mungkin ahmad sain perlu sekor lagi lembu?

MIRI 28 Feb. — Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetap berpegang dengan kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini bahawa terdapat bukti kukuh berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata beliau tidak akan gentar dengan sebarang tindakan undang-undang yang bakal diambil pembangkang.

“Kami perlu berpegang teguh dengan apa yang kami lakukan. (Sebagai kakitangan awam) Kami melakukan perkara yang betul. Tapi saya (juga) mengalu-alukan sebarang komen negatif atau (dakwaan) salah laku.

“Kita mesti berkerjasama untuk menentang rasuah,” katanya kepada pemberita selepas program latihan menembak antara SPRM dan Agensi Pencegahan Rasuah Brunei (BMR) di lapang sasar Pasukan Gerakan Am (PGA) di Km 29 Jalan Miri-Bintulu di sini hari ini.

Minggu lepas, Ahmad Said dilapor membuat kenyataan SPRM mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa Khalid dalam kes penyenggaraan sebuah kereta mewah jenis Lexus milik peribadi dan pembelian 46 ekor lembu korban untuk kawasan Parlimen Khalid iaitu Bandar Tun Razak.

Kenyataan yang dibuat di Pulau Pinang itu mencetuskan rasa tidak puas hati beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk pengerusi DAP Karpal Singh, yang mempersoalkan motif Ahmad Said mengumumkan hasil siasatan itu.

Sementara itu, Ahmad Said memberi jaminan SPRM bersedia untuk memantau tiga pilihan raya kecil yang bakal diadakan iaitu kawasan Parlimen Bukit Gantang di Perak, Dewan Udangan Negeri (DUN) Bukit Selambau (Kedah) dan DUN Batang Ai (Sarawak).

Mengenai latihan bersama antara SPRM dan BMR, beliau berkata ia adalah sebahagian daripada kerjasama berterusan antara dua badan itu untuk meningkatkan keupayaan kakitangan mereka dalam mengendalikan senjata api.

Pengarah BMR Pengiran Kasmirhan Pengiran Haji Tahir berkata acara itu juga memberi peluang kepada mereka dan SPRM untuk membincangkan risikan bersama dan meningkatkan rangkaian kerjasama dalam mencegah rasuah, terutama di sempadan Malaysia-Brunei.

— BERNAMA


mat..anak pa khabar? hang rotan tak dia? wat malu bapak je kan???

No comments

Powered by Blogger.