Perancis juara Piala Dunia buat kali kedua!

Perancis juara Piala Dunia buat kali kedua!

Perancis juara Piala Dunia buat kali kedua!
Pemain Perancis meraikan kemenangan selepas menundukkan Croatia 4-2 pada perlawanan akhir. - Reuters
MOSCOW: Perancis menjuarai Piala Dunia FIFA 2018 Rusia apabila menundukkan Croatia 4-2 di pentas akhir pada Ahad.

Les Blues menjulang piala keramat itu buat kali kedua sejak kali terakhir 20 tahun yang lepas pada 1998.

Final kali ini menyaksikan enam gol dari kedua-dua pasukan dimulakan dengan gol jaringan sendiri Mario Mandzukic apabila sepakan percuma Antoine Griezmann pada minit ke-18 terkena kepalanya.
Tidak lama kemudian Croatia menyamakan kedudukan menerusi Ivan Perisic dengan rembatan kaki kiri pada minit ke-28.

Dari hero ke zero, Perisic kemudian menjadi punca Perancis mendapat gol kedua apabila bola terkena tangannya dalam kawasan penalti sendiri.

Buat pertama kalinya pengadil bantuan video (VAR) digunakan di pentas final, dan penalti disempurnakan Antoine Griezmann pada minit ke-38.

Gol ketiga skuad kendalian Didier Deschamps hadir pada babak kedua minit ke-59 menerusi Paul Pogba yang merembat bola dalam kekalutan pertahanan Croatia untuk mematikan langkah penjaga gol, Danijel Subasic.

Enam minit kemudian, Kylian Mbappe mengukir sejarah sebagai remaja kedua selepas Pele menjaringkan gol di pentas final pada edisi 1958, dengan meledak gol keempat Perancis.

Croatia sekadar mampu merapatkan kedudukan apabila kesilapan penjaga gol Perancis, Hugo Lloris dibaca Mario Mandzukic untuk ditampan masuk ke jaring sebagai gol kedua Croatia.

Kedudukan 4-2 kekal hingga ke tiupan wisel penamat untuk Les Blues gah dinobatkan sebagai juara dunia.

Kemenangan pasukan Perancis membuatkan ribuan peminat yang membanjiri jalanan Paris sepanjang hari terasa berbaloi. - Reuters
Kemenangan pasukan Perancis membuatkan ribuan peminat yang membanjiri jalanan Paris sepanjang hari terasa berbaloi. - Reuters

No comments

Powered by Blogger.