Israel lancar serangan udara terbesar ke atas Gaza

Israel lancar serangan udara terbesar ke atas Gaza

Asap tebal kelihatan dari sebuah bangunan kerajaan ketika Israel melancarkan serangan terbesarnya ke atas Gaza, 14 Julai, 2018. (Foto AP)

Asap tebal kelihatan dari sebuah bangunan kerajaan ketika Israel melancarkan serangan terbesarnya ke atas Gaza, 14 Julai, 2018. (Foto AP)

GAZA: : Ketika Mahmoud Abbas mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin dan memuji kejayaan Rusia menganjurkan Piala Dunia, rejim Israel menunjukkan keangkuhannya apabila menggugurkan empat bom di bumi Gaza. 

Dua remaja dilaporkan terbunuh manakala berpuluh yang lain cedera.

Usaha mengganyang bumi Palestin berterusan oleh rejim Israel apabila melancarkankan serangan udara terbaharunya di kota suci itu.

Menurut kenyataan menteri kesihatan Gaza, serangan tersebut membunuh dua remaja setakat ini manakala 10 yang lain parah.

Serangan itu memusnahkan empat bangunan kediaman.

Tentera Israel dengan angkuhnya mendakwa mereka telah melakukan serangan udara terbesar ke atas Gaza sejak kali terakhir melakukannya pada 2014.

Ia sebagai tindak balas terhadap serangan roket oleh Hamas ke atas Israel.

No comments

Powered by Blogger.