dalam perjuangan PAS, soal mendapatkan kekuasaan tidak menjadi matlamat, ia hanya alat bagi mencapai matlamat bagi pembentukan negara Islam.
Maka, PAS akan terus istiqamah di atas prinsip menyertai pilihanraya bagi menjadikan kekuasaan sebagai wasilah bagi menegakkan syariat islam, dan di waktu yang sama PAS akan terus menegur, menasihati dan mempelbagaikan wadah bagi menyelamatkan negara dan ummah dari kemurkaan Allah dan kebobrokan sistem urus tadbir negara.

PAS bertembung dengan Umno hampir 70 kerusi. Hanya 20 kerusi yang berjaya dimiliki PAS dan 6 daripada itu kini beralih ke Amanah. Jika benar Umno dan PAS berniat mengadakan kerjasama politik, berapa kerusi daripada 50 kerusi Umno yang menang itu akan dibahagikan kepada PAS? PAS sudah tentu tidak akan melepaskan mana-mana kerusi yang pernah dimenanginya.

Oleh itu cukup-cukuplah dengan fitnah PAS mahu bersama Umno.

Dalam pada itu, sebagaimana yang pernah saya tegaskan, PAS tetap percaya Bajet 2016 adalah pembuka laluan kepada kadar GST yang lebih tinggi pada bajet-bajet akan datang. Tapi, PAS juga menerima hakikat PRU14 masih jauh. PAS mengambil sikap berkecuali dalam mengundi tidak percaya pada Bajet 2016 kerana ada elemen di dalam bajet itu yang diperlukan oleh rakyat marhaen yang kian susah kehidupan mereka. Mereka tidak perlu menjadi mangsa politik dalam keadaan ekonomi tidak menentu, kredibiliti negara terus dipersoal kerana skandal kewangan 1MDB dan juga Perdana Menteri dan juga pembangkang yang masih jauh dari mencapai kata sepakat.

PAS tidak mahu menghantar mesej bahawa kami membantah gaji kakitangan dan pencen pegawai kerajaan dinaikkan dan begitu juga bonus yang diharapkan mereka untuk mengurangkan beban masa ini yang terdapat di dalam Bajet 2016. Begitu juga hasrat golongan berpendapatan rendah yang kini boleh menikmati gaji minima dan manfaat yang bakal diperoleh warga penoreh getah dan Felda melalui Bajet 2016. PAS tidak bersetuju dengan BR1M, tapi pada masa yang sama, PAS dan pembangkang lain tiada kuasa untuk menghalang kenaikan tol dan sebagainya meskipun ia di negeri yang ditadbir pembangkang dan rakyat yang kesempitan memerlukan bantuan ini sehinggalah ada alternatif yang lain di PRU14 nanti.
Dan sekiranya pembangkang mendapat cukup sokongan untuk menang usul tidak percaya pada Bajet 2016, apakah yang akan berlaku selepas itu? Pengalaman Amerika Syarikat bilamana berlaku "goverment shutdown" , selepas bajet Obama ditolak sehingga menyusahkan rakyat serta kakitangan kerajaannya - namun Obama terus berkuasa.

"Government shutdown" menyebabkan 800 ribu kakitangan kerajaan persekutuan di Amerika Syarikat terpaksa mengambil cuti sementara manakala 1.3 juta lagi terpaksa lapor diri ke tempat kerja tanpa diberitahu bila gaji mereka akan dibayar. Akhirnya, rakyat Amerika menyalahkan pembangkang.

Oleh itu, sekiranya bajet berjaya ditolak, ia hanya memeritkan urusan harian rakyat tergantung termasuk gaji kakitangannya yang tidak boleh dibayar akibat tindakan itu, akan tetapi langsung tidak mengancam kedudukan Perdana Menteri mahupun BN yang menjadi fokus untuk ditumbangkan kerana tidak amanah. Percayalah Najib tetap tidak akan meletakkan jawatan walaupun bajetnya ditolak.

Keadaan ini berbeza dengan usul undi tidak percaya kepada perdana menteri. Kerana PAS telah mengambil pendirian menyokongnya sekiranya ia dibawa untuk dibahas di Parlimen.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
5 November 2015.

Artikel berkaitan KENYATAAN

Share this Article on :

6 comments:

yen uchop said...

atas meja nampak biasa bawah meja duduk selok garu garu raba, beginilah keadaan parti mung hari ni.

yen uchop said...

Harum manis lawannya hijau buruk

fazilzura said...

Penyakit apa yang terhinggap kepada kebanyakan peminpin tertinggi Pas.berpusing2.berputar2.bercelaru.mana satu yang betul ni?

Faizal said...

maaf kata, hanya kata-kata tuan presiden yang 'laku' dalam menentukan arah parti PAS. contoh-contoh seperti isu Bersih 4, undi tidak percaya PM, tolak bajet telah menampakkan buah fikiran tuan presiden yang menjadi kata muktamad.

Razak S? Siamin Sims 3? said...

Dah lama faham benda ni...yg saya tak faham kenapa bbrp pemimpin PAS dalam diam-diam berunding dgn UMNO nak bentuk kerajaan PAS-UMNO di Selangor dan Perak...bila dan kantoi mulalah gelabah...dan buat kenyataan kita sedia bekerjasama dgn semua pihak demi kebaikan rakyat...tapi dlm diam-diam membelakangkan ahli jemaah dan parti sendiri. Sifat berselingkoh di belakang inilah yg merosakkan parti...

pok amid littor said...

Puok ostad2 mana ada tk betul dlm berpolitik? Semuanya betul, sementelahan lagi yg bergelar ulamak.
Puok ni buat parti mcm hak mak bapak dia je. Nk berUG tknk bncang, nk bangkang bajet 2016 tk fikir rakyat susoh.
Puok ulama PAS sekarang mana ada wibawa jadi pemimpin?

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.