SIFAT TIDAK BERTAMADUN DAN KEBINATANGAN PEMUDA UMNO!-

Satu insiden yang sangat memalukan berlaku dikawasan Parlimen sebentar tadi (skrg 3.30pm) apabila sekumpulan lebih kurang 15 orang Pemuda UMNO telah menghalang YB Karpal Singh daripada memasuki Dewan Parlimen. Mereka mengugut dan mengeluarkan pelbagai kata kesat terhadap beliau.

YB Tan Sri Speaker telah dimaklumkan perkara ini semasa sidang Parlimen ini dan YB Speaker telah mengarahkan pihak keselamatan Parlimen segera mengambil tindakan terhadap mereka.
Saya sangat kesal dengan sikap kehaiwanan saperti ini. Jangan hanya kerana kita berkuasa kita berasa kita boleh buat apa sahaja. Jangan kita takabbur dengan kuasa kita. Allah yang memberi dan Allah yang akan mencabut balik.

Kita mungkin tidak setuju dengan sikap YB Karpal Singh. Saya sendiri pun dalam banyak perkara tidak bersetuju dengan YB Karpal. Malahan telah banyak kali saya mengeluarkan kenyataan menyanggah YB Karpal.

Tetapi biarlah kita berbeza pendapat secara bertamaddun. Ada saluran tertentu yang kita boleh gunakan untuk membantah atau berbeza pendapat. Kalau kita tidak berpuashati, kita boleh cabar di Mahkamah, kita boleh buat lapuran polis dan lain-lain.

Saya berharap apa yang berlaku terhadap YB Karpal Singh tidak akan berulang lagi tidak kira samada mereka wakil rakyat kerajaan mahupun pembangkang.

http://zul4kulim.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.