News Update :

KENALI PERJUANGAN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)

November 13, 2016



KENALI PERJUANGAN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)

Alhamdulillah atas segalanya. Mengikut satu fakta sejarah, Parti Islam Se-Malaysia - ڤرتي اسلام سمليسيا (PAS) telah ditubuhkan secara rasmi pada 23 Ogos 1951. Walaubagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu, 25 November 1951).

Walaupun di sini terdapat dua tarikh yang berbeza, namun ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS bersetuju bahawa fakta kedua (24 November 1951) adalah tarikh sebenar PAS ditubuhkan.

Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31 Mei 1955 dengan nombor pendaftaran 733 (Pulau Pinang). PAS yang kemudiannya ditukar namanya kepada Parti Islam Se-Malaysia adalah pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka selepas Hizbul Muslimin diharamkan oleh kerajaan British pada tahun 1948.

Berikut merupakan senarai Yang Dipertua Agung yang kemudiannya dikenali sebagai Presiden PAS sejak penubuhannya:

▶ 1951-1953: Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan
▶ 1953-1956: Dr. Haji Abbas Haji Ilias
▶ 1956-1969: Prof. Dr. Burhanuddin Al-Helmy
▶ 1969-1982: Datuk Mohd Asri Muda
▶ 1982-1989: Tuan Guru Haji Yusof Rawa
▶ 1989-2002: Dato' Tuan Guru Haji Fadzil Mohd Noor
▶ 2002-Kini: Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

MISI, DASAR, SERUAN DAN TUJUAN
PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)

Dasar PAS ialah ISLAM.

Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR!

TUJUAN PAS ialah:

1. Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

2. Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

USAHA-USAHA PAS:

1. Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

2. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

3. Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.

5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Qur'an.

8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.

9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

11. Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

HUKUM DAN KEKUASAAN:

Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata.

(Petikan dari Fasal 3, 4, 5, 6 &7 Perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS)).

#TarbiyahDakwahSiayah
#InilahPenyelesaianKita
#BertekadMelebarMuafakat
#MempersiapGenerasiKemenangan
#BeristiqamahHinggaKemenangan

Dipetik dari FB Mukhtar Suhaili

Artikel berkaitan POLITIK

Share this Article on :

0 comments:

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.