KAJIAN UM DAN UKM TIDAK YAKINKAN PM PANGGIL PRU KE 13

KAJIAN UM DAN UKM TIDAK YAKINKAN PM PANGGIL PRU KE 13

KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

KAJIAN UM DAN UKM TIDAK YAKINKAN PM PANGGIL PRU KE 13

07 Ramadhan 1433 bersamaan 27 Julai 2012

Ramai teruja terhadap kajian terkini yang dilakukan oleh dua universiti, iaitu UKM dan UUM berhubung prestasi parti-parti politik di negara ini. Dalam kajian tersebut, UMNO dan BN mempunyai kelebihan memenangi pilihan raya umum ke 13 (Pru 13) dan merampas kerajan Kedah dan Selangor yang sekarang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Kajian akademik adalah ukuran kasar jangkaan terhadap sesuatu keputusan. Ia boleh jadi betul, boleh jadi tidak. Kajian ini menjadi titik tolak bahawa fakta dan angka menjadi faktor penting dalam penentuan politik di negara ini. Cakap dengar atau hear say tidak lagi boleh menjadi sandaran pemimpin-pemimpin politik.

Hasil Kajian yang dijalankan ini menunjukkan seolah-olah BN mendapat restu rakyat dan rata-rata rakyat berpuashati terhaap prestasi kerajaan UMNO-BN. Rakyat seperti tidak sabar untuk menukar kerajaan Kedah dan Selangor yang kini di bawah Pakatan Rakyat.

Dalam keadaan demikian, tidak terdapat tanda gembira pemimpin BN apabila mendengar kajian ini. Tidak terdengar juga ucapan penuh yakin pemimpin BN seperti sebelum era Pru ke 12 lalu, di mana mereka mendabik dada akan menang dengan majoriti besar sekalipun belum masuk ke gelanggang pilihanraya. Laporan ini diterima dengan penuh hati-hati dan rasa berdebar pemimpin BN terhadap kebenaran laporannya.

Dengan isu-isu yang berlaku tidak memihak kepada mereka, ditambah dengan ura-ura gelombang tsunami yang akan tercetus di Sabah dan Sarawak, barangkali pemimpin BN lebih merasa gerun apabila mendapat laporan kajian ini. Mungkin PM merasa hairan bagaimana dapatan kajian inii menunjukkan situasi yang diluar langkauan realiti. Kebenarannya, PM mungkin dapat melihat, mendengar dan menghidu bahawa rakyat semakin ramai menolak kepimpinan beliau dan menunggu masa sahaja untuk menghukum BN dalam PRU ke 13. Cetusan perasaan ini sudah mula terasa dan sukar disembunyikan kerana ia sudah terlihat di mana-mana. Lihatlah bagaimana sambutan rakyat di mana-mana kehadirannya, lihat jugalah kepada segala komentar dan saranan beliau ditanggapi buruk oleh rakyat, lihatlah juga dengan segala macam ‘gula-gula’ yang ditabur dan dicampakkan kepada rakyat masih gagal melembutkan hati mereka. Lebih mengecewakan beliau apabila semakin hari berbondong-bondong para tokoh, selebriti, serta pemimpin masyarakat menyertai PAS dan Pakatan Rakyat

Mungkin akan timbul pula persoalan di benak PM, apakah kajian ini boleh diyakini, atau ia hanya sekadar sesuatu yang enak didengar di telinga bagi mententeramkan hatinya, atau hanya satu lagi usaha sabotaj oleh mereka yang ingin melihatnya jatuh tersungkur? DPPM yakin, hasil kajian ini mungkin bukan untuk mempercepatkan pilihan raya umum, sebaliknya akan melambatkan lagi PRU ke 13.

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

1 comment

IbnAbdHalim said...

Nak yakin apakah namanya kalau yang buat kajian tu ialah kangkung pecacai yang cuba bodek boss? Usahkan Najib, budak tadikapun tak caya punyer.

Powered by Blogger.