Putrajaya kecam tiga diplomat namun wakil Malaysia turut pantau Bersih di luar negara

Oleh Shazwan Mustafa Kamal
July 02, 2012

KUALA LUMPUR, 2 Julai — Seorang diplomat Malaysia turut menjadi pemerhati sewaktu perhimpunan Bersih pada 28 April di Melbourne, tindakan sama dibuat tiga diplomat Singapura yang telah menimbulkan rasa tidak senang Putrajaya.

Satu klip video YouTube pada tarikh sama menunjukkan Duta Besar Malaysia di Melbourne Dr. Mohamad Rameez Yahaya turut berada di perhimpunan Bersih di sana, malah turut memberikan kenyataan kepada pemberita menyuarakan rasa tidak bersetuju terhadap perhimpunan tersebut - bukti Wisma Putra turut menghantar diplomatnya menjadi pemerhati dalam perhimpunan berkenaan.

“Saya di sini menjadi pemerhati ... Kami seharusnya tahu pendirian saya. Bagi kami, kami tidak boleh memperolehi demokrasi di negara berdaulat. Di Malaysia jika anda mematuhi undang-undang, tidak akan ada masalah,” kata Mohamad Rameez dipetik video tiga minit tersebut.

Video tersebut boleh didapati di sini.

Mohamad Rameez, seperti mana diplomat lain dihantar untuk menjadi pemerhati bersih dan membuat laporan, amalan biasa dilakukan rakannya. Namun di Malaysia, diplomat lain melakukan perkara sama telah menimbulkan kontroversi daripada blogger yang memaksa Putrajaya mengambil tindakan.

Wisma Putra minggu lalu telah mengecam tiga diplomat Singapura berdasarkan tuduhan blog pro Umno yang dikatakan menyertai Bersih dengan aktif pada 28 April lalu.

Ini menyebabkan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura menerima kecaman pelbagai pihak, yang mana menimbulkan masalah kepada hubungan diplomatik Malaysia daripada jirannya termasuk serangan dari Indonesia akibat dakwaan mencuri budaya.

Singapura juga telah memberikan respon rasmi terhadap tuduhan tersebut menjelaskan tida diplomatnya itu berada di Kuala Lumpur sewaktu perhimpunan tersebut untuk menjadi pemerhati perhimpunan berkenaan, bersama-sama diplomat asing dari pelbagai negara.

“Ada keperluan untuk menghargai yang sedikit, namun perbezaan ketara berhubung isu diplomat menyertai perhimpunan haram dan perhimpunan yang mendapat kebenaran,” kata Nik Ady Arman, kaunselor politik di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Singapura, menyatakan secara terbuka dalam akhbar rasmi Straits Times.

Beliau merujuk kepada tiga surat yang dikeluarkan akhbar Singapura itu pada Khamis mengkritik Kementerian Luar Malaysia terhadap diplomat Singapura.

“Malaysia, sebagai sebuah negara demokrasi, tidak pernah menghalang sesiapa menyertai perhimpunan yang dibenarkan,” kata Nik Ady.

“Tapi penting untuk mengetahui bahawa Bersih adalah perhimpunan haram.”

Beliau menambah, penyertaan warga asing terhadap perhimpunan haram akan menimbulkan spekulasi terhadap motif dan meletakkan beban untuk memastikan keselamatan mereka kepada negara penganjur.

Ini bukan kali pertama diplomat Malaysia melindungi tindakan Putrajaya, namun tindakan kakitangan awam berjawatan tinggi yang dilihat berta kepada parti memerintah telah dipersoalkan oleh pembangkang dengan pilihan raya semakin hampir.

Minggu lalu, pegawai kanan rasmi Wisma Putra telah mengecam akhbar Kanada kerana menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seorang “demokrat palsu” beserta beberapa pemimpin lain di dunia kerana pemerintahan ala autoritarian.

Setiausaha Kementerian Luar Ahmad Rozian Abdul Ghani telah membalas kenyataan ditulis oleh The Globe and Mail’s Mark MacKinnon, bertajuk “A Roster Of The Modern Autocrats”, yang mana mengkritik Najib sama seperti pemimpin lain seperti Vladimir Putin, dari Rusia, Mahmoud Abbas, dari Palestin, Abdelaziz Bouteflika, dari Algeria, dan Hun Sen, dari Kemboja.

“Dalam tempoh tiga tahun, [Najib] telah memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, memperkenalkan kaedah untuk kebebasan media, memperbaharui Akta Universiti dan Kolej Universiti, Akta Perhimpunan Aman, mengumumkan semakan Akta Hasutan, Akta Buang Negeri, dan juga Akta Kediaman Terhad — trek rekod yang membanggakan,” kata Ahmad Rozian dalam surat balas kepada akhbar Kanada bertarikh 26 Jun yang dipaparkan di laman web mereka.

Beliau berkata, pandangan MacKinnon tidak melihat kepada kemenangan pembangkang ketika pilihan raya 2008 dan menambah pengundi Malaysia “bebas memilih pemimpin mereka” dalam pilihan raya.

Najib telah menerima kritikan ekoran keganasan yang wujud sewaktu perhimpunan Bersih menuntut pilihan raya adil dan bersih.

Pembangkang — DAP, PAS dan PKR — telah menguasai lima negeri dan 83 kerusi Parlimen daripada 222 dalam pilihan raya 2008, menafikan kuasa dua pertiga majoriti Barisan Nasional (BN) pertama kali sejak merdeka pada 1957.

No comments

Powered by Blogger.