Memanjakan yang manja sampai mengada-ngada



~Memanjakan yang manja sampai mengada-ngada~

" Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia memandang serius kejadian murid yang diasingkan dan duduk di atas jalan tar. Pihak KPM meminta JPN membuat siasatan dengan segera". - Metro.

Aku tak faham dah. Sungguh. Betul-betul tak faham. Dah murid lewat, guru asingkan dari murid yang awal. Biasa la tu. Nanti habis perhimpunan, murid yang lewat mungkin diberi taklimat (kena marah la) supaya sedar atas kesalahan dan datang awal lain kali.

Tapi itu pun tak boleh ke? Eh, awal tahun dahulu, kawan aku guru disiplin sekolah menengah rotan murid lewat. Kau tahu apa jadi? Dia didakwa di mahkamah, ibubapa yang tak boleh terima anaknya di rotan buat report polis.

Banyak kali jugalah turun naik mahkamah, mujur dia menang kes tu. Dah memang patut murid tu dirotan, bukan sekali dua datang lewat. Dia anggap sekolah tu atuk dia yang punya ke apa? Suka suki nak langgar peraturan.

Kes ni lagi pelik. Bingung aku memikirkannya. Guru tak sentuh, tak rotan, tak maki hamun. HANYA asingkan sahaja, masih mendengar taklimat di perhimpunan seperti murid lain. Eh, murid lain pun duduk atas tar juga lah. Apa ada hal?

Pengerusi Majlis Permuafakatan Ibubapa dan Guru Nasianal, Datuk Dr Mohamad Ali Hassan pun satu hal juga. Patut dia pengerusi PIBGN tolong la back up cikgu. Sebab itu persatuan Ibubapa dan Guru, bukan Ibubapa dan Murid.

Ini tidak, katanya tindakan itu agak keras dan tidak wajar dilakukan.

Yang manja dimanjakan lagi. Yang remeh dibesar-besarkan. Diberi keutamaan pada si manja, sedang yang kental adalah majoriti.

Malah, murid yang dihukum tidak bersungut pun, ibubapa yang lebih-lebih. Mengada-ngada dan manja sungguh ibubapa zaman la ni (khas ibubapa yang up isu ni kat Metro). Menyampah pula aku. Macam dia tak pernah sekolah dahulu.

Eh, kau buat sekolah sendiri la. Sekolah kerajaan ke, swasta ke, memang ada peraturan perlu dipatuhi. Dah pelajar langgar peraturan, mereka akan dihukum la. Kalau yang langgar peraturan dipeluk cium, diberi pujian, sedaplah. Semua orang nak langgar peraturan.

Peraturan dibuat untuk dipatuhi, bukan untuk dilanggar. Kau paham tak?

Amboi, murid kena duduk atas tar sikit terus suruh buat siasatan segera dibuat. Kereta cikgu disimbah cat, tayar dipancitkan, dicalar-calar, dimaki hamun murid, tidak bersegera pula. Cikgu hanya memendam airmata. Memendam rasa penuh hiba.

Letih jadi cikgu akhir-akhir ini. Jadi mangsa segenap pihak. Diperah pun kami, dipersalahkan pun kami. Muktahir ini, guru yang perlu menghormati pelajar.

Sampai bila budaya 'Memanjakan yang manja sampai mengada-ngada' akan diteruskan? Sampai bila? Sampai bila?

#MFS

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1274300442591548&id=100000348124684

No comments

Powered by Blogger.