samy yang penakut!

Samy enggan berdebat dengan Timbalan Ketua Pulau Pinang

IPOH: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu meminta Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P. Ramasamy supaya memberi tumpuan kepada pembangunan kawasan Rumah Hijau di Mak Mandin, Butterworth, dan tidak membuang masa dengan mengajaknya untuk berdebat.

Katanya, Ramasamy, ahli Parlimen Batu Kawan, perlu membuktikan kepada masyarakat India bahawa dia telah membawa perubahan seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat dalam manifesto pada pilihan raya umum lepas.

"Biar dia (Ramasamy) buktikan kepada masyarakat India bahawa dia telah melakukan banyak perubahan... biar saya lihat senarai pencapaiannya, jika benar, kita boleh berdebat," kata Samy Vellu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran Ramasamy kepadanya untuk berdebat terhadap sumbangan beliau kepada pembangunan masyarakat kaum India di negara ini.

Laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini memetik Ramasamy sebagai berkata bahawa debat itu patut diadakan sebelum pilihan raya kecil Bukit Selambau 7 April depan.

"Saya tidak berdebat dengan orang yang kosong... permintaan saya hanyalah... jangan buang masa anda," katanya kepada pemberita selepas melancarkan majalah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Kampung Simee, di sini.

Menurutnya, berdebat bukanlah jawapan kepada masalah yang dihadapi kaum India di negara ini selama ini. BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.