News Update :

PAS sudah U Turun, mahu berbaik dengan Pakatan Harapan?

November 3, 2016



PAS sudah U Turun, mahu berbaik dengan Pakatan Harapan.?

Semenjak semalam, tersebar berita kononnya PAS sudah sedia bekerjasama dengan Pakatan Harapan.
Hal ini ekoran daripada kenyataan Tuan Guru Presiden PAS di Lobi Parlimen semalam yang telah diputar belit dan ditokok tambah oleh pihak tertentu.
Awas perangkap media.
Sebab itu, apabila sesuatu berita tersebar kita janganlah mudah terperangkap dengan baca tajuk sahaja, perlulah baca isi secara keseluruhannya.

Sudah menjadi kebiasaan, kelibat Tuan Guru Presiden PAS sememangnya sentiasa dinanti oleh para wartawan kerana mereka akan datang mengerumuni Tuan Guru Presiden untuk ditanya pelbagai soalan panas.
Seingat saya sepanjang sidang ini, hanya baru 2 kali sahaja Tuan Guru Presiden PAS melayan soalan wartawan itu pun hanya sekejap sahaja.
Dalam banyak keadaan, beliau akan mendiamkan diri sahaja sehinggalah masuk ke dalam kereta.
Apabila menjadi orang besar, setiap patah perkataan yang keluar boleh menjadi tajuk berita utama.
Saya ingat lagi, pada awal sidang, Tuan Guru Presiden hanya menyebut kalimah "InsyaAllah" apabila ditanya mengenai pembentangan RUU 355.
Pada hari lain pula, beliau hanya tersenyum dan berdiam diri tanpa menjawab soalan, itu pun menjadi tajuk berita.

Semalam, beliau ditanya soalan begini;
"Mursyidul Am PAS berkata PAS sedia berbincang bagi memastikan perlawanan satu lawan satu (PRU 14).
Adakah PAS bersedia berbincang dengan pihak pembangkang.?"
Tuan Guru Presiden pun menjawab;
"PAS sudah lama buka pintu. Pintu tak ditutup. Cuma, apabila dah masuk jangan kacau dalam rumah."

Soalan seterusnya;
"Dengan DAP pun PAS sedia berbincang.?"6
Tuan Guru Presiden menjawab;
"Jangan kacau dalam rumah kami."

Soalan seterusnya;
"Kalau DAP tak kacau, PAS sedia berbincang.?"
Tuan Guru Presiden tidak lagi menjawab soalan, pintu kereta ditutup.
Boleh tonton sendiri video rakaman Malaysiakini TV yang hanya berdurasi 38 saat.

Apa yang disebut oleh Tuan Guru Presiden PAS ini bukanlah perkara baru. Sememangnya PAS sudah sekian lama terbuka untuk berbincang, cuma masalahnya pihak yang begitu berminat sangat dengan PAS itulah yang melampaui batas sehingga masuk campur urusan dalaman PAS.
Parti mana lagi kalau bukan DAP.?
DAP lah yang berkempen begitu kuat untuk menjatuhkan Tuan Guru Presiden PAS pada tahun 2015.
DAP jugalah yang menjadi pembela kepada kelompok yang kalah dan penaja utama penubuhan PAN.
DAP serang Tuan Guru Presiden PAS dengan pelbagai tuduhan dan gelaran sehingga memutuskan hubungan dengan Tuan Guru Presiden PAS.
Dan, hari ini mereka pula datang merayu, mengajak berbincang dan bekerjasama pula.
Oh, mungkin mereka baru tersedar betapa pentingnya PAS sekiranya Pembangkang mahu menang Putrajaya.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211010412639604&id=1333302954

Artikel berkaitan POLITIK

Share this Article on :

0 comments:

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.